Quantcast
Channel: TERATAK MUTIARA KASIH
Viewing all 1469 articles
Browse latest View live

Resepi Kuah Rojak Buah Homemade Mudah Dan Sedap

0
0
Assalamualaikum.....
Tersampuk kerajinan tetiba rajin benar buah Kuah Rojak Homemade.Sebenarnya saya ni bukanlah dikatogerikan rajinnnn sangat pun.Biasanya memang saya beli jer Kuah Rojak tu, itupun kalau pergi bercuti ke mana-mana.Selalunya buah-buahan tu saya akan beli kat RnR Bukit Gantang sebab buah-buah kat situ memang nampak segar dan akan menyesal  kalau tak beli apa2 untuk dibawa pulang.Selalunya jambu madu, jambu batu antara yang selalu ikut pulang.Kebiasaan kalau dah beli buah-buah untuk menyicah tu saya hangkut sekali la Kuah Rojak senang kan, balik rumah terus potong buah dan makan jer.Bukan apa dalam kepala dah set mesti susah nak buat Rojak Petis ni baik beli jer.
Rasanya yang last saya beli Kuah Rojak ni masa holiday ke Felda Resident Hot Spring...Biasalah port peberet RnR Bukit Gantang la tuh hehee....Dah lama jugak Kuah Rojak terperuk dalam peti ais, so minggu lepas en.suami ke Tesco berkenan pulak dengan jambu batu yang bersaiz obes ni..Rasanya sebiji pun dekat 1kg.Packing plak 2biji per pack.Dia hangkut bawa balik.Kami pun menyicah la dengan baki Kuah Rojak yang sedia ada tu...Kami berdua jer lah yang layan sebab anak2 kureng gemar makanan macam ni.
Sebiji jambu dah selesai hujung minggu lepas...Kuah Rojak pun dah abes...
Menengokkan ada lagi sebiji buah jambu dalam peti ais yang hampir nak monopouse tu saya pun gigihlah buat Kuah Rojak sendiri.Kebetulan masa buka IG terpandang Resepi Kuah Rojak Homemade yang senang.Tambahan pulak yang berkongsi resepi tu ialah dari sumber yang boleh saya percayai.Siapa lagi kawan saya lah si Zalieda tu hehee....
Kebetulan bahan2 pun memang ada kat rumah...saya pun cubalah buat.Sekejap saja dah siap.Alhamdulillah menajadi dengan jayanya.
Dan yang paling tak sangka, anak2 saya makan pulak Kuah Rojak yang mama depa ni buat.Mula2 ingatkan depa makan sekadar nak amek hati mama, rupanya duduk makan sampai habis buah dan kuah rojak tu.Kata Nisa kuah rojak mama sedap tak pedas dan tak manis...Amboi bab membodek memang pandai la depa.Alhamdulillah agaknya kena lah dengan taste depa.Owh...anak2 tu dua orang jer ya...Maisarah tak payah diambil kira..memang kompom la tak makan punya budak tu hahaaa...
Okey panjang bebel...Jom kita semak resepi.Psstt..kalau typo berterabur minta halal jer la...Nanti saya cek semula dan edit...So, pandai2 la sesuaikan typo dengan ayat tu (kalau ada)
Kalau suka boleh letak kacang tumbuk atau bijan.Saya sengaja tak letak kekacang sebab husband tak boleh makan kacang.Bijan tu terlupa nak masukkan...ada jer dalam peti ais.Walaupun togel macam ni jer...Rojak Petis ni memang sedap.Itulah kan...benda senang jer tak cuba kita tak tahu.Buah jambu dalam gambar cuma sebiji jer..sebab tu saya cakap obes hehee...sebab besar sangat...Boleh makan 4 orang hehee...


RESESPI KUAH ROJAK | ROJAK PETIS | ROJAK BUAH
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Sumber : Zaliedana (Instagram)
Bahan-Bahan
150gm Cili Giling 
1/2 Sudu Besar Belacan Bakar
1 Sudu Besar Petis/Otak Udang (LiNa Pg skip)
Kicap Lemak Manis Secukupnya
Kicap Masin Secukupnya
Sos Tomato Secukupnya
80 Gram Gula Pasir
100 Gram Gula Melaka
2 Sudu Besar Cuka Makan(xnak letak pon xpa,utk bgi kuah rojak tahan lama ja)
Air Jika perlu (LiNa Pg letak 2 sudu besar)

Cara2
Masukkan Semua bahan,kacau sebati dan Masak Sampai kepekatan yang di ingini.

Bahan Sampingan Untuk Tabur
Kacang Tanah tumbuk kasar
Bijan (Jika Suka)

Bahan Untuk Rojak
Buah2 pilihan (untuk rojak Buah) Sayur Kangkung,sengkuang

Sotong Kembang ,timun,tauhu(untuk rojak Bandung)


Asam Rebus Ikan Siakap Mudah Sedap Dan Menu Sihat

0
0
Assalamualaikum....
Salam di hari Jumaat, sekejap jer dah pun berjumpa Jumaat...Pantasnya masa berlari.Terasa baru sahaja hari Isnin rupanya dah Jumaat.Sejak kebelakangan ini cuaca sejuk dan hujan jer.Saya ni kalau cuaca suram macam ni suka masak (dan makan) lauk/menu yang berkuah dan lite...Suka yang sedikit masam pedas dan tidak berlemak.Antaranya macam Rasam tu la posting 2 hari lepas.So, kali ini saya nak kongsikan idea masak untuk ibu2 semua iaitu Asam Rebus Ikan Siakap.Boleh jer kalau nak guna ikan lain, kembung atau apa2 yang sesuai.Sebenarnya Ikan Siakap (potong2 ni) saya nak masak Kheng som tapi tak cukup bahan, so tukar sajalah kepada Asam Rebus atau ada jugak yang panggil Asam Pedas Utara versi kuah ceroi hehe.Bagi kami sekeluarga kuah ceroi ke kuah pekat ke semua boleh makan.Kadang tekak terasa nak makan yang pekat, kita buat style selatan Johor/Melaka, bila cuaca sejuk dan mendung macam ni kita buat veris 'sup' pulak sedap hirup kuah.Kalau di Kelantan Asam Pedas lebih kurang macam ni jugak cuma tak guna belacan.Teringat kalau musim hujan arwah bonda suka buat Asam Pedas Ikan Puyu atau ikan sungai.Hurmmm sedap..tambahan daun kesum dan bunga kantan hanya petik keliling rumah jer (Al-Fatihah buat bonda tersayang)
Okeylah kita terus saja tengok resepi.Ekceli Asam Pedas Ikan Siakap ni bukan resepi fresh hari ni....Dah beberapa saya buat n share kat IG sinun.Kalau yang nak follow boleh follow 
Instagram Malina LiNa Pg 
(dah follow tegur tau...kenalkan diri follower TMK)Kalau tak saya tak tahu...kang kata saya sombong pulak
simple2 pun sedap.Slurpppp hirup kuah sampai licin

RESEPI ASAM REBUS IKAN SIAKAP
By Malina LiNa Pg
Bahan-bahan: 

  • 1 ekor ikan siakap potong kepada beberapa bahagian
  • 4 ulas bawang merah (tumbuk/blend)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk/blend)
  • sedikit belacan (tumbuk/blend)
  • 1 sudu besar cili giling/3 biji cili merah (blend)
  • 2 asam keping
  • 2 biji tomato - belah 2 
  • 5 biji kacang bendi 
  • Daun kesum 
  • 1 kuntum bunga kantan (belah 2)
  • garam / perasa pilihan 
  • Air secukupnya
Cara-Cara.

