Quantcast
Channel: TERATAK MUTIARA KASIH
Viewing all 1519 articles
Browse latest View live

Ketam Telur Masin Resepi Mudah Dan Sedap

$
0
0
Assalamualaikum...
Pernah makan Ketam Telur Masin tak?Kalau belum pernah kenalah cuba sekali, saya percaya bagi penggemar Ketam dan yang suka telur asin ni akan jatuh chenta...Lemak2 kuning telur masin tu bila bersatu dalam kuah mak aih...memang sedap.Ada lak pedas2 siket...tambah aroma daun kari hummm apa nak kata lagi...Korang imejin la sendiri hehee...Kalau nak guna udang pun boleh, saya pernah buat versi Udang Telur Masin. Kalau nak buat sotong pun boleh jugak.Tapi sotong tu kena goreng macam Sotong Celup Tepung terlebih dahulu, lepas tu follow step telur masin.
Sebenarnya Ketam Telur Asin ni dah banyak kali jugak la saya buat, guna ketam nipah pun pernah..lagi sedap sebab 'tangan'dia gemukkkk hahaa..banyak isi.Tapi tahu sajalah harga Ketam Nipah kat Penang ni mahal ya ampun....
Okeylah jom kita semak resepi Ketam Telur Masin
Nak masak pun cepat, rasanya sangat mantap..Kalau guna lagi banyak telur masin lagi sedap.

RESEPI KETAM TELUR MASIN
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan: 
2 ekor Ketam  (potong 2)
1 sudu besar butter
3 biji Bawang Putih dicincang 
6 btg cili padi dipotong  
1 tangkai Daun kari 
2 biji telur masin siap rebus (ambil kuning+1putih)
1/4 cawan susu cair
Garam dan kunyit
1/2 kiub ayam  
Minyak masak 

Caranya 

  1. Ketam dilumur dengan garam kunyit dan goreng secara deep fry.Ketepikan.Keluarkan minyak gorengan ketam (tinggal sedikit anggaran 2 sudu untuk menumis).
  2. Masukkan butter ,kemudian tumis bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin. Kacau-kacau sehingga berbuih. 
  3. Kemudian masukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat.Sesuaikan (LiNa Pg masukkan 1/2 kiub ayam sahaja)
  4. Masukkan ketam yg telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang! 

Ayam Masak Merah Resepi Mudah Dan Sedap

$
0
0
Assalamualaikum...
Cuti-cuti sekolah dah jadi chef la pulak mak2 ni kan?Macam2 resepi kena reka/pelbagaikan untuk jamu anak2.Kalau asyik repeat menu sama kita pun bosan jugak.Kadang buntu tak tahu nak masak apa lauk harian, so kita tukar selera buat ala-ala kenduri pula.Kenduri tipu2 jer la.Ayam Masak Merah ni saya gandingkan bersama Nasi Serai atau Nasi Beringin.Memang mantap sungguh la.Nasi tu simple dan tak muak dimakan.Paling best budak sarah makan bertambah2 la biasa dia ni agak cerewet siket.Bukan agak cerewet tapi cerewet tahap gaban hahahaa....Okey hari ni saya kongsikan resepi Ayam Masak Merah terlebih dahulu.Ekceli sama lebih kurang sama jer dengan Ayam Masak Merah yang saya buat sebelum2 ni.Kalau yang tempahan pun saya masak lebih kurang macam ni jugaklah.
Untuk kali ini saya buat video boleh tengok kat youtube sinun.Dah publish beberapa hari lepas.Kat blog kena tunggu Q sebab banyak bahan nak post cuma kekangan masa sambil berebut laptop dengan Maisarah hahaaa...
Gambar ni sangat tak memuaskan tak tahulah macam serba tak kena.Siap tukar pinggan bagai tapi tetap tak lawa.Tak apalah kadang2 kalau cuaca gelap memang serba tak menjadi.Walaupun rupanya kurang menawan, tapi rasanya Alhamdulillah sedap.Kalau masih tengah rajin ambil tempahan dulu.Ini antara peberet kastemer set Nasi Beriani LiNa Pg
RESEPI AYAM MASAK MERAH
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam potong 16
  • 2 batang serai titik
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 cm halia (kisar)
  • 4 sudu besar cili giling (ikut kepedasan)
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar madu
  • 1/2 cawan air
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • Cili merah dan cili hijau (hiris)
  • Daun ketumbar
  • Tomato/tomato ceri
  • Garam, kunyit, gula/perasa
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Perasakan ayam dengan garam dan kunyit.Kemudian goreng hingga masak.Jangan terlalu garing.Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis 2 batang serai hingga terbit bau.Masukkan bahan kisar tumis hingga sedikit garing.
  3. Masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak
  4. Masukkan sos tira, sos tomato dan madu.Kemudian masukkan air (jika suka berkuah sedikit).Biarkan mendidih sebentar.
  5. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.Gaul sebati, biar mesra dalam kuah tumisan.
  6. Akhir sekali, masukkan buah tomato, hirisan bawang besar, cili merah ,cili hijau dan hirisan daun ketumbar (LiNa Pg terlupa nak masukkan dalam video dah beli sebenarnya).Dah siap tutup api.
  7. Selamat Mencuba.Video Ayam Masak Merah, klik link youtube di bawah ini...Happy Watching.Jangan Lupa Subscribe..supaya Channel Youtube LiNa Pg boleh grow...muahciked


Nasi Beringin | Nasi Serai Resepi Sedap Dan Ringkas

$
0
0
Assalamualaikum...
Salam siaran di hujung minggu...Rajin kan buat n3 hari minggu.Ni kes kejar masa hahaaa...Banyak bahan yang nak di post tak kesuntukan masa.So, korang dah ada plan nak masak apa hari ni?Hari minggu biasanya nak juga hidang sesuatu yang istimewa kan untuk keluarga.Tambahan ibu2 yang berkerjaya..Kalau week days tu selalu dah kepenatan dengan tugas di pejabat, balik rumah masak simple2 jer, bila hujung minggu baru masak yang best2 siket kan?Betul tak?Okey la jom saya share idea..Apa kata korang buat Nasi Serai ni.Senang sangat tau...bahan penting confirmlah serai kan?Kalau tak ada pi beli kat kedai dekat2 rumah tu...atau amek jer dalam pasu hahaaa....selain serai bahan lain wajib ada ialah jintan kasar...itu jer la...Senang kan?Resepi Nasi Beringin ni agak lama jugak saya tak buat.Last buat masa pihak Majalah minta resepi nasi dari saya..Lama jugak dah tu..Kira2 2 tahun lepas.Resepi nampak simple jer...Tapi aroma Nasi Serai ni semasa dimasak sangat meruntun jiwa...Memang membuat perut meruntun minta diisi.Jangan dipandang sebelah mata melihat bahan simple..Belum cuba belum tau okey...Dah rasa sekali memang terpikat....
Untuk post sebelum ni boleh tengok SINI
Resepi Nasi Serai Kali ini saya ada buat video jugak.Saya sertakan link di bawah senang korang nak tengok.Okey jom semak resepi.

