Assalamualaikum...
Hari ini anak2 dah kembali ke sekolah.Maka bermulalah rutin harian biasa yang kelam kabut.Pagi ni kita luangkan sedikit masa buat entry pendek.Kerabu Kerang Ala Thai..menu ni kalau bulan puasa memang sangat digemari.Selepas seharian puasa, tekak terasa nak makan yang masam2 dan pedas siket nak cover lecaih mulut agaknya.Kerang Ala Thai ni lebih simple berbanding cicah air asam.Rasanya menten sedap.Kalau takat sekilo kerang tu memang x sampai 10minit clear sudah bekas hahaa..Tambahan anak2 memang suka sangat makan kerang.Untuk bahagian sarah, mamanya kena asingkan sedikit sebab dia x makan pedas.
Ops sebelum terlupa, saya nak kongsikan tip supaya kerang tidak kecil/ mengecil selepas direbus.Petuanya ialah selepas rebus, rendam kerang dalam air sejuk (peti ais)so, kerang tak akan over cook...Nampak penuh jer isi dia dalam cengkerang tu..lepas tu boleh lah dikopek kulitnya.Saya buang sebelah cengkerang kerang tu...So, senanglah nak makan...Lagi sedap sebab air asamnya meresap ke dalam kerang yang dah terbuka tu.
Bahan A (Rebus Kerang)
1 kilo kerang
2 batang serai titik
sedikit air (anggaran 1/2 cawan)
Air ais secukupnya
Bahan B
4 Ulas Bawang Putih (tumbuk)
5 Biji cili api (ikut kepedasan) (tumbuk)
1 inci belacan dibakar (tumbuk)
1cm gula nisan (kalau gula somtam lagi sedap)(tumbuk)
1 Biji Tomato (tumbuk)
Jus Limau Kasturi (LiNa Pg guna 2 biji)
1/4 sk Asam Jawa (xletak sbb dah masam)
Kicap Sotong/Sos Ikan
Hirisan Daun Ketumbar
Garam dan perasa
Bahan C
Cili padi hijau dan merah
Cili Merah Jika Suka
1 biji tomato dipotong dadu
1/2 labu Bawang Besar (mayang halus)
Sedikit hirisan ketumbar
Cara-Cara

Resepi Kerabu Kerang Ala Thai ni saya ada sediakan video tutorial jugak.Boleh tengok di youtube LiNa Pg okey...Nanti saya sertakan link di bawah
Terliur tak?walaupun simple tapi sedap ya amat tau..Pedas2 masam sedikit masin..pendek kata serasi bersama gitu.
KERABU KERANG ALA THAI
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Diinspirasi dari ZDZ
1 kilo kerang
2 batang serai titik
sedikit air (anggaran 1/2 cawan)
Air ais secukupnya
Bahan B
4 Ulas Bawang Putih (tumbuk)
5 Biji cili api (ikut kepedasan) (tumbuk)
1 inci belacan dibakar (tumbuk)
1cm gula nisan (kalau gula somtam lagi sedap)(tumbuk)
1 Biji Tomato (tumbuk)
Jus Limau Kasturi (LiNa Pg guna 2 biji)
1/4 sk Asam Jawa (xletak sbb dah masam)
Kicap Sotong/Sos Ikan
Hirisan Daun Ketumbar
Garam dan perasa
Bahan C
Cili padi hijau dan merah
Cili Merah Jika Suka
1 biji tomato dipotong dadu
1/2 labu Bawang Besar (mayang halus)
Sedikit hirisan ketumbar
Cara-Cara
- Didihkan air bersama serai, kemudian masukkan kerang.Tutup periuk dan masak sekejap sahaja (hingga kerang terbuka)
- Sediakan air ais secukupnya tuang kerang tadi.Biarkan sebentar.
- Buang sebelah cengkerang kerang dan tinggal sebelah lagi.Ketepikan
- Sementara itu, kita sediakan asamnya.Tumbuk bahan B,bawang putih, cili padi, belacan, gula nisan dan buah tomato.Perahkan jus limau kasturi, sos ikan, dan seimbang rasa masam manis dan masin.Tambah garam dan perasa/gula (jika perlu)
- Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam bekas berisi kerang, masukkan bawang besar, cili padi dan gaul rata.Tabur hirisan daun ketumbar.
- Kerabu kerang ala thai sedia dinikmati
- Untuk video tutorial boleh refer link di bawah
Kerabu asal seimbang rasa masam manis pedas tu kira sedapla..Pandai2 la ejas ikut selera ok