  1. Masukkan air di  dalam periuk. Masukkan semua bahan kisar, asam keping dan bunga kantan.Biarkan mendidih terlebih dahulu.
  2. Masukkan ikan,daun kesum dan tomato.Masukkan garam dan perasa.Sesuaikan rasa, masa.
  3. Dah siap.Tutup api.Sedia dihidang.

Ayam Masak Kicap Dan Sup Sayur (Idea Makan Tengahari)

0
0
Assalamualaikum....
Bersiaran di hujung minggu....Rajin kan update blog hari Sabtu.Sajalah nak share idea masak2 untuk u olls yang kebuntuan tak tahu nak masak apa untuk lunch nanti.Saya share idea jer tau.Resepi campak2 jer..so pandai2lah taram sendiri.Kalau nak ikut cara LiNa Pg, boleh follow resepi di bawah.
Hari ni tak masak, sebab nak keluar beli barang.Ni menu 2-3ari lepas saya post ke Instagram.Hari ni post kat blog pula.
Kat rumah ni kalau ayam kicap sama ada berkuah atau goreng kicap memang laku.Pendek kata kalau ayam goreng bodow pun laku hahaa...Gitulah anak dan ayam berpisah tiada .
Okey untuk ayam kicap tu mesti ada yang tanya awat tak itam pun?Sebenarnya saya guna kicap manis, sedikit kicap pekat dan Kicap Mee (Tamin) kicap mee tu yang membuatkan Ayam kicap ni sedikit kemerahan.Cantik lak warnanya.Itu saja rahsia dia kalau nak Ayam Masak Kicap Sedap dan cantik kemerahan.
Okey untuk sup tu ringkas sahaja, sawi, sedikit kobis, fisball dan suhun.Cuma tumis bawang putih cincang..masukkan air hingga mendidih dan masukkan sayuran.Sesuaikan rasa.Itu sahaja.
simple sahaja.Goreng telur dadar, kira setel la hidangan.Mudah kan?yang penting berjaya menambat selera selera keluarga.Psstt..daun kari tu hiasan semata xde masuk dalam bahan pun.Saja nak bagi nampak berseri jer

RESEPI AYAM MASAK KICAP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
  • 10 ketul ayam (perasakan dengan garam kunyit goreng hingga masak) 
  • 1/2 labu bawang besar (kisar)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 1cm halia (kisar)
  • 1/2 labu bawang besar hiris
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap Mee Tamin
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar cili giling
  • Buah tomato, cili merah (hiasan)
  • Minyak
  • Air jika perlu
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar hingga layu.Masukkan bahan kisar, tumis hingga garing.
  2. Masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan semua sos dan kicap.Masukka sedikit air (jika perlu) 1-2 sudu besar sahaja.
  4. Masukkan ayam (yang telah digoreng) Gaul rata.Sesuaikan rasa.Masukkan buah tomato dan cili merah/cili hijau (LiNa Pg kehabisan stok)Taburkan daun bawang untuk hisan.LiNa Pg cuma taburkan daun kari nak bagi nampak hijau2.Kalau tak ada tak perlu letak sekadar hiasan.
  5. Selamat mencuba

Cara Buat Ikan Bakar Paling Mudah Dan Sedap

0
0
Assalamualaikum...
Kalau di Pulau Pinang ni, ikan bakar sangat digemari tak kira pelancong yang datang berkunjung ke Penang atau pun penduduk tempatan.Bagi kami sekeluarga memang gemar makan Ikna Bakar, tak kisahlah sama ada homemade ataupun yang makan di Restoran.Selalunya yang tepi pantai lah baru terasa dok di pulau heheee...
Bagi yang suka makan Ikan Bakar, jom saya kongsi cara ekpress untuk buat Ikan Bakar.Tak sampai 20min dah boleh makan ikan bakar yang panas2.Paling penting ialah rasanya 'SAMPAI' apa tu sampai??Sampai tu rasaya menepati citarasa.Kadang2 yang beli pun tak sedap tara mana...Kecuali pes yang buat sendiri.Tapi sebelum, kalau ada yang berminat nak cuba Ikan Bakar from scratch boleh cuba beberapa Resepi Ikan Bakar yang saya dah buat sebelum ni.Ada banyak lagi.Korang carilah dalam cloud 'Ikan' kat side bar tu yea...
http://linapg.blogspot.com/2014/10/resepi-ikan-bakar-mudah-dan-sedap.html
http://linapg.blogspot.com/2013/05/resepi-ikan-siakap-bakar-tom-yam.html
http://linapg.blogspot.com/2014/07/resepi-ikan-bakar-portugis.html

Gambar saya snap malam, so nampak pelik siketlah sebab saya hanya guna lampu dapur, xde lighting bagai.Snap pun guna hp jer.Kemalasan ya amat nak keluarkan kamera bagai.Ikan Siakap Bakar ni, kami makan macam ni saja tau.Memang tak buat air asam pun...Memang sedap.Tapi kalau nak cicah Air Asam pun boleh.Tengok kat Resepi Ikan Bakar link atas tu...adalah mana2 resepi yang saya sertakan Air Asam atau pun boleh tengok kat Resepi Nasi Daging ada resepi air asam jugak.Nak senang cuma potong cili padi boh kicap, perah limau kasturi.Siap
 Macam mana Resepi Ikan Bakar ni?Tu haaa...saya mengelat jer guna Kuah Sambal Tumis Brahim jer.Ada siket lebihan saya buat satu job minggu lepas hehee....Mak aih senang hidup hehee...Main tuang je (tak ya letak garam apa dah tau)Lepas tu balut dengan daun pisang/aluminium foil then bako.Kalau nak perap kejap pun ok dalam 1/2 jam macam tu.Bagi Ikan tu terasa dengan pes.Amacam senang tak hahaa?Haaa...apa lagi tirulah cepat.Kadang2 yang balik keje tu, sampai dah lewat kan..tak sempat nak prepare apa2..guna yang ni la senang.
Ekceli kami buat untuk dinner sebab keluar meronda.Sampai rumah dah nak malam dah...Nak keluar semula cam malas...nak masak beriya pun kureng rajin sebab badan pun dah penat.So, just keluarkan Ikan Siakap letak pes ni bakor..makan dengan telor dadar dan sayur goreng stir fry.Setel dinner...sesambil layan GV haaa...gitu kikiiii

Kari Ikan Tanpa Santan Dan Peria Goreng Telur

0
0
Assalamualaikum...
Selamat tengahari dan Selamat Berhujung minggu.Nak masak tengahari ni?Meh saya kongsikan idea..Apa kata Buat Kari Ikan atau Gulai Ikan.Cuti cuti macam ni anak2 kerap lapar.Kalau ada kari atau gulai tu petang karang boleh cicah2 roti pulak kan sementara nak tunggu makan malam.Senang kije sekali masak..setel makan tengahari dan minum petang.Sayur lak Peria Goreng saya 'gu' kan dengan Kari Ikan ni.Resepi dah banyak kali ulang siar.Boleh guna mana2 resepi Kari Ikan.
Saya CnP Resepi Peria Kacau Goreng jer la
Nampak ceroi lak kuah kari ikan ni sebab saya snap masa masih panas lagi.Kalau biar suam sedikit..makin pekat.Kalau yang perangat lagi sedap.