Ini gambar Nasi Serai yang saya kongsikan dalam Majalah SAJI.Yang ni saya guna beras biasa jer

RESEPI NASI BERINGIN | NASI SERAI
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 4 cawan beras basmati (cuci bersih, rendam 1/2jam kemudian tos)
  • 4 cawan air
  • 1 cawan santan/susu cair
  • 5 batang serai (titik)
  • 1 labu bawang besar (hiris/tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (hiris/tumbuk)
  • 1 inci halia (hiris/tumbuk)
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • 2 kiub ayam (atau garam+gula)
  • Minyak
  • Butter/minyak sapi
Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak dan butter, tumis serai, daun pandan dan bahan hiris.Kemudian masukkan jintan kasar, tumis lagi hingga terbit bau.Jintan tumis kemudian siket sebab halus senang hangus...
  2. Kemudian masukkan air, susu cair/santan dan kiub ayam (atau garam).Biarkan mendidih terlebih dahulu.
  3. Kemudian masukkan beras.Kacau rata.Masak seperti biasa.
  4. Setelah nasi masak, gembur-gembur nasi menggunakan garfu atau chopstick supaya nasi cantik dan tidak patah.
  5. Taburkan bawang goreng,kismis dan gajus jika suka.
  6. Sedia dihidang bersama Lauk kegemaran.Selamat Mencuba
  7. Video youtube LiNa Pg, klik link di bawah


Chicken 65

$
0
0
Assalamualaikum...
Salam pagi Isnin, no Monday Blues okey....Eh!Apa tu Chicken 65?Saya sendiri pun tak pernah dengan dan belum pernah merasa apa itu Chicken 65.Mengikut sumber ggel, Chicken 65 ni diberi nama oleh para chef kerana ianya menggunakan 65 chillies untuk 1kg ayam.So, mereka mengabadikan 65 tu untuk ayam ni.Chicken 65 berasal dari Chennai India.Kalau fakta ini tak betul, sila betulkan okey.Saya gugel sahaja info ni.Patutlah menggunakan masala, serbuk cili dan daun kari bagai.itu Chicken 65.Bila tengok resepi Chicken 65 ni, senangnya dan semua bahan ada kat rumah ni.Daun kari pun petik jer dekat balkoni senang kalau tanam sendiri ni.Tambahan dalam peti ais memang banyak stok dada ayam tak tahu nak buat apa.Lama berhajat nak buat karipap tapi dok berangan situlah hahaa...Alang2 dah jumpa Recipe Chicken 65 ni kita manfaatkan stok dada ayam yang berketul2 dalam peti ais..Abes licin la tambahan pula buat bite size macam ni.Simple dan sedap.Resepi Chicken 65 ni saya ambil dari IG kak Lina Thomas.Thanks
Rasa macam ala2 Tandoori cuma versi moist.

RECIPE CHICKEN 65
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Sumber IG kak Lina Thomas
Bahan A
  • 500g dada ayam (potong kiub bite size)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu teh kicap cair
  • 2 sudu teh bawang putih (kisar)
  • 2 sudu teh halia (kisar)
  • 2 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh jus lemon
  • 1/2 sudu teh cuka putih
  • 1 biji telur gred A
Bahan B
  • 1/2 sudu teh garam (secukupnya)
  • 2 sudu teh plain yogurt
  • 2 sudu teh serbuk cili/tikka masal
Bahan C
  • 1/4 cawan daun kari (LiNa Pg guna 3 tangkai)
  • 10 biji cili hijau potong serung
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Satukan bahan A, perap selama sejam dalam peti ais.
  2. Panaskan minyak.Kemudian goreng hingga garing.Angkat dan toskan.
  3. Keluarkan lebihan minyak, goreng bahan C.Angkat dan ketepikan.
  4. Kemudian masukkan bahan B, masak hingga mendidih.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.Gaul rata hingga bersalut dengan baik.Tutup api.
  6. Masukkan bahan C yang telah digoreng tadi.Gaul rata.Sedia dihidangkan.

Gulai Ikan Talang Tumis Darat Sedap Dan Sangat Mudah

$
0
0
Assalamualaikum...
Kembali bersiaran, suka makan Gulai Ikan Kering tak?suka yang versi mana?Masak Lemak Kuning campur nenas atau buat macam kari/gulai tu?Kalau tekak saya semua pun ON jer tak ada yang Off hehee...semua pun boleh makan.Kalau kebetulan kat rumah cuma ada nenas semata dan ikan talang, jadi Masak Lemak Ikan Kering+nenas.Kalau ada terung sekali atau kacang panjang, saya buat versi tumis darat ni.Tapi kan kalau lunch kat kedai Nasi Campur saya cuma akan ambil Gulai Ikan Kering Tumis Darat jer..kalau yang masak lemak biasa memang tak akan ceduk punya hahaa...Macam macam lan kan hihiiii...
Sebelum ni saya perna post Resepi Gulai Ikan Kering , tak kisah lah Ikan Talang ke Ikan Kurau ke semua pun boleh jer.Kalau yang talang tu kena campur siket bahagian tulang tu..Kalau semua isi cam tak best lak.Nak tengok versi terdahulu, boleh klik SINI
Kali ini saya terajin siket buat video, so korang boleh tengok kat youtube sinun ok...Jangan Lupa Subscribe ok...It's FREE
Gambar ni saya snap guna HP jer...snap pun masa panas2 lagi.Biasalah kalau buat video ni, Lambat siket nak siap.Dah lapar mulalah kelam kabut shoot hehee...Susah tau buat video ni

GULAI IKAN KERING TUMIS DARAT
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
https://www.youtube.com/watch?v=R23Z6QOQbWk
BAHAN A (Gulai)
  • 350g tulang Ikan Kurau/Ikan Talang 
  • 1 paket kecil rempah kari ikan
  • 1 biji bawang besar (tumbuk/blend)
  • 3 ulas bwg merah (tumbuk/blend)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk/blend)
  • 200 ml santan segar pekat
  • 3 cawan air/santan cair 
  • Garam secukup rasa (jika perlu)
  • 3/4 cawan minyak
  • Sayuran kegemaran (terung, kacang panjang, cili hijau, nenas, dan ubi kentang atau apa saja.
BAHAN B (Tumis Darat)
  • Bawang merah 7-9 ulas (hiris)
  • Bawang putih 1 ulas yg kecil( hiris)
  • 2-3 tangkai daun kari, 
  • 5 biji cili kering (potong 2inci)
  • sedikit halba 
  • biji sawi dan jintan putih. 

CARANYA :
  1. Rendam dulu ikan kering tu dalam air garam utk kurangkan atau hilangkan sedikit garam pada ikan tu.. Rendam air 'Garam' utk kurangkan masin? tp itulah petua dan teknik ibu saya.. mmg dari dulu, kini dan selamanya.. Kemudian, bersihkan ikan kering tu n toskan..
  2. Sayur terung dipotong ikut suka kemudian goreng sekejap.Kemudian toskan.Ini petua supaya sayur terung nampak segar dan masih berwaran pepel bila dah siap masak.kalau tak goreng, buah lebam dan nampak lunyai.
  3. Buah nenas dikupas kulit kemudian celur sekejap.Toskan.
  4. Kentang kupas kulit dan potong ikut suk
  5. Sediakan periuk yg bersesuaian, masukkan rempah kari, bawang yg ditumbuk dan masukkan air ~3 cawan (LiNa Pg guna santan cair)Reneh sekejap supaya hilang pijar bawang dan rempah masak.
  6. Masukkan ikan kering ,kentang dan asam keping (kalau letak nenas tak perlu asam keping)
  7. Setelah kentang empuk, masukkan santan pekat dan tambah air secukupnya.
  8. Masukkan sayuran kegemaran (nanas, terung, kacang panjang, cili merah cili hijau).Sesuaikan rasa.Rasa dahulu kalau kurang masin baru tambah garam, gula/perasa.Kalau kurang masam baru letak asam keping.Masak sekejap sahaja kerana semua sayuran telah masak.
  9. Menggunakan kuali dan minyak menggoreng terung tadi.Goreng Bahan B (Tumis darat).
  10. Tumis bawang, cili kering dan daun kari separuh garing terlebih dahulu, kemudian baru masukkan halba (rempah kecil2 tu) supaya tidak hangus dalam tumisan.
  11. Tumis hingga garing, kemudian masukkan ke dalam Gulai Ikan Kering tadi.
  12. Tutup periuk dan terus tutup api.Biarkan aroma tumis darat tadi terperangkap dalam periuk.
  13. Selepas ~ min, buka periuk dan kacau rata.Gulai Ikan Kering Tumis Darat sedia dihidang.Untuk melihat video Youtube, sila klik link di bawah.Happy Watching

Kek Gula Hangus Cantik Bersarang Tak Perlu Perap

$
0
0
Assalamualaikum...
Salam Jumaat, kembali bersiaran.Hari ini tak ada menu lauk pauk, saya nak update Resepi Kek Sarang Semut, Kek Sarang Lebah atau ada yang panggil kek gula hangus.Korang panggil kek apa ni?Kalau nampak rongga2 kecil ia lebih terarah kepada bentuk sarang semut kan?Kalau kek sarang lebah tu rongga lebih besar.Ramai yang suka makan kek ni sebab tak jemu dan tidak muak.Kek old skool memang sangat sedap.Saya paling suka Resepi Kek Gula Hangus yang serba ringkas.Hanya kacau guna senduk atau spatula jer.Telur pun pukul guna hand whisk tak perlu mixer atau blender.Paling best tak payah perap pun.Lepas adun terus bakar jer.Trick dia....Masa adun tu jangan Pre heat oven lagi.Kebiasaannya bila nak buat kek kita akan pre heat oven terlebih dahulu.Kali ni lupakan step tu.
Dah siap adun baru panaskan oven 15-20min suhu bergantung oven korang la..So, sementara oven tu panas, sempatlah adunan bertindak balas dan membentuk sarang2 tu...Tak payah beriya perap 3-4 jam buang karan jer....Nanti cuba tau.Resepi dah banyak kali saya kongsikan kali ini kongsi lagi.Walaupun ulangan hihi..
Nampak kan rongga2 tu....Walaupun tak perap, tapi rongga2 elok jer terhasil.
Kenapa ada Celcom tu?Alaa buat2 x nampak jer la..Ada kije si LiNa Pg tu kan..Kalau tidak, tak ada maknanya dia tenggek HP kiri kanan tu kikiii..
KEK GULA HANGUS
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Asal Embun Rosaliza 
Bahan-bahan 

  • 4 biji telur gred A 
  • 1  cawan tepung gandum 
  • 2 sudu kecil soda bikarbonate 
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 1  cawan gula pasir  
  • 1 cawan air panas
  • 2 sb butter 
  • 1/4 cawan susu pekat manis

Cara-cara: 

  1. Masak gula dalam periuk hingga mencair kemudian masukan 1 cawan air panas pelahan-lahan.Kacau hingga gula cair.Masukkan butter.Sejukkan sebentar.
  2. Satukan tepung gandum, soda bikarbonate dan baking powder.Ayak dan ketepikan.
  3. Pukul telur menggunakan hand whisk (LiNa Pg pukul macam buat telur dadar jer).
  4. Masukkan susu ke dalam telur. Pukul lagi hingga sebati dan adunan nmpk pekat .
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.Kemudian tuang gula hangus ke dalam adunan tepung.Kacau rata.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang (LiNa Pg guna loyang 7x7in) yg digris terlebih dahulu.Adunan ni memang cair.
  7. Rehatkan adunan selama ~20minit supaya soda bikarbonat bertindak balas.Sementara itu boleh panaskan oven ikut suhu oven masing2 (LiNa Pg guna suhu 150'C) Bakar api bawah selama 30min dan selebihnya api atas bawah hingga kek betul2 masak2.LiNa Pg bakar selama 40min.

Kek Oren Paling Mudah, Lembut Dan Guna Gebu

$
0
0
Assalamualaikum...
Salam pagi Isnin, hari ni cuaca mendung jer...Ada yang bercuti ke hari ni?Ya la kan esok Public Holiday mesti ada yang ambil cuti xtra satu hari untuk bawa anak2 keluar berjalan2 atau holiday ke mana?Bagi yang bercuti selamat bercuti saya ucapkan.Bagi yang tak ke mana2 dan tercari2 idea minum petang untuk keluarga apa kata buat kek oren ni sangat senang hanya guna masuk bahan dalam blender kisar halus dan masukkan tepung.Bakar....siap mudah bukan?Kali ini saya buat cupcakes pulak.Lagi senang anak2 nak makan...ambil 1 pcs makan la sambil layan tv.Kalau buat dalam loyang mestilah kena potong dan letak dalam pinggan.Terpulanglah kat korang nak buat macam mana..mengikut kesesuaian.Kek ni kalau dibiar semalaman lagi bertambah moist.Kalau buat minum petang, pekena dengan Teh O memang ngam.Time bako tu kan....mak aih memang wangi satu rumah.Kos pun murah jer tau...sebiji buah oren, gula, tepung jer....Tak ada butter, guna ajerlah minyak masak..nak sedap gunalah minyak jagung ke hapa..Nak sedap op kos la guna melted butter...
Okey untuk Resepi Kek Oren Paling Senang dan Sedap ni...saya merajinkan diri buat video.Nanti dah upload saya sertakan link...Buat masak ni tengok resepi kat blog dulu okey...
Resepi simple jer..tapi rasanya sangat mantap.Terima kasih buat kak Fida sifu di MyR.Semoga kak fida panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.

RESEPI BLENDED ORANGE CUPCAKES 
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.com/
Sumber : Kak Fida (MyR) 
Youtube : 
Bahan-Bahan 
1 bji buah limau 
1 cawan minyak /melted butter 
1 cawan gula
4 biji telur gred B 
2 cawan tepung gandum* 
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )  
1 sudu besar oren sunquick (option)
1 titik pewarna kuning (option) 
1 sudu kecil esen vanila

Cara-Cara 
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  2. Cuci buah limau,Potong kecil-kecil (buang biji dan urat putih di tengahnya)
  3. Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula, telur, esen vanila dan jus oren sunquick.Kisar hingga halus.(Kisar bersama kulit, jangan risau tak pahit okey)
  4. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk, titikkan pewarna kuning jika suka warna lebih menyerlah.
  5. Masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati. Tuangkan adunan kedalam loyang (8 x 8in)  yg beralas dan gris (LiNa Pg buat cupcakes) Bakar pd suhu 150C selama 20-25min atau sehingga masak 

Grill Chicken With Mushroom Sauce Resepi Mudah Dan Sangat Sedap

$
0
0
Assalamualaikum....
Lama betul tak buat Grill Chicken ni Makan pula bersama sos cendawan atau sos blackpepper pun sedap jugak.Resepi ni dah lama saya buat sekitar 2014 lagi.Paling saya suka bila saya dapat emel dari follower saya menyatakan beliau menggunakan resepi ni untuk berniaga...Alhamdulillah mendapat sambutan katanya.Ada juga yang email bagitau beliau dan isterinya berniaga menggunakan Resepi Lamb Chop saya....Alhamdulillah tumpang happy kerana perkongsian ini memberi rezeki kepada orang lain.Kalau resepi kek tu tak payah citer la punya ramai dah yang buat berniaga terutama kawan2 FB sinun..Tapi biasanya online jer la.Kalau Lamb Chop atau Chicken Chop ni agak rare siket sebab buka kedai/restoran...Saya doakan perniagaan mereka terus mendapat sambutan.Jangan lupa tolong doakan saya dimurahkan rezeki jugak tau...amin...
Okey berbalik kepada n3 hari ni..Ayam Panggang bersama sos carbonara.Ekceli resepi mengelat jer ni...Kalau makan guna black pepper tu cam biasa sangat kan..Bila makan dengan sos mushroom ni sedap jugak..mesra kanak2 sebab tak pedas.Pedas manja pada ayam jer sebab letak sedikit lada hitam.Kalau nak tengok resepi asal yang saya post tahun 2014, boleh tengok SINI.Saya tak ada guna resepi sesiapa pun..Dah 4 tahun dah...Kalau anak kecil dah masuk tadika dah hehee...Cuma kali ni saya guna rosemary pulak...sedap jugak..Kalau nak guna oregano pun boleh.Kalau tak ada stok oregano/rosemary memadai hanya letak lada hitam.Kalau tak ada lada hitam, kena p beli hahahaa...
Sebelum tu...Resepi Ayam Panggang Bersama Mushroom Sos ni saya ada buat video tutorial jugak tau...Boleh singgah ke youtube.Publish kelmarin.Kalau nak tengok bahan2 boleh tengok kat n3 2014..Link kat atas tu ya..Dah bagi dah.
Resepi cukup simple tapi menyelerakan...