SAYUR PERIA KACAU GORENG
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-bahan  
1 biji peria panjang 
1 biji cili merah (dipotong serong) 
1 biji telur 
3 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar) 
2 biji cili merah (ditumbuk/dikisar) 
2 sudu makan udang kering (ditumbuk/dikisar) 
1/2 kiub ikan bilis 
Garam 
Minyak untuk menumis 

Cara-cara 
  1. Peria dibelah dua, buang biji dan dihiris nipis. Rendam peria dengan air garam. (LiNa Pg masukkan 3-4 sudu kecil garam ke dalam air dan rendam selama 20minit.Tujuannya untuk mengurangkan pahit buah peria).Bilas dengan air biasa, kemudian toskan. 
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi dan garing. 
  3. Kemudian masukkan peria ke dalam kuali.Kacau sebentar Masukkan telur (yang telah dipukul sedikit dengan garfu).Kacau lagi. 
  4. Masukkan kiub ikan bilis.Kacau sebentar sehingga peria sedikit layu. Akhir sekali masukkan cili merah, kacau sebentar.Tutup api.Dah siap.
  5. SELAMAT MENCUBA 

Sarapan Sihat Roti Sosej Dan Scrumble Egg

0
0
Assalamualaikum...
Dah ada idea untuk sarapan pagi ni?Jom layan sarapan sihat.Hidangan ringkas, mudah. mengenyangkan dan juga berkhasiat.
Anak2 saya suka sarapan yang macam ni berbanding Nasi Goreng, bihun goreng dan seangkatan dengannya.Mamanya lagi suka sebab yang paling cepat..dapur pun x bersepah.Tak penat nak kemas balik hehee...sap sap soi gitu.
Resepi tu rasanya semua dah pandai.Saya explain ringkas jer la..Untuk scrumble eggs tu..saya tumis bawang putih cincang hingga garing, pecahkan telur dan masukkan sedikit cukup rasa/garam...masukkan jalapeno cheese kalau tak ada boleh masukkan cheesedale kalau tak ada jugak boleh skip.Masak sekejap hingga telur set...jangan lama sangat biar telur masih basah2..Barulah sedap.
Rasanya dah lengkap neh...kenyang sampai tengahari.So mama2 semua boleh tiru ya..InsyaaAllah anak2 suka ni

Roti Telur Sardin Viral

0
0
Assalamualaikum...
Selamat Pagi Selamat Bercuti dan Happy Deepavali kepada rakan rakan yang menyambut perayaan ini.Minggu anak2 bercuti panjang.Selalunya depa cepat terasa lapar dan asyik minta makan jer.Kalau yang bercuti/holiday tu lain lah kan dapat bertukar..Bagi yang tak kemana mana tu..memang masak, kemas, masak kemas jerlah kejenya seharian hahaaa...kemas dapur, ruang tamu dah bersepah gitulah kalau ada anak yang masih tahap 1 ni..Kalau semua dah sekolah menengah rilek siket.
Okey hari ni saya nak kongsikan resepi Roti Sardin Viral atau Roti Telur Sardin.Biasanya Roti Sardin ni...sardin digulung dalam roti tapi yang ini sardin dicelup bersama telur.Sedap jugak.Bolehlah dibuat minum petang atau sarapan ringkas.Bagi yang suka pedas boleh tambah hirisan cilipadi.Anak2 saya tambah si Maisarah memang tak makan pedas..so saya cuma guna cili merah jer.Itupun buang biji hahhaaaa...sabor ajerlah kan..
Resepi Roti Sardin ni saya dah upload ke youtube beberapa hari lepas.So boleh tengok kat sana jugak ya...
 Simple saja..tapi sedap dan mengenyangkan...

Roti Telur Sardin Viral
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
  • Roti putih secukupnya (LiNa Pg guna gardenia)
  • 1 tin kecil sardin/mackerel (155g)
  • 1/2 labu bawang besar (cincang/dadu)
  • 1 biji cili merah (cincang/dadu)
  • sedikit daun bawang
  • 3 biji telur
  • sedikit garam/cukuprasa
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Roti dipotong mengikut kreativiti (ketepikan)
  2. Lenyek kasar sardin (biar masih ada ketulan)
  3. Masukkan bawang, daun bawang dan cili merah.Gaul rata
  4. Pecahkan telur ke dalam mangkuk berasingan.Masukkan garam/cukuprasa.Pukul manja (seperti pukul telur dada)
  5. Tuang telur ke dalam sardin tadi.Gaul rata.
  6. Celup roti kemudian goreng (minyak sedikit sahaja) hingga masak.
  7. Angkat kemudian toskan.Hidangkan Roti Telur Sardin bersama sos.Selamat Mencuba.Jangan Lupa Subscribe Youtube LiNa Pg

Nasi Tomato Dan Dalca Daging Resepi Mudah Dan Sedap

0
0
Assalamualaikum...
Salam siaran di hari Khamis...anak2 pun dah kembali ke sekolah.Sepanjang cuti panjang kejenya masak makan ajerlah...Dah bosan makan nasi putih, kita tukar selera makan nasi berperisa pulak.Kalau kat rumah ni asyik ulang siar Nasi Beriani jer...macam tak reti jemu plak dengan nasi tu hahaa...Disebabkan agak lama tak buat Nasi Tomato, so mama buatlah nasi tomato ni siket untuk anak2.Masak Nasi Tomato tapi tak plan sebenarya.Tengok beras basmati masih ada lagi..rasa boleh ON jer lah...sekali sos tomato plak tinggal seciput adoi....takpe lah kita letak tomato fresh jer...So warna tu agak pucat jer.Tapi rasa menten sedap tau guna tomato fresh ni.Ada rasa masam2 siket tu bolehlah kan?yang penting anak2 kata sedap heheee....
Nasi Tomato saya gandingkan dengan Dalca Daging, guna daging tetel dan letak sayuran ikut yang mana ada dalam peti ais jer....buat siket lauk hayam untuk budak sarah sebab dia x makan daging.Tak makan bukan sebab apa...sebab cerewet jer huhu....
Untuk Resepi Nasi Tomato ni saya buat youtube jugak nanti boleh check sana ya.Resepi Dalca Daging tu xde video..sebab saya masak serentak nak cepat punya pasal
Nasi Tomato tu pun kelam kabut punya pasal sampai kismis pun x jumpa cari hahaaa...Cari dalam peti ais lain, rupanya simpan dalam peti ais kek hahaaa...Gitulah bila unplan buat video...tetiba otak seminit buat video lak...Saja amek kesempatan sementara ada tukang pegang hp ni kan?Nanti kalau hari sekolah dah xde sapa dah nak jadi 'tripod' mama hahaaa
Nasi Tomato And The Gang.Ayam Masak Merah Madu dan Dalca Daging.Acar tak enterprem...buat awal simpan dalam peti ais.Bila buat photoshoot lupa lak nak ambil.Nak makan baru teringat.Sian dia dilupakan hahaa..
Walaupun simple sahaja, tapi Nasi Tomat ni sedap dimakan...makan kosong pun dah sedap tau
RESEPI NASI TOMATO MUDAH DAN SEDAP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Youtube 
Bahan-bahan 
3 cawan beras basmati 
3 cawan air 
1 cawan susu cair 
2 kiub ayam (LiNa Pg guna kiub ayam maggie) 
Sedikit gula
4 sudu makan tomato puri/sos tomato

Bahan Tumis
3 ulas bawang merah (mayang/cincang) 
3 ulas bawang putih (mayang/cincang)
2 biji buah tomato (dadu kecil) 
1 batang kulit kayu manis 
3 kuntum bunga cengkih (skip kalau tak suka)
1 kuntum bunga lawang 
1 biji buah pelaga (skip)
2-3 helai daun pandan (disimpul) 
Sedikit minyak sapi/butter
Sedikit minyak masak