GRILL CHICKEN CHOP WITH MUSHROOM SAUCE 
By : Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.com/
 https://www.youtube.com/watch?v=_WyGM4rAA3g
Bahan-Bahan (Ayam Grill) 
1 ekor ayam (potong 4)  
1/2 kiub ayam 
2 sudu besar sos tiram  
1 sudu besar kicap manis  
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar) 
1cm halia(tumbuk kasar) 
sedikit serbuk lada hitam kasar+oregano / rosemary
Sedikit olive oil/minyak masak 

Cara-cara 

  1. Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel. Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam (Kali ini LiNa Pg kelar sebab ayam agak besar)
  2. Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan rosemary.Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis. 
  3. Akhir sekali gaulkan ayam dengan bahan tumbuk. Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.(LiNa Pg terlupa nak letak minyak masa perap, so tuang sedikit minyak masa nak grill/panggang pun boleh jugak.Perap ayam selama 2jam (LiNa Pg suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam ayam...memang best 
  4. Panaskan grill pan, sapu sedikit minyak, kemudian panggang ayam hingga masak.Guna api kecil sahaja supaya ayam dipanggang masak sekata.

Ayam Panggang enak dimakan bersama kentang goreng atau wedges dan sedikit sayuran
RESEPI MUSHROOM SOS 
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan 

1-2 ulas bawang putih (cincang halus)
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan) 
1/2 kiub ayam (LiNa Pg guna balance dari untuk perap ayam tadi) 
1/2 tin air (guna tin prego tu) 
Sedikit minyak + butter

Cara-Cara 

  1. Panaskan sedikit minyak dan butter, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit garing.
  2.  Masukkan sos carbonara.Tambah air. Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat.Sesuaikan rasa.Tutup api
  3. Sos Cendawan dah siap dihidang bersama Ayam Panggang

Resepi Tepung Boko Ubi Kayu Sedap Dan Mudah Sukatan Cawan

$
0
0
Assalamualaikum...
Selamat menyambut tahun baru 2019.Bersemangat hari ni terus update blog.Sementara ada kesempatan waktu ni kita update dulu yang mana sempat, nanti dah bizi uruskan hal persekolahan anak2 akan terbengkalai segala projek.
Sejak dua menjak ni viral betul Kuih Tepung Boko Ubi Kayu ni kan?Tak kiralah sama ada fb/IG rata2 page dok menayang sakan Kuih Tepung Boko, sampai ada yang buat kelas PJJ bagai.Agaknya musim tengkujuh macam ni stok ubi kayu terlalu banyak.Kalau tak ada resepi viral macam ni tak abes plak kan hehehe...
Ada yang tanya, Kuih Tepung Boko ni sama ke dengan Kuih Talam Ubi Kayu.Jawapannya hampir sama kira sepupu sepapat dia jugaklah.Bahagian bawahnya ubi kayu dan bahagian atasnya adalah santan (kepala santan).Bezanya ialah Kuih Talam Ubi Kayu, tektur 'firm' dan boleh dipotong dengan kemas menggunakan pisau.Manakala Kuih Tepung Boko tektur sedikit lembut goyang2 Inul gitew.Dimakan secara ceduk menggunakan sudu atau skop dengan senduk dan dituang kepala santan.Saya buat dalam bekas kecil so senanglah anak2 makan..Tak payah kotorkan pinggan mangguk dah.Ambil sebekas, makan terus.
Secara tradisionalnya Kuih Tepung Boko, dikukus dalam 'BOKO' istilah bahasa Kelantan klasik yang memberi maksud 'TALAM/DULANG ANGKAT HIDANG' haaaa...samalah tu.
Sebenarnya ini kali kedua saya buat Kuih Tepung Boko Ubi Kayu.Pertama kali saya buat menggunakan nisan/gula melaka.
Owh ya...saya guna ubi kayu kuning untuk buat kuih tepung boko ni.Kalau guna ubi kayu putih kena tambah anggaran 1/2 cawan air lagi dari sukatan yang saya bagi kat ni.
Kuih Tepung Boko ni bahagian ubi saya cuci mata di IG Zalieda tapi adjust siketlah sebab saya guna gula putih.
Okey untuk Resepi Tepung Boko ni saya sediakan video di youtube Channel.Nanti boleh refer ke sana okey.Owh ya..kelmarin saya juga ada publish video Kuih Bengkang Ubi Kayu.Bole tengok kat utube jugak.Resepi belum update lagi kat blog ni.InsyaaAllah ada kesempatan saya update kat sini pulak.
Okey jom kita semak resepi.
Sedap tau..lembut lemak2  dan manis yang sedang2 memikat selera

KUIH TEPUNG BOKO UBI KAYU
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan A (Bahagian Bawah)
  • 2 cawan ubi kayut parut (LiNa Pg guna ubi kuning)
  • 1 cawan gula putih (LiNa Pg kurangkan sedikit)
  • 2 cawan air (Kalau ubi putih tambah 1/2 cawan lagi)
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning (option)
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan, kacau rata.Tuangkan ke dalam loyang/bekas kecil (LiNa Pg guna bekas kecil)
  2. Panaskan kukusan.Pastikan air mendidih terlebih dahulu.
  3. Kukus kuih hingga masak.Kalau nampak cantik berkilat tu dah masaklah (anggaran 10-12min api sederhana)
  4. Ketepikan sebentar.Biar sejuk sedikit.
Bahan B (Kepala Santan)
  • 1 cawan santa pekat
  • 1+1/2 cawan air (bergantung kepekatan yang disukai)
  • 3 sudu besar penuh tepung beras
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan, kacau rata terlebih dahulu.
  2. Kemudian masak atas api hingga pekat.
  3. Tuang/sendukkan ke atas bahagian ubi yang dikukud tadi.
  4. Kuih Tepung Boko Ubi Kayu sedia dinikmati.Selamat Mencuba.Jangan Lupa Subscribe, Like, Komen Dan Share

Kuih Tepung Boko Gula Merah....
Kalau yang ini guna masak gula merah/ gula nisan hingga hancur kemudian tapiskan.Biar sejuk terlebih dahulu kemudian campur ke dalam ubi.Step seterusnya sama sahaja

Kuih Bingka Ubi Kayu Resepi Mudah Dan Sedap

$
0
0
Assalamualaikum...
Kembali bersiaran setelah beberapa hari hilang dari radar hahaa.Biasalah kan, bila seisi persekolah dah bermula memang agak bizi sedikitlah nak uruskan anak anak.Alhamdulillah pagi ni diberi kesempatan update blog.Okey hari ni saya nak kongsikan resepi Kuih Bengkang Ubi Kayu.Kalau kat Penang panggil Bengkang.Kalau dalam bahasa standard Bingka Ubi Kayu.Kalau bahasa Klate 'Bekeng Ubi Kayu'.Bekeng tu ada 2 maksud satu ialah 'KUIH BAKAR/BINGKA' satu lagi ialah sifat peribadi manusia iatu garang/bengis/bekeng.Haaa...tak pepasal kan pagi ni belajar bahasa plak kan?Takpe ilmu juga tu kan.Sebelum ni saya pernah buat Kuih Bingka Ubi.Dah lama juga sekitar 2013 lagi.Boleh refer ke n3 nya DI SINI .
Kali ni saya buat sedikit olahan dan buat video tutorial.So, senanglah korang nak faham.Video dah beberapa hari upload kat utube channel sinun.Korang kena subscribe la baru tak terlepas video terbaru.Hari ni pun dah publish satu lagi video baru.Nak tahu resepi apa kena tgk kat utube sana.
Resepi Kuih Bengkang Ubi Kayu ni sangat mudah sebenarnya.Main campur jer semua bahan.Kali ni saya dah perah air ubi kayu tu, sebab kali ini ubi kurang berair...so lagi mudahlah keje.Just campur jer semua bahan.Kalau rajin blend.Saya cuma blend gula dan santan.Kalau tak mau kotorkan blender, gaul jer semua.Jadi jugak xde hal.
Kuih Bingka ni sedap dan lembut jer.LiNa Pg guna ubi kayu kuning.Kalau xsuka pewarna tak payah letak sebab dah kuning ori.Kalau nak berseri letak la dalam setitik dua jer.