Bahan Lain
Daun pudina/Daun sup / Kismis / Gajus 

Cara-Cara: 
  1. Beras dibersihkan ,rendam 30 minit.Kemudian toskan 
  2. Panaskan sedikit minyak masak dan minyak sapi.
  3. Tumis bunga lawang, kulit kayu, daun pandan, bawang merah dan bawang putih .Tumis sekejap hingga terbit bau dan bawang sedikit layu (Tak perlu garing nanti terasa pahit)
  4. Masukkan buah tomato dan sos tomato.Kacau sebentar hingga buah tomato lembut sedikit.Masukkan sedikit gula (untuk imbangkan rasa masam)
  5. Kemudian masukkan air, susu cair dan kiub ayam.Biarkan mendidih terlebih dahulu.
  6. Kemudian masukkan beras, gaul rata.Biarkan seketika sambil dikacau sekali sekala supaya nasi tidak hangit/berkerak di dasar periuk (masak api sederhana)
  7. Apabila nasi telah kering, kecilkan api, masukkan daun pandan dan taburkan kismis dan gajus (jika suka)
  8. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak sepenuh.Anggaran 12-15min.
  9. Setelah nasi masak...tutup api dan gemburkan nasi mengunakan garfu.Nasi Tomato sedia dihidang bersama Ayam Masak Merah atau apa2 lauk kegemaran.
  10. Selamat Mencuba.Jangan Lupa Subscribe Youtube LiNa Pg
Note:
Jika ingin memasak menggunakan rice cooker, boleh terus tumis dalam rice cooker, biarkan air mendidih terlebih dahulu,baru masukkan beras.Masak seperti biasa.
Apabila telah KEEP WARM, Jangan terus OFF, biarkan KEEP WARM selama 20-25min supaya nasi masak dengan sempurna.
PREMIERE schedule on 11/8/2018 (10.30am)
Jangan Lupa Set Reminder okey

 Dalca Daging simple2 jer...saja buat siket.Ini Dalca Daging versi Kelantan.Tidak menggunakan kacang dhal.Resepi seakan gulai kawah tapi agak ceroi/cair sedikit dan ditambah sayuran yang sesuai.Dalca ni selalunya dihidangkan di kenduri kendara.

RESEPI DALCA DAGING
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan  
300g daging tetel/daging cincang 
1 paket kecil rempah dalca (Kalau xde gn rempah kari ayam/daging pun ok) 
1 labu bawang besar (kisar)  
5 ulas bawang merah (kisar)  
3 ulas bawang putih (kisar)  
1 cm halia (kisar)  
3 hiris lengkuas (kisar) 
3 sudu besar cili giling  
1 biji terung panjang (potong)  
Sedikit kacang panjang (kerat2)  
2 biji kentang (potong kiub)  
1 biji karot (potong baji)  
2 biji cili merah (patah-patahkan) kali ini lupa nak letak 
2 biji cili hijau (patah2kan)  
1 cawan santan pekat  
2 asam keping  
Bunga lawang, pelaga dan kulit kayu manis   
Minyak  
Air  
Garam dan gula/perasa  

Cara-Cara  

  1. Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan pelaga hingga terbit bau.  Masukkan bahan kisar, tumis hingga agak garing sedikit. 
  2. Sementara itu satukan rempah kari dan cili giling, campurkan dengan sedikit air.Jadikan pes pekat.  Apabila bahan tumisan garing, masukkan pes rempah dan tumis hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan daging/ayam gaul bersama rempah hingga sebati.Biarkan sebentar hingga daging/ayam kecut dan mesra dengan rempah tumisan. 
  4. Masukkan asam keping, sedikit garam dan gula/perasa.Tambah air sama paras dengan daging/ayam. Masukkan kentang.Biarkan daging hingga 3/4 empuk. 
  5. Setelah itu masukkan santan dan tambah air secukupnya. Renehkan sebentar. 
  6. Masukkan karot, dan terung.Masak hingga ayam/daging empuk.  
  7. Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa sesedap rasa. Masukkan kacang panjang, cili merah dan cili hijau.Biarkan selama 1 min.Tutup api.Sedia dihidang.
Ayam Masak Merah Madu simple2 saja neh.

Resepi Tom Yam Campur Ala Restoran Thai

0
0
Assalamualaikum...
Kembali bersiaran setelah beberapa hari tak berkesempatan untuk update blog.Ramai yang suka makan Tom Yam tak?Bagi kami sekeluarga memang suka sangat makan tom yam.Kalau keluar dinner outing mesti order Tom Yam, setiap mggu keluar...mesti tom yam masuk list.Kalau kebetulan pergi pasar ada udang segar dan bahan bahan tomyam buat tom yam sendiri plak.Pendek kata setiap minggu mesti makan Tom Yam tak kiralah masak atau kedai punya.Punya addict kena tom yam neh.Korang suka tom yam versi macam mana?Banyak sayur atau yang sedikit sayuran?Bagi kami suka Tom Yam santan sayur sekadar tomato dan cendawan tiran jer.Kenapa?Tak suka makan sayur ke?Bukan...saya tak mahu sayuran tu over power tomyam..Bila hirup kuah rasa manis dari seafood tu dan cukup sedap.Kalau nak makan sayur, lebih baik buat sayur asing..seperti kailan ikan masin atau paling simple sekadar sayur campur.Haaaa...kan dah dapat 2 menu tu.Tambah telur dadar kira setel dah la tu.Tapi kalau kat rumah mesti ada jugak ikan atau ayam sebagai lauk sampingan.Budak2 ni kalau tak ada ayam macam tak lengkaplah.
Okeylah untuk resepi tom yam saya guna resepi yang pernah saya kongsika dahulu, ada jugak di youtube sana.Cuma kali ni saya guna stok udang sebagai kuah tomyam..memang lagi sedaplah.Stok udang sentiasa ada kat rumah ni.Kalau beli udang mesti asingkan kepala dan kulit (separuh badan udang tu) untuk buat air rebusan udang.Kalau buat goreng mee, bihun atau buat kuah Mee Kari pun akan lebih sedap.Lagi senang lepas rebus, sejukkan terlebih dahulu, kemudian frozen jer.Nak guna ambil masukkan dalam masakan.Mudah kan?
Panjang bebel.Opss sebelum saya terlupa hari ini 15/11/2018 (10.30am) ada video terbaru di Youtube Channel LiNa Pg) PREMIERER .Nak tahu resepi apa, jangan lupa tonton okey.Boleh live streaming jugak time tu.
Okey jom la kita semak Resepi Tom Yam....
Mangkuk pun comot2, kalut snap gambar lebih kurang jer sebab nak cepat masak lunch untuk maisarah nak g skool (bukan menu hari ni tau hehee)beberapa hari lepas.

TOM YAM CAMPUR ALA THAI 
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/ https://www.youtube.com/watch?v=hrJiA7fUZOs 
Bahan-bahan 
4 cawan air (4 cups water) guna air rebusan kulit udang lagi sedap 2sudu besar pes tomyam (LiNa Pg guna pes Tom Yam Yum Thai) 
1 sudu besar cili pes (LiNa Pg gn maepranum brand) 
2 batang serai - ketuk 
2 cm lengkuas - hiris 
1 cm halia (hiris) 
daun ketumbar dan akarnya 
5-6 helai daun limau purut 
1/4 cawan santan 
2 sb sos ikan 
1/2 kiub ayam 
1 keping dada ayam (dadu kecil) 
Cendawan tiram secukupnya (terlupa lak nak letak, kalut punya pasal)
1 biji limau nipis /limau kasturi- amik jus 
10 ekor  udang saiz sedang 
4 ekor sotong 
1 biji tomato belah 
2-3 biji cili padi - ketuk (jika suka pedas) 

Cara-Cara 

  1. Masukkan air masukkan pes tomyam dan cili pes, kiub ayam.Kacau rata.Masukkan serai,halia, lengkuas,akar ketumbar,daun limau purut, santan dan sos ikan
  2. Masukkan ayam dan cendawan tiram.Kacau rata,kemudian masukkan daun ketumbar (simpan sedikit untuk tabur kemudian selepas siap)Biarkan kuah mendidih supaya ayam masak dan cendawan lembut. 
  3. Sesuaikan rasa (tambah garam dan perasa jika perlu)masukkan perahan jus limau kasturi/limau nipis Masukkan udang dan sotong, kemudian masukkan tomato, cili padi dan tabur daun ketumbar. 
  4. Masak selama 1-2min (hingga kulit udang bertukar kemerahan-jangan masak terlalu lama nanti isi udang/sotong menjadi keras/liat)dah siap Tom Yam Ala Thai versi LiNa Pg.
  5. Selamat Mencuba 

JANGAN LUPA SUBSCRIBE YOU TUBE CHANNEL LINA PG

Ikan Goreng Berlado

0
0
Assalamualaikum...
Dah ada idea ke tu nak masak apa?Okey jom saya share idea.Apa kata buat Ikan Goreng Berlado untuk makan tengahari nanti.Sedap tau kalau makan dengan sup sayur atau apa2 yang berkuah sedikit.Kalau tak ada kuah pun ok jer makan ikan ni semata hehee..Ekceli Ikan Goreng Balado ni saya buat hari yang sama masak Tom Yam Campur tu..Maknanya menu basi lah neh.Biasalah kan manjang tak sempat update.Kadang tu malas nak update.Bila cuti asyik berebut laptop dengan budak sarah.
Ikan Goreng Berlada ni banyak kali sangat dah buat.Cuma kali ni saya mengelat letak sos tiram jer...haa senang kije.Kalau nak cepat macam tu la..main tuang jer..InsyaaAllah sesedap rasa tak delah nak termasin ke apa kan?Okey jom kita semak resepi.
simple jer...pic guna hp..cam biasa lah
IKAN GORENG BERLADO
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 3-4 keping isi ikan (tenggiri/merah/bawal)
  • 5 biji cili merah (tumbuk)
  • 5 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 asam keping
  • 3 sudu besar sos tiram
  • Garam+kunyit
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Ikan diperasakan dengan garam kunyit dan goreng hingga masak.Ketepikan
  2. Tumis bahan tumbuk hingga garing, masukkan asam keping dan sos tiram.
  3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi.Sesuaikan rasa.Angkat dan hidangkan.Mudah kan?Makan dengan nasi panas..perggg memang terangkat

Agar Agar Santan Pandan Dan Tips Supaya Berlapis

0
0
Assalamualaikum....
Pasti ramai yang suka makan Agar Agar Santan.Tak kira sama ada Agar Agar Santan Gula Melaka atau pun Agar Agar Santan Pandan.Kalau buat yang versi santan ni memang wangi satu rumah.Kebiasaan kat rumah saya ni kalau Agar Agar Gula Melaka tu memang anak2 suka sangat sebab saya sangat jarang buat yang pandan ni.Pernah buat sekali dulu tapi lapisan santan terlalu tebal.Kali ini saya cuba lagi dan menjadi dengan jayanya.Jom saya share tips supaya Agar Agar Santan menjadi berlapis hampir sama banyak.Petuanya lebih kurang sama seperti Agar Agar Gula Melaka iaitu:

  1. Santan dan telur hanya perlu dipukul sedikit sahaja.TAK PERLU BLEND atau KISAR.Pukul dengan garfu atau hand whisk sahaja.Kemudian masukkan ke dalam adunan agar2.
  2. Setelah mendidih...api mesti BESAR dan biarkan menggelegak selama beberapa minit..(menggelegak dan membuak buak) Untuk Agar Agar Santan Pandan yang ada telur, tektur harus berbintil atau kelihatan sedikit berkeladak.Boleh refer ke youtube.Bila dah jadi macam ni InsyaaAllah agar2 korang akan berlapis dengan cantik.
Untuk Resepi Agar Agar Santan Pandan ni saya hanya guna pewarna hijau epal sahaja sebab tidak cukup daun pandan untuk kisar.Kalau nak lagi sedap boleh kisar 5 helai daun pandan.Walaupun saya hanya masukkan daun pandan siat dalam agar2, tapi dah cukup wangi dan sedap dah..
Okey jom kita semak resepi.Atau boleh tengok di youtube juga
Kalau buat untuk buka puasa ni memang makan tak hengat.Tambah lak makan sejuk2.Terasa nyaman anak tekak.Cantik kan nampak hampir sama bahagian santan dan agar agar tu.Rasanya manis2 yang sedang sahaja sebab gula tu saya dah adjust mengikut kesesuaian selera kami.Kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman haaaa gitew kikiii

AGAR AGAR SANTAN PANDAN
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/

Bahan-Bahan
  • 10g agar-agar serbuk
  • 800ml air
  • 200ml santan pekat 
  • 3/4 cawan gula (~180g)
  • sedikit pewarna hijau epal
  • 1 biji telur gred A
  • 1 ketul gula batu (boleh skip jika x ada)
  • sedikit garam
  • 3 helai daun pandan simpul
Cara-Cara
  1. Satukan air, agar-agar serbuk, gula, daun pandan, pewarna hijau epal dan gula batu ke dalam periuk.Masak hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Sementara itu satukan santan pekat dan telur ke dalam bekas dan pukul sedikit (sekadar bercampur rata sahaja)Ketepikan sebentar.
  3. Apabila mendidih,masukkan campuran santan dan telur ke dalam agar agar.Sambil dikacau selalu supaya tidak pecah minyak.
  4. Setelah mendidih, buka API BESAR dan biarkan mendidih dengan kuat sambil dikacau supaya tidak melimpah keluar.Biarkan selama 1-2 min.Setelah kelihatan berbintil atau nampak berkelodak.Tutup api.
  5. Tuang ke dalam bekas/loyang.Biarkan sejuk sebentar kemudian simpan dalam peti ais supaya Agar Agar mengeras.
  6. Potong mengikut kreativiti dan agar agar santan pandan sedia dihidang.Selamat Mencuba

Kuih Tepung Bungkus Sedap Ada Tips Dan Petuanya Supaya Menjadi Dengan Jayanya

0
0
Assalamualaikum...
Alahai dah lama juga tak merasa Kuih Tepung Bungkus ni.Sekarang ini Kuih Muih Tradisional macam ni semakin sukar dijumpai.Bukan tak ada yang menjual tapi semakin kurang.Kalau ada pun tak begitu menepati citarasa.Saya suka Kuih Tepung Bungkus yang lembut kalau pegang masih meliut liut goyang2 macam tu hehee...Bila makan terasa lemak lemak masin kena pulak Inti Kelapanya tu sedikit manis...Barulah gabungan mantap.Terasa makan kuih yang mak mak buatkan?
Kebetulan minggu lepas, saya ke market Bayan Baru lalu bahagian santan untuk beli ayam segar.Ternampak santan dan kelapa parut putih.Terus emergency brake beli santan dan kelapa parut putih.Kalau nak lagi sedap guna kelapa matang.Iaitu kelapa yang belum tua, putih dan masih lembut.Biasanya kalau yang beli siap tu memang kelapa tua la...Nak yang matang tu kena balik kampung dan petik belakang umah Bonda, bawa balik sini dan parut sendiri.Kalau malas tak yah ngengada nak kelapa matang, tunjuk2 yang siap kat market jer kan...setel hahaha.
Hurmmm...enak tak terkata..Lemak lemak masin...intinya sedikit manis.Bila bersatu dalam mulut..bagai melompat2 minta disuap suap lagi....