KUIH BINGKA UBI KAYU | BENGKANG UBI KAYU
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
https://www.youtube.com/watch?v=lcKfD4kiPR8
Bahan-Bahan: 
4 cawan ubi kayu kuning yg telah diparut/sagat  (~800g)
1 cawan gula pasir
2 biji telur 
2 cawan santan pekat
1 sudu besar majerin 
sedikit garam  
sedikit pewarna kuning.

Cara-cara 

  1. Ubi kayu dibuang kulit dan dibersihkan. kemudian sagat ubi dgn sagat kelapa.
  2. Satukan santan, gula, telur,majerin,garam dan pewarna ke dalam blender.Kemudian kisar.
  3. Tuangkan ke dalam ubi kayu yang telah diparut tadi.Gaul rata.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang 8x8in yg telah disapu dgn minyal/butter.
  5. Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2.LiNa Pg bakar suhu 160'C selama 1jam.Setelah masak, guna api atas sahaja selama 10min untuk mendapatkan kerak yang cantik.
  6. Setelah masak, biarkan Kuih Bingka sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.Untuk mendapatkan potongan yang kemas, gunalah pisau plastik.Selamat Mencuba.
  7. Untuk video tutorial, boleh klik link di bawah.


Sesuai untuk hidangan minum petang atau sarapan pagi.

Ayam Goreng Kurma

$
0
0
Assalamualaikum...
Kembali bersiaran dengan resepi lauk harian heheee....Ayam Goreng Kurma bukan Ayam Masak Kurma tau....dan bukan guna buah kurma heheee...Ayam digoreng bersama rempah kurma.Saja cuba resepi dari IG.Rasa lebih kurang ayam buttermilk yang diberi sentuhan rempah kurma heheee...
Rasa macam xde idea nak karang panjang2 so, jomlah semak resepi kalau ada yang nk mencuba
Malap ajer gambar ni..Entahlah macam ni bila cuaca mendung gambar pun kurang berseri

AYAM GORENG KURMA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Sumber Adik Food IG

Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam potong ikut suka (atau 500g daging)
  • 1 sudu kecil baking soda (LiNa Pg xletak-kalau guna daging kena letak)
  • 1 sudu kecil brown sugar
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1/2 sudu besar rempah kari
  • Garam dan kunyit
  • Minyak
Bahan Tumis
  • 5 biji bawang merah hiris
  • 7 biji bawang putih hiris
  • 1 inci halia mayang halus
  • 2 batang serai
  • Cili padi terpulang selera
  • 1 cawan susu cair
  • Daun sup
  • Tomato ceri
  • Hirisan bawang besar
  • Garam dan gula/perasa
Cara-Cara
  1. Perasakan ayam dengan garam kunyit,gula perang ,rempah kurma dan rempah kari.Perap selama setengah jam.
  2. Goreng hingga masak dan ketepikan.
  3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
  4. Masukkan cili padi, tumis sekejap.Kemudian masukkan susu cair.Sesuaikan rasa tambah garam dan gula.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.Gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun sup, tomato ceri dan hirisan bawang besar.Kacau sekejap.Tutup api.

Laksa Kuah Lemak | Laksa Kelantan

$
0
0
Assalamualaikum...
Pernah makan Laksa Kuah Lemak tak?Kuah Laksam tu..Kalau di Kelantan dipanggil Laksa sahaja.Kalau Laksa Kuah Merah/Laksa Utara di panggil Laksa Penang.Sorry yea negeri utara yang lain Penang jer yg disebut hehehe.Ekceli kuah laksa ni saya gunakan yang frozen jer...Selalu buat Kuah banyak bila buat laksam.Terasa nak makan dengan laksa kita keluaran Noodle maker buat laksa pulak senang kije kan...Buat laksa tu kejap jer..Kalau laksam berejam jugak nk mengukus dan menggulung 'selai-selai' tu hazabbbb wooo...Part paling best ialah makan...jap jer licin..
Malam ni terasa kurang kerajinan nak CnP.So, korang bole tgk n3 lama la ya...
Ulam pun guna apa yang ada jer.sambal lada tu memang sentiasa ada dalam peti ais.Senang ada kuah frozen ni.Nak makan reheat jer.
Okey untuk resepi boleh tgk di bawah.Untuk Sambal jate ada sekali dalam n3 kuah laksa

Lepat Pisang Paling Simple, Mudah Dan Sedap (Hanya 3 Bahan)

$
0
0
Assalamualaikum...
Suka makan Lepat Pisang tak?Saya suka juga makan lepat pisang pagi untuk mengalas perut.Tapi selalunya kalau mesti keras dan banyak tepung.Selera saya suka yang mewah dengan pisang.Biasanya yang sedap sedikit kalau beli dari market Taman Tun Sardon, lembut dan banyak pisang.Kalau beli dari tepi jalan..memang tak kena selera.
Bila saya keluar jalan2 ternampak orang jual pisang Awak terus beli.Dalam hati plan nak buat Pisang Sira atau lepat.Dek kerana bz menguruskan persekolahan anak2 xsempat nak diapa-apakan si pisang ni.Sampai naik ranum dah.Mujurlah pisang ni jenis lasak.Walaupun kulit dah lebam tapi isinya masik elok.
Kalau nak buat Sira memang tak sesuai lah sebab dah ranum..mesti lembek dan lunyai semasa proses menyira tu hahaa...So, saya decide buat lepat jer.Selamat...sebab lepat memang pisang tu kena lenyek kan?Bijak tak hahaa...
Saya masih menggunak resepi yang sama seperti dahulu iaitu hanya guna pisang, sedikit gula dan tepung.Mudah kan hanya 3 bahan dah boleh makan lepat pisang dan lembut mewah dengan pisang.Lepat pisang yang sedap, bila kita buka daun pisang tu..lepat tu meliut lentuk..confirm lembut dan banyak pisang.
Kenapa tak letak kelapa parut?Saya memang x suka lepat yang ada inti kelapa parut.Rasa bersepah dan potong selera.Kalau korang suka ada inti kelapa parut, boleh ajer letak.Tapi selalunya follower dari utuber bg feed back susah nak dapatkan kelapa parut sebab mereka tinggal di luar negara.Lagipun kelapa parut tak tahan lama.So, resepi ni sesuailah bagi mereka.Ada setengah resepi letak santan dalam 2-3 sudu besar...Itu terpulang resepi masing2.Bagi saya citarasa kami memang simple macam ni.Janji banyak pisang dan sedap..Kalau nk guna santan 2-3 sudu cam membazir jer.Bukan boleh beli santan 2-3 sudu camtu hahaa..Kalau guna yang kotak pun...the rest of santan tu bukan boleh simpan lama pun kannn..
Panjang betul ulasan..sebab dia guna 3 bahan jer hahaa...Nak habaq bagi nak share resepi mudah ja...
Okey untuk Lepat Pisang ni saya sediakan Video Tutorial.Dah publish beberapa hari di utube sinun.Haaaa...itulah dah habaq kena subscribe baru tak ketinggalan video terbaru dari LiNa Pg hehee...
Okey jom la kita semak resepi.Panjang bebel hari ni...
 Amacam?menggiurkan tak?Cubalah memang sedap tau

RESEPI LEPAT PISANG 
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/ 
https://www.youtube.com/watch?v=pea3DZ12UE0
Bahan-Bahan 
10-12 biji pisang awak masak ranum 
1/2 cawan gandum 
2 sudu besar gula (boleh kurang/tambah) 
Secubit garam 
Daun pisang 

Cara-Cara 

  1. Lenyek pisang (tak perlu terlalu halus) Masukkan gula dan garam Gaul sebati. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.Gaul rata 
  2. Letakkan sedikit adunan ke atas daun pisang.Kemudian lipat Buat hingga habis 
  3. Panaskan pengukus, pastikan air mendidih terlebih dahulu.Kukus hingga masak 15-20min.
  4. Biarkan kuih sejuk sedikit terlebih dahulu sebelum dihidang.
  5. Video tutorial, sila klik link ke utube LiNa Pg


Note:
Daun pisang mesti dilayur atas api supaya tidak mudah patah.
LiNa Pg guna daun pisang frozen tak perlu layur (Beli masa buat tepung bungkus..mak aih lama tu hahaa...Alhamdulillah masih kekal hijau.