Okey lah back to track...Kuih Tepung Bungkus ni sebenarnya kali kedua saya buat dan ada penambah baikkan.Biasalah kalau LiNa Pg tu ada sahaja yang dia nak eksperimen.Kali ini saya R.&.D untuk dapatkan tektur bahagian lemak putih yang lembut sebagaimana saya idamkan.Alhamdulillah menjadi dengan jayanya dan menepati piawaian tektur yang saya mahu.Yeayyy...itulah kan..Kena rajin siket baru kita tahu apa yang perlu improve.
Untuk Resepi Kuih Tepung Bungkus ni saya sediakan video di youtube Channel sinun.So, u olls boleh tengok cara-caranya di sana ok.Ekceli cara tu sama sahaja.Cuma bahan ada sedikit perubahan.
Beberapa tips dan petua saya dapat saya kongsikan untuk membuat Kuih Tepung Bungkus dan Inti Kelapa Serba Guna
  1. Guna gula nipah dan dicampur sedikit gula merah supaya intinya kelihatan lebih menarik, dan bertambah sedap dan berwarna gelap...intinya tu saya suka yang masih basah dan sedikit melekit.Letak tepung gandum sebagai gam supaya inti tikda berderai.Kalau yang berderai tu kurenggglah siket.
  2. Semasa mengukus Kuih Tepung Bungkus, guna api sederhana sahaja tau..supaya bungkusan tidak terbuka...dan menten ayu jer setelah siap dimasak.Kalau guna api besar, nanti abes terbuka 'aurat' tepung bungkus...terselak sana sini...Haish sian dia...dah elok bungkus hangpa p buka lak 'aurat' dia kikiiiii...Ingat tau api sederhana saja.
  3. Setelah Kuih Tepung Bungkus siap dimasak, biarkan sejuk terlebih dahulu.Jangan gelojoh terus nak makan time panas2 tu.Bukan apa sebab Kuih Tepung Bungkus terutama bahagian putih tu masih belum 'SET' masih belum 'firm' kena tunggu sejuk sedikit baru buka balutan daun pisang tu...Barulah kuih tak comot.
  4. Untuk Daun pisang, setelah dilayurkan di atas api, bolehlah disapu sedikit minyak supaya kuih tidak melekat dan tidak comot
  5. Jika Kuih mahu disejuk beku (frozen)Biarkan Kuih Tepung Bungkus sejuk sepenuhnya terlebih dahulu, kemudian masukkan ke dalam bekas/tupperware kemudian simpan dalam peti sejuk beku.Jika mahu dihidangkan, keluarkan Kuih Tepung Bungkus frozen, kemudian masukkan ke dalam microwave sahaja.Boleh terus dihidang.Atau boleh juga dikukus selama 5min.Kuih sedia dihidang.Mudah kan?
  6. Untuk Inti Kelapa Serba Guna, Inti Kelapa ni memang banyak LiNa Pg guna 1/3 sahaja dari portion tersebut.Selebihnya sata simpan dalam peti sejuk (chiller) Inti tersebut boleh dijadikan inti ketayap (nanti video menyusul di youtube nx week) boleh juga dibuat Pulut Inti, Kuih Koco, Kuih Badak Berendam dan sebagainya (Itupun kalau rajin lah) Kalau tak rajin ,kita repeat ketayap jer la hahaa

Sekolah dah nak mula bercuti, so mak2 boleh lah buat ready stok Inti Kelapa SerbaGuna ni.Senang, kalau anak2 nak makan kuih ketaya atau apa2 boleh terus buat kulitnya sebab inti dah ada siap2.

Okeylah panjang menaip hari ni.Alhamdulillah dilapangkan waktu untuk menaip.Okey jom kita semak resepi Kuih Tepung Bungkus

Kuih Tepung Bungkus 
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/ 
Bahan A (Inti Kelapa SerbaGuna)  
  • 1 biji kelapa parut putih 
  • 1 cawan air (secukupnya) 
  • 1 ketul gula nipah (120g)
  • 3/4 cawan gula merah
  • 1 sudu besar gula 
  • 1 sudu besar tepung gandum 
  • 3  helai daun pandan 
  • sedikit garam
Bahan B (Onde-Onde/Salutan Inti Kelapa)  
  • 1 cawan tepung pulut 
  • 3/4 cawan air (atau secukupnya) 
Bahan C (Lapisan Putih Lemak Masin) 
  • 1 cawan tepung beras 
  • 2 cawan santan segar
  • 2 cawan air
  • sikit garam 
  • Daun pisang (layurkan di atas api)
Cara-Cara (Untuk Inti) 
  1. Masukkan gula nipah, nipah merah, daun pandan, garam dan sedikit air.Masak hingga gula larut.
  2. Masukkan kelapa parut, gaul rata (tambah air jika perlu) masukkan gula pasir (jika perlu)ikut selera.
  3. Taburkan tepung gandum dan masak hingga Inti Kelapa kelihatan seperti gambar di atas
Cara-Cara (Bahan B) Onde-Onde Salut Inti Kelapa 
  1. Masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk, Masukkan air sedikit demi sedikit, Uli hingga doh tidak melekat di tangan.Kaedah sama seperti membuat Kuih Buah Melaka.
  2. Cubit sedikit doh anggaran sebesar ibu jari, leperkan kemudian masukkan inti kelapa.Gentel kemudian ketepikan.Ulang proses hingga doh habis.Kemudian ketepikan sebentar.
Cara-Cara (Bahan C) 
  1. Bancuh tepung beras bersama santan dan secubit garam. Kacau rata terlebih dahulu sebelum buka api.
  2. Masakkan hingga likat.Kemudian tutup api. 
Cara Assemble Kuih Tepung Bungkus
  1. Letakkan daun pisang yang telah dilayurkan di atas api, bersihkan segala kotoran dan sapu sedikit minyak.
  2. Ambil 2 sudu besar bancuhan tepung Bahan C dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
  3. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun.Ulang proses hingga habis.
  4. Kukuskan selama 20 minit api sederhana.Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus.
  5. Setelah masak, biarkan kuih tepung bungkus sejuk terlebih dahulu.Sebelum dihidang.
  6. Jangan Lupa Subscribe.Video Resepi di bawah
      Youtube LiNa Pg

Kuih Ketayap Sedap, Lembut Dan Resepi Mudah

0
0
Assalamualaikum...
Bila ada stok Inti Kelapa Serbaguna ni, maka akan timbul kuih susulan yang menggunakan Inti Kelapa.Senang kije buat Inti Siap2 simpan dalam peti ais.Teringin nak makan kuih apa2 yang menggunakan Inti Kelapa, kita godek2 buat jer.Menjimatkan masa.Tambahan musim cuti sekolah macam ni kan anak2 sentiasa terasa lapar tambahan pula sekarang musim hujan, lagilah terasa cepat lapar.So,mak2 kalau ada masa free, buat jer Inti Kelapa ni banyak2 dan simpan dalam peti ais.Kalau ada kerajinan boleh buat pau atau bun jugak.Tapi LiNa Pg ni tak adalah kerajinan nan jiti sampai nak buat bun/pau...haishh hujan2 ni lambat nau nak tunggu proofing tu kan?
Kalau setakat kuih ketayap ke hapa tu haaa..bolehlah lah hehee...Kalau dulu masa kecil saya panggil Kuih Batang Buruk.Bukan Batang Buruk kuih raya tu tapi yang ni lah kuih ketayap ni.Tapi lama kelamaan nama panggilan tu semakin dilupakan.Mayb ada setengah tempat masih kekal dengan nama tu.
Kali ini saya menggunakan resepi kuih ketayap yang lain siket.Biasalah kena ada penambah baikan.Lagi sedap, lembut dan tidak melekat.Kiranya boleh buat melayang jer dari pan terus ke pinggan..Ala2 roti canai terbang hahaaa...Takde lah terbang tapi boleh swing gitu jer 'lempeng' tu dah melunsur ke pinggan.Korag boleg tengok kat youtue ok.Rajin sungguh la haih..siap buat video bagai.Tapi part Inti tu kena tengok kat video Kuih Tepung Bungkus okey..sebab saya guna lebihan Inti tu jer.Ini pun masih berbaki lagi.Ingat petang ni nak buat Kuih Pulut Inti pulak..
Okey jom kita semak resepi kuih dadar gulung yang lembut, sedap dan mudah digulung.Bahagian crepe/lempeng tu sangat lembut, bila gulung mmg tak patah dan sedapppp sangat tau....ada rasa lemak2 sebab saya gunakan sedikit santan.
Nampak tak intinya basah2 berwarna gelap..sedikit manis.Manakala bahagian crepe nya pulak lembut dan sedikit lemak masin.Sedapnya alahai...tambahan cuaca redup jer hari ni...Kalau buat sendiri bolehlah merasa Inti Kelapa yang mewah macam ni.Kalau beli tu seciput jer.Ye la kelapa parut pun mahal sekarang ni.Bukan nak salahkan orang meniaga semua pun bahan dah mahal.Nak jimat nak banyak kena buat sendiri.Lagi menepati citarasa sendiri kan?

KUIH KETAYAP | KUIH DADAR GULUNG
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Youtube LiNa Pg (publish 10.30am)
Bahan-Bahan
Untuk video boleh refer ke post Kuih Tepung Bungkus
Bahan A (Inti Kelapa SerbaGuna) 

  • 1 biji kelapa parut putih  
  • 1 cawan air (secukupnya)  
  • 1 ketul gula nipah (120g) 
  • 3/4 cawan gula merah 
  • 1 sudu besar gula  
  • 1 sudu besar tepung gandum  
  • 3  helai daun pandan  
  • sedikit garam

Cara-Cara (Untuk Inti)  

  1. Masukkan gula nipah, nipah merah, daun pandan, garam dan sedikit air.Masak hingga gula larut. 
  2. Masukkan kelapa parut, gaul rata (tambah air jika perlu) masukkan gula pasir (jika perlu)ikut selera. 
  3. Taburkan tepung gandum dan masak hingga Inti Kelapa kelihatan seperti gambar di atas (refer post Kuih Tepung Bungkus)
Bahan B (Kuih Dadar/Crepe)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan santan
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • sedikit garam
  • 2 helai daun pandan
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan b ke dalam pengisar.Kisar halus.Kemudian tapiskan.Rehatkan adunan selama 10 minit
  2. Panaskan non stick pan, oleskan dengan sedikit minyak.
  3. Tuang adunan kuih ketayap angaran 1 senduk, ratakan ke selurahan pan.Biarkan selama beberapa minit hingga crepe masak (guna api kecil sahaja).Tak perlu terbalikkan crepe.Kaedah sama seperti roti jala
  4. Kemudian angkat crepe.Ulang proses hingga adunan habis
  5. Letakkan Inti Kelapa secukupnya.Kemudian gulung dengan kemas.Kuih Ketayap siap.Selamat mencuba.
  6. Youtube LiNa Pg

Mini Quiche Mudah Dan Sedap (Guna Roti Sebagai Crust)

0
0
Assalamualaikum....
Musim cuti sekolah ni kena mereka macam2 nak bagi anak makan. Kadang kita masak from scratch..kadang2 mengelat jer guna cara shortcut janji sedap dan kenyang.Kali ini saya nak kongsikan Resepi fusion cara buat Quiche Rendang Ayam.Mesti ramai yang fikir mesti susah nak buat Quiche ni kan?Memanglah kalau resepi asal tu agak lama juga untuk buat pastry/shell tu.Tapi saya kongsikan cara mudah sahaja iaitu menggunakan roti yang dicanai sahaja sebagai crust quiche tu.Senang kan?Hasilnya crust tu tetap rangup...krup krap dan bahagian intinya lembut dan juicy.Saya gunakan rendang sebagai inti...kan dah cakap fusion.Korang boleh buat intinya sendiri atau kalau nak follow cara saya, boleh gunakan left over gulai ayam jer.Nak senang lagi tiru jer cara LiNa Pg guna Rendang Brahim hahaaa....pandai tak?Rendang yang dah siap tuh...bukan pes rendang.Main gunting dah tuang jer.Tak perlu panas apa dah sebab nanti kita nak bakar pulak kan?Senang sangat.Yang penting sedap...Resepi Quiche ni saya ada buat video ringkas jugak.Ekceli dah post ke IG agak lama jugak.Kalau nak tengok versi IG sila ke IG taip jer Malina LiNa Pg ada la keluar.Kalau nak tengok versi utube nanti saya bagi link kat bawah.
Kalau korang nak Quiche Ayam yang eggless, tak payah letak telur ok.Kalau nak yang ada telur, just masukkan kuning telur dalam lebihan kuah rendang tu...sebab Rendang ayam ni agak berkuah, quiche ni kecik sahaja...nanti nak letak mozzarella cheese lagi, so pandai2 la agak supaya tak melimpah keluar.
Okey sebelum kena berebut laptop ni baik saya siapkan n3 cepat2 kang kena hi jack kat budak sarah, satu apa keje pun mama dia tak boleh buat.Pasrah sajalah mama time cuti2 ni kan?
Saja susun camni ala-ala Menara PISA haha.Amacam nampak sedap tak?Senang jer kan.
Ringkas dan sedap.Paling penting anak2 suka.Mak pun suka yang ringkas macam ni.Dapur pun tak sepah..Kejap jer dah siap.Mana panas2 memang sedap.

MINI QUICHE MUDAH DAH SEDAP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • Roti putih secukupnya
  • 1 kotak Rendang Brahim (Tanpa Tulang) 180g
  • Cheese mozzarella
  • Sedikit daun bawang untuk hiasan
Cara-Cara
  1. Canai nipis roti putih.Tekap bentuk bulat.
  2. Masukkan ke dalam muffin tray
  3. Masukkan ayam dan kuah rendang
  4. Tabur mozzarella cheese.
  5. Bakar suhu 150'C selama 20min (atau hingga masak roti sedikit garing) Dah siap.