Sambal Hijau Terung Pipit Bersama Ikan Bilis

$
0
0
Assalamualaikum...
Ada yang rindu dengan resepi2 dari Dapur TMK ke?Alahai tuan tanah kebizian sungguh la sekarang ni.Masak tu memang masak, cuma tak sempat nak posing2 untuk buat n3 blog.Kalau nak cari idea masakan, boleh follow LiNa Pg kat Instagram.Kadang kat sana saya post jer kat story tu gambar masakan dalam kuali la dalam periuk la hahaaa...snap ikut dan..Kalau dalam blog ni cam x berapa senonoh la sebab n3 tu akan kekak...Kalau kat story IG tu posting hanya 24jam sahaja hehee...Kalau ada yang nak follow meh follow Malina LiNa Pg 
Okey la berbalik kepada tajuk n3 kita hari ini.Al kisahnya saya ke pasar malam sambil tunggu anak balik sekolah, sambil ronda2 tu ternampak la terung pipit yang segar bugar.Lama sungguh tak makan terung pipit ni kalau celur makan dengan budu pun sedap.Terus amek 1 pinggan.Dalam kepala tak tahu pun nak buat apa.Paling habis buat ulam pun jadilah kan.
Terung pipit ni jugak dikenali sebagai Terung Belanda.Kalau di Kelantan pulak nama dia 'Terung Manggo' agaknya rupa seakan buah anggur (Terung Anggur) tapi agaknya orang dulu2 salah pendengaran bunyi macam manggor.Maka jadilah nama dia Terung Manggo (r tu tidak di pronouce dengan jelas heheee) 
Sambal Terung Pipit ni saya buat tak terlalu pedas, cuma seimbang saja rasa pedas masam dan masin.Kalau suka lebih pedas kena tambah cili padi.Saya guna cili hijau sebab xmo pedas sangat.Percaya memang sedap makan dengan nasi panas.Tak ada lauk lain pun xpe (itu bagi mak lah)Kalau anak3 kompom la kena sediakan hayam jugak.Tambah budak sarah tu mana maunya dia makan yang macam ni
Walaupun simple sahaja, tapi agak bahaya neh...Mahu bertambah2 nasi neh.Kalau suka terung tu pecah2, boleh tumbuk sedikit sebelum masuk ke dalam kuali.Saya suka yang bulat macam ni.Bila tergigit seolah2 ada letupan kecil dalam mulut.Cer imagine...best kan hahaa..
SAMBAL HIJAU TERUNG PIPIT IKAN BILIS
Bahan-Bahan
  • 1 mangkuk kecil terung pipit
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis (tumbuk kasar)
  • 5 ulas bawang merah (tumbuk kasar)
  • 10 biji cili padi hijau (tumbuk kasar)
  • 5 biji cili merah (tumbuk kasar)
  • sedikit asam jawa
  • Garam dan gula/perasa (LiNa Pg guna 1/2 kiub ikan bilis)
  •  Minyak
Cara-Cara
  1. Panaskan kuali, tumis bahan tumbuk dan ikan bilis hingga garing
  2. Masukkan asam jawa, garam dan gula/perasa.
  3. Masukkan terung pipit.Kacau sebentar hingga terung sedikit layu.Kalau suka yang lembut kacau lama siket.LiNa Pg suka yang masih rangup.
  4. Dah siap.Selamat Mencuba 

Ikan Goreng Berempah Mudah Dan Sedap Serta Petua Supaya Gorengan Rempah Tidak Hangus

$
0
0
Assalamualaikum...
Kembali bersiaran di hari Isnin.Hari ini cuti Public Holiday, so rileks siket pagi2 ni.Kalau tidak manjang jer kelam kabut kan?Alhamdulillah dilapangkan waktu sempat buat n3 dan sempat jugak buat video untuk Resepi Ikan Goreng Berempah ni.Video saya dah upload ke utube malam tadi.Nanti boleh ke sana okey.Walaupun resepi ikan berempah ni simple jer tapi sedap tau.Tambahan pula kalau makan bersama Sayur lemak, ulam kampung dan sambal/budu.Memang sedap.
Okey untuk tips supaya Rempah yang digoreng tu tak hangus, cara LiNa Pg ialah...goreng ikan terlebih dahulu.Kemudian goreng asing rempah perapan tu.Kalau goreng sekali jalan ikan bersama rempah..Mesti hitam legam hangus dah rempah tu kan..Dah tak cantik dan rasanya akan pahit.Potong selera.Cara saya setelah ikan siap diangkat, masukkan rempah perapan dan goreng hingga kekuningan.Tak perlu garing sebab dalam proses nak angka tu dia akan garing dan warna keemasan..macam dalam gambar kira cun cun jer.
Dalam video cuma separuh sahaja..sebab saya lupa nak tekan START hahaa...sorry la tangan ada dua jer...nak cari pinggan nak cedok angkat jer.Video ni saya rekod separuh2..means record-stop-record-stop sebab kalau hp panas ia akan 'hang' terus lagi haruuuu.Tapi rasanya fahamlah kan...yang tak ter'record'cuma part angkat dan toskan rempah jer.
Resepi ini saya adaptasi dari Ikan Goreng Berempah Hana..cuma ada ubah suai siket mengikut mengikut selera.Tapi saya tetap mention tuan tanah....Tak ada lah nak mengaku resepi sendiri kan?
Simple jer tapi menyelerakan.Cubalah.Ikan Goreng Berempah ini juga sesuai untuk orang berpantang cuma gantikan dengan ikan yang sesuai contohnya ikan selar.
IKAN GORENG BEREMPAH
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
https://www.youtube.com/watch?v=0v06tz0PVBo
Bahan-bahan  
3-4 ekor ikan kembung/mabong (apa2 ikan yang sesuai digoreng)  
5 inci kunyit hidup  
5 ulas bawang putih  
1 cm halia 
sebatang serai 
2 tangkai daun kari 
garam  dan serbuk kunyit
Minyak 

Cara-cara  
  1. Ikan dibersihkan dan dikelar-kelar.Perasakn dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.Ketepikan sebentar.
  2. Tumbuk kunyit hidup,bawang putih,halia,serai (kalau nak letak sedikit garam pun boleh dalam bahan tumbuk) (LiNa Pg tumbuk kasar2 jer)  
  3. Gaulkan dengan ikan tadi. perap lebih kurang sejam atau lebih. 
  4. Panaskan minyak, Goreng ikan hingga garing.Angkat dan ketepikan.
  5. Kemudian goreng lebihan bahan perapan tadi.Angkat dan toskan.Kemudian tuang ke atas ikan yang telah digoreng tadi.Dengan cara ini, rempah perapan tidak hangus dan sedap dimakan 
  6. Untuk video tutorial, sila klik link ke utube LiNa Pg



Cara Buat Solok Lada Yang Sedap Dan Mudah

$
0
0
Assalamualaikum...
Dah petang baru sempat update blog.Okey hari ni saya nak kongsikan Resepi Solok Lada.Tetiba buat Solok Lada, nasi kerabunya tak ada pun hahaha...Alkisahnya saya ke Giant untuk beli sedikit bahan masak.Biasanya barang 2-3 jenis jer la kalau pergi secara solo.Kalau beli penuh troli tu hujung minggu jer.
Tengah2 cari2 bahan yang nak guna tu, tetiba (banyak nau tetiba acah suspen plak kan hahaa) ternampak Lada Solok ni.Hurmmm memang sangat rare la lada solok ni ada kat Penang.Biasanya memang kena impot dari Klate la.Kalau sebelum ni saya pernah buat Solok Lada tapi menggunak Cili Hijau yang biasa tu..Memang kureng nampak keaslian Solok Lada tu...sebab Lada Solok di gemuk, montok dan berwarna hijau muda...rapuh kalau dibuat ulam.
Okeylah untuk Resepi Solok Lada kali ini saya sediakn video tutorial di utube channel sinun...Kali ini saya kukus pulak Solok ni..Sajalah buat rajin.Kalau rebus pun ok...Kukus ni nampak cun sebab tak comot.Kalau nak rebus kena guna sedikit santan (tak pekat sangat la)lepas tu letak garam siket ok...Rebus sampai air rebusan tu kering lagi sedap.Kalau kukus lak anggaran 20min camtu.Kira solok masak, siaplah...Ikut suka koranglah nak buat versi mana....
Ada setengah resepi Solok Lada menggunakan isi ikan mentah, tapi saya rebus dahulu ikan tu..terpulang selera la.
Okey jom semak resepi
 Solok Lada homemade mewah dgn isi ikan...Makan yang ni jer dgn nasi pun ok.
SOLOK LADA KELANTAN MUDAH DAN SEDAP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
https://www.youtube.com/watch?v=ukm-j9qJTjo
Bahan-Bahan

  • 2 ekor ikan mabong/kembung
  • 8 biji lada solok
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cm halia
  • 1 batang serai
  • 1 biji telur
  • Sedikit lada hitam
  • Garam, gula/perasa dan asam keping
  • sedikit nisan kerek
  • Air
  • Santan cair (jika guna kaedah merebus)
Cara-Cara
  1. Rebus ikan bersama garam dan asam keping hingga masak.Kemudian asingkan isi dan tulang.
  2. Lada solok dibelah untuk keluaran biji.Ketepikan.
  3. Tumbuk halia, bawang merah, bawang putih, dan nisan hingga lumat.
  4. Kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk.
  5. Masukkan kelapa parut putih dan tumbuk bersama bahan2 tadi.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam bekas besar sedikit
  7. Masukkan garam lada hitam dan perasa (jika suka).
  8. Masukkan telur dan gaul rata.Sesuaikan rasa masin dan manis.
  9. Sumbat bahan ini ke dalam lada solok.
  10. Kukus hingga masak.Option Kalau menggunakan kaedah merebus..masukkan solok ke dalam periuk, tuang santan dan sedikit garam.Rebus hingga masak (guna api kecil sahaja)
  11. Selamat mencuba.Untuk video tutorial..sila klik link utube LiNa Pg di bawah...

Solok Lada...sedap dimakan bersama Nasi Kerabu atau sebagai lauk sampingan untuk nasi putih.

Pensonic Noodle House Prosperity Deal (Tawaran Terhad)

$
0
0
Assalamualaikum...
Morning korang, bersempena hari Jumaat yang mulia ni, saya nak war-warkan berita gembira buat korang semua.Pensonic mengadakan special deal untuk produk noodle house.Dengan harga RM499 sahaja korang dapat free gift istimewa Digital Kitchen Scale yang cantik tu.Chop...chop....bukan itu sahaja ada lagi tau....ni haaa dapat pula Personal Blender yang comel tu...senang tau nak buat jus ke apa....zas..zas...tak payah share dengan blender bawang kan?Nak beli kat mana?Wajib beli melalui
Code Lina5PNM
Guna kod Lina5PNM tau untuk purchase dan beli melalui estore.Kat tempat lain tak ada offer ni.

Ni haaa...nak buat Laksa, Muruku, Kuih Serabai, Bubur ChaCha, Koay Teow, Mi Kuning, Udon semua pun boleh. 
Untuk resepi menggunakan Noodle Maker ni, boleh klik kat SINI

Sayur Labu Kuning Masak Lemak

$
0
0
Assalamualaikum...
Hari ni saya nak kongsikan Resepi simple sahaja.Masakan harian.Rasanya ramai yang dah pandai.Tapi resepi ni saya buat khas untuk utube sinun.Kat sana ramai adik adik yang baru belajar nak masak, kat blog ni lain siket.Kebanyakan dah pandai masuk ke blog sekadar mencari idea untuk masak jer kan?So kita layan sama rata...Resepi ini dijadikan rujukan untuk anak cucu kemudian hari nanti.Senang nak masak, buka jer blog mama dia.
Sebenarnya 4-5 hari sebelum saya buat video ni, cik suami ada beli labu dan pucuk manis/cekur manis di market Taman Tun Sardon.Apa lagi terus buat sayur lemak ni..Masa tu tak buat video pulak.Tak apalah nanti beli lagi dan buat video sebab sayur ni anak2 pun suka.So, gigihnya beli lagi labu kat market Bayan Baru.Jenuh merata cari pucuk manis...Tapi malangnya tak ada pulak jual kat Bayan Baru...Sebab memang dah niat nak buat video,so buat jugaklah walaupun togel jer.Kurang berseri sebab labu kuning dan kuah putih.Kalau ada unsur hijau siket lagi berseri kan.Saya masukkan sedikit suhun sebab anak2 memang suka suhun dalam sayuran macam ini.So, kalau korang nak masukkan sedikit bayam atau cekur manis...boleh masukkan tau..lagi sedap.
Okey jom kita semak resepi.Hari Isnin tak boleh online lama2 sebab bz siket.
Simple pun sedap tau.Makan dengan ikan goreng atau ikan masin.Ada ulam siket perggg...
LABU KUNING MASAK LEMAK
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 1/4 biji labu (kupas kulit dan potong)
  • 1 sudu besar udang kering (rendam dalam air supaya lembut)
  • 4 ulas bawang merah
  • Sedikit lada hitam 
  • Garam/kiub ikan bilis
  • sedikit suhun
  • 1 labu bawang besar (belah 4)
  • Cili merah
  • 1+1/2 cawan santan
  • Air secukupnya
Cara-Cara
  1. Tumbuk bawang merah, udang kering dan lada hitam hingga lumat.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk.Masukkan labu, air dan sedikit garam.
  3. Masak hingga labu separuh empuk.Masukkan santan.Kacau2 sekali sekala supaya santan tidak berketul.
  4. Masukkan kiub ikan bilis/garam secukup rasa.
  5. Masukkan  suhun, bawang besar dan cili merah.Apabila kuah mendidih.Tutup api.Siap
  6. Untuk video tutorial.Klik link di bawah

Kuih Buah Melaka Sedap Lembut Tidak Liat Dan Petua Supaya Kuih Tidak Cepat Basi

$
0
0
Assalamualaikum...
Kuih Buah Melaka atau Kuih Onde Onde?Korang panggil nama apa?Banyak betul tau nama kuih tradisional yang satu ni.Ada setengah negeri panggil kuih ni dengan nama Kuih Kelepon atau Kelepong (betul ke tak spelling ni tak tahulah) Kalau di Kelantan orang lama panggil Buah Mulong..lagi klasik Buoh Kekoh Chaa...(Kekoh=Gigit, Chaa = terpercik) Kuih ni bila digigit gula melaka/nisan tu akan merecik/terpercik/meletop dalam mulut hahahaa...Begitulah nama kuih ni diberi oleh orang lama...Tapi rasanya dah tak ada kot yang guna nama tu...
Pastinya ramai yang sudah tau cara penyediaan kuih Buah Melaka ni.Saya ni agak cerewet siket kalau kuih2 lama macam ni.Saya tidak suka kuih Onde Onde yang terlalu liat...suka yang tekturnya bila digigit terasa lembut.Paham tak...Kadang tu bila gigit sangat elastik/kenyal memang akan potong selera.Gula nisan pula ada yang masih berketul tak cair pun dalam tu..alahai camana nak 'kekoh chaa' kan...sebab masih seketul macam tu jer kan hehee...Jom follow cara LiNa Pg sediakan kuih buah melaka ni.Bagi yang dah tau, sila abaikan..Bagi yang nak ambil tahu...Jom followwwww...Resepi kali ini saya sediakn video tutorial jugak.Boleh tengok di youtube LiNa Pg okey..Link saya sertakan bersama resepi di bawah

Kuih Onde Onde Trafic Light nama dia hahaa....warna warni...anak3 tengok pun tertarik..Kalau korang tak suka pewarna just guna jus pandan atau biarkan plain sahaja.Tak jadi masalah.Alaa..kita bukan tuang sebotol pun just calit siket bagi ceria...Nak guna apa pun berpada pada okey..

Okey berikut tips yang LiNa Pg nak share dengan korang
  1. TEPUNG.Campuran tepung pulut dan sedikit Tepung Gandum menghasilkan tektur kuih Buah Melaka yang lembut, tidak terlalu liat dan sedap bila dikunyah.Berbanding penggunaan tepung pulut sahaja, kuih Onde-Onde yang dihasilkan agak liat dan chew.
  2. AIR SUAM. Biasanya kita menggunakan air biasa untuk bancuh adunan, cuba guna air suam pula dan tambah sedikit garam dalam bancuhan air tersebut.InsyaaAllah kuih lagi sedap terasa sedikit lemak pada doh.Dan kuih kekal lembut walaupun dah lama.
  3. API SEDERHANA.Semasa merebus kuih, guna api sederhana sahaja supaya kuih masak dengan sempurna dan gula nisa/gula melaka sempat mencair semasa proses merebus. Kalau guna api besar, kuih masak secara mengejut dan gula melaka tidak sempat mencair.
  4. CUCI DOH SELEPAS MEREBUS. Selalunya telah kuih siap direbus, kita terus golek/salut  dengan kelapa parut kan?Silap siket tu.Lepas rebus, angkat dan masukkan ke dalam air biasa.Biarkan kuih sejuk terlebih dahulu.Kemudian toskan.Semasa proses merendam air sejuk ni...sebenarnya boleh cuci sekali residue tepung/doh yang masih melekat pada kuih.Perasan tak, bila rebus kuih, air rebusan akan menjadi keruh.Air yang keruh itu juga menyumbang kepada faktor kuih cepat basi.Jadi, dengan mencuci dan lalukan dengan aliran air.Ianya bersih dari segala kotoran.Selepas tu bolehlah golek/salut dengan kelapa parut.
  5. KELAPA PARUT.Yang ni rasanya ramai dah tahu.Sebelum guna kelapa parut, letak sedikit garam dan kukus sebentar.Kalau nak masuk dalam microwave pun boleh.
  6. InsyaaAllah kalau korang ikut petua/tips ini kuih Buah Melaka |Onde Onde korang lambat basi.Kalau buat pagi..petang masih elok dan lembut.Tapi pastikan simpan dalam bekas kedap udara.Kalau tak habis makan simpan dalam peti ais.InsyaaAllah tak masam pun.Bila nak makan just stim sekejap atau masukkan dalam microwave.
Note:
Sebenarnya Petua/tips ni benda basic sahaja, bila kita menitik beratkan kebersihan, makanan yang kita sediakan akan tahan lama/tidak cepat basi.Cuma kadang2 kita terlepas pandang.Betul tak?Bila korang baca tips yang saya berikan ni mesti ada yang realise kannnn?Betul tak?Baik ngaku cepat hehee...


RESEPI KUIHBUAH MELAKA 
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan 
2 cawan tepung pulut 
2 sudu besar tepung gandum
1+1/2 cawan air suam  
2 keping gula nisan/gula melaka (potong kecil) 
2 cawan kelapa parut
Sedikit garam
1 helai daun panda
Pewarna kegemaran

Cara Cara 
  1. Satukan tepung pulut dan tepung gandum.Masukkan air sedikit demi sedikit.Uli hingga licin dan tak melekat kat tangan 
  2. Cubit doh sebesar guli, leperkan masukkan inti (potongan gula melaka) tutup kemas dengan doh, gentel bulat.Buat hingga habes 
  3. Didihkan air masukkan daun pandan.Rebus bebola doh hingga masak, guna api sederhana sahaja.Setelah masak, angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.Biarkan sejuk seketika.Kemudian toskan.
  4. Salut dengan kelapa parut yang diletakkan sedikit garam.Untuk video tutorial, boleh klik link di bawah

Tempat Menarik Terbaru Di Pulau Pinang | The TOP KOMTAR Penang

$
0
0
Assalamualaikum...
Cuti sempena CNY masih berbaki 2 hari lagi.Kalau belum ada plan ke mana-mana, apa kata bawa anak2 ke The TOP Komtar Pulau Pinang.Best sangat sangat tau.Macam macam yang anak2 boleh explore.Saya katogerikan sebagai Fun And Education.Sangat berbaloi dengan harga tiket yang dikenakan.Layanan dari staff pun sangat mesra alam..terasa macam VIP pulak hehee...Naik lift pun staf dia tekan pintu dan tekan butang.Pelbagai aktiviti menarik yang boleh buat kat sini..memang ralit sungguh la.Tambahan area Dome Technologi tu seakan Pusat Sains Negara.Sambil belajar sains kita boleh mencuba sendiri segala peralatan/eksperimen yang disediakan.Nak teach robot pun boleh.Ada staff yang guide...best kan?Okey jom la kita laan gambar2
Korang baca apa tulisan ni?Hapa I love Penang...No..No...salah tu.
I Love LiNa Pg hahahaaaa
Sempat lagiiiiiiiiiii
 Bumble Bee
 Pose la dik..mama xde caption nak boh


 Tengah syok2 jamu mata..tetiba kuar dinosour plak dari atas...tanjat mak nakkkk
 Steve Roger...Ada Mr.Bean jugak sebelah2 tu....
 Jom kita naik tingkat atas.Level 65 cuma mengambil masa 90saat sahaja untuk sampai ke tingkat 65.Lajukan elevator kat Komtar ni
 View dari observation deck
 Nah..ada berannnn pijak cermin kata dari tingkat 65?Seram mak nakkkk.Cam tak bernapas jer tuh
Gelap pun gelap la...snap p la gambar seketoi..Kalau korang berani boleh berjalan tau kat line merah belakang kami tu..tp ada abah2 (tali safety tu)Kami??minta ampun la nak buat aktiviti tu hahaa
 Dari level 65, kena tukar lift untuk sampai ke level 68.RAINBOW SKYWALK.Kat area sini kami naik 2x.First time masa tengahari gagaa...panas berdenting gigih naik, bukan apa in case petang hujan atau berangin area sini akan ditutup.So, baik kita naik dulu masa cuaca ok camni.Panas pun panas la..redah jer.View sangat cantik
Si kecil ni pun berani pulak jalan kat sini.
 
Yang ni kami naik kali kedua untuk tgk sunset.Time ni orang sangat ramai.Sesambil minum ayaq nyoq duluuuuuuuuuuu..Rasa nak bawa dengan tempurung tu sekali.Pasal apa?RM12 ko sebiji tu huhuhu
Mama baru nak posing dengan abah..laju dia mai menyelit hahaa
 Sini pulak macam Pusat Sains Negara

 Abah dengan sarah dah jadi gergasi

 Intelligent robot...Nama dia Nao.Pandai berinteraksi, siap menari lagi haha



Okey jom kita masuk tengok dinosour







 Ocean Explorer ni naik boat selam dan explore dasar laut 
 Sementara nak tunggu slot show..budak ni main Bumper Car dulu.Ada juga utk dewasa sebelah menyebelah jer
 Ada jugak akuarium tau..macam2 jenis spesis ikan ada kat sini




 Tapak sulaiman pun hado

Amacam best tak?So kalau korang datang ke Penang, pastikan The TOP Komtar Penang ni masuk dalam list okey.Ada lagi yang saya tak masukkan dalam n3 ni sebab gambar terlalu banyak dan ada jugak yang xsempat nak tgk show...semua best2 jadi terlama pulak untuk setiap bahagian yg kami masuk.
Berapa harga tiket?Korang gugel jer la sebab macam2 pakej.Kami ambil family pakej dan daily pass..
Viewing all 1519 articles
Browse latest View live