Ketam Masak Lemak Cili Padi Bersama Suhun

0
0
Assalamualaikum....
Salam siaran di hari Jumaat.Sekejap sahaja dah hampir seminggu anak2 bercuti.Dah ada idea ke tu nak masak apa hari ini?Kalau  masih belum ada idea...apa kata buat Masak Lemak aje.Ketam Masak Lemak Cili Padi ni saya masukkan suhun dan letakkan daun kunyit.Sedap tau bila makan tu ada ala-ala lonton sikey bila letak suhun....daun kunyit tu pulak membangkitkan aroma.Kebetulan daun kunyit ada dalam pasu, kita petik jer fresh dari balkoni hehee...
Untuk Resepi Masak Lemak Cili Padi ni saya tumis terlebih dahulu bahan-bahan yang ditumbuk...wangi bau bahan tumisan tu.Kalau nak buat yang lebur terus pun boleh jugak, terpulang selera masing-masing.Kadang2 kita nak kelainan siket dalam masakan kan...tukar selera.
Okey jom la kita semak Respi ringkas Ketam Masak Lemak Cili Padi Bersama Suhun
Simple jer tapi sedap tau.Cubalah...
KETAM MASAK LEMAK CILI PADI BERSAMA SUHUN
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 3 ekor ketam (potong 2)
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 5 biji cili padi (tumbuk)
  • 1cm kunyit hidup / serbuk kunyit (tumbuk)
  • 2 batang serai (titik)
  • 1 helai daun kunyit
  • 200ml santan
  • 1 asam keping
  • sedikit suhun (rendam sekejap)
  • sedikit minyak untuk menumis)
  • Garam dan perasa/gula
  • Air secukupnya
Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, serai dan tumis bahan tumbuk hingga sedikit garing.
  2. Masukkan santan, masukkan ketam, tambahkan air hingga melebihi paras ketam.
  3. Masukkan asam keping, garam dan perasa.
  4. Apabila mendidih, masukkan suhun dan carik-carikkan daun kunyit.Masak sekejap hingga suhun lembut.
  5. Sesuaikan rasa.Tutup api.Ketam Masak Lemak Cili Padi sedia dihidang.
  6. Selamat Mencuba.
Nota kaki (tidak berkenaan dengan Ketam hehee)
Hari ini saya upload video di youtube....Resepi Muffin.Boleh klik link di bawah.MLCP ni saya tak buat video.Happy watching.
Selamat Berhujung Minggu.Untuk n3 Muffin saya akan update kemudian di blog

Gulai Ayam Sedap dan Petua Supaya Kuah Pekat

0
0
Assalamualaikum...
Alahai dah petang baru berkesempatan nak buat n3.Kali ini saya nak share tips supaya kuah gulai/kari ayam pekat.Resepi korang boleh guna yang mana2 jer la.Resepi sendiri pun okey.Saya kongsikan tips sahaja.Rempah kari tu ikut suka brand apa.Saya banyak dapat DM dari adik2 yang baru berjinak2 dengan dapur.Ada yang minta resepi Kari Ayam macam mana saya buat untuk dapatkan kuah pekat.Selalunya Gulai Ayam yang saya masak, saya snap cincai jer sebab tak berniat nak share rcp atau post dalam blog.Bukan kedekut ilmu tau..tetapi bagi saya Resepi Gulai Ayam sangat common dan semua orang tahu buat.Bila kerap mendapat inbox yang minta resepi....saya bagi tips sahaja la ya...resepi mana pun sama..yang penting ikut petua.Kalau ada yang nak resepi versi Gulai LiNa Pg nanti mintalah ya...saya akan taip kemudian.Tapi rasanya kalau follow tips di bawah ni insyaaAllah gulai dah cukup sedap dah ni hehee
Gulai Ayam ni peberet anak2 kalau dah buat gulai ni mesti buat kuah lebih, untuk cicah roti.Kalau rajin roti jala..kalau tak rajin roti putih biasa jer la hahaa...
Okey untuk tips ni yang mana dah tahu,sila abaikan sahaja.Bagi yang baru2 nak belajar..bolehlah guna

Petua Gulai Ayam/Kari Ayam Sedap Dan Kuah Pekat
  1. Jangan kedekut bawang.Saya suka guna banyak bawang bila buat gulai atau kari.Bawang yang dikisar bukan sahaja menjadikan kuah pekat tetapi juga memberi impak manis kepada kuah.Manis yang natural dari bawang.Bawang tu kisar dengan minyak tau..supaya nanti bila tumis senang untuk garing.LiNa Pg guna minyak Vesawit..eh tetiba teriklan pulak hahaaa.
  2. Guna sedikit gula nisan/gula melaka (anggaran 1inci) Gula melaka/nisan ni akan karamelise bawang tu semasa ditumis.So hasilnya akan cantik kemerahan dan sedikit manis
  3. Tambah sedikit cili giling untuk memberi impak pedas dan pekatkan gulai...gulai menjadi kemerahan sedikit bila ditumis.
  4. Pastikan bawang kisar ditumis garing terlebih dahulu, sebelum masukkan cili giling dan rempah kari.Kemudian tumis lagi hingga pecah minyak.Barulah cantik dan rempah masak sepenuhnya...baru tak sakit perut.
  5. Kalau suka boleh masukkan sedikit kerisik.Untuk menambahkan lemak pada kuah.
  6. Okey itu sahajalah petua.Bagi yang belum tahu.Kalau yang dah tahu.Sila abaikan

Resepi Muffin Coklat Chips Dan Tips Mendapatkan Muffin Moist

0
0
Assalamualaikum...
Musim cuti sekolah ni macam2 menu keluar.Maklum sahajalah anak2 bercuti ada sahaja permintaan mereka.So, hari ini saya nak kongsikan idea minum petang untuk anak2 iaitu Muffin Coklat Chips.Membuat muffin ni sangat mudah sebenarnya sebab tak guna mixer atau blender.Oven tu wajiblah kan..Kalau tidak macam mana nak bakar.
Ramai yang agak keliru antara Muffin dan cupcake...Keduanya dalam kategori dessert iatu manis...Rupa paras Cupcake ialah naik sekata (flat) di bahagian atas, rasa dan tektur sama seperti kek biasa.Cuma saiznya kecil dalam bentuk cup...Cupcake rasa lembut, gebu dan moist.Pendek kata kek bentuk kecil jer lah.Manakala muffin pula, tektur sedikit kasar, naik menggunung (membukit) sedikit merekah yang owesome..
Nampak sama tapi bukan dia...Kenali perbezaan.Untuk resepi Muffin Coklat Chips saya ada buat video, voleh tengok di youtube Channel..Dah beberapa hari saya post ke sana.So, kena subscribe supaya tak terlepas video2 terbaharu.
Tips untuk mendapatkan Muffin yang moist, selepas siap dibakar biarkan semalaman Muffin akan bertambah moist.Gambar ini dirakam sejurus selepas muffin masak, fresh from oven.Bukan apa takut licin dikerjakan anaka.
Simpan muffin dalam bekas kedap udara sahaja.Tak perlu simpan dalam peti ais.Muffin akan tahan 2-3 hari.Kalau nak simpan lama masuk dalam peti ais la.Selamat siket.Tapi time cuti sekolah ni takde maknanya 2-3 hari.Kalau mampu bertahan 36jam pun Alhamdulillah hahaaaa
Okey jom kita semak resepi
Amacam terguda tak?Apa tunggulah buatlah bagi anak2 makan.InsyaaAllah muffin ni manisnya sedang2 sahaja.
cute plak souffle cup Hello Kitty tu kan hahaa...budak sarah la yang tukang pilih ni huhu..
RESEPI MUFFIN COKLAT CHIPS
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan (sukatan cawan dan sudu metrik) ~16biji saiz M
  • 1+3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1 cawan gula perang
  • 1/3 cawan minyak jagung/minyak masak (LiNa Pg guna Vesawit)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 biji telur A 
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan coklat chips
Cara-Cara
  1. (Bahan kering) Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan baking soda.Kemudian ayak
  2. Masukkan gula perang.Gaul rata.
  3. (Bahan basah) masukkan minyak, susu cair, telur dan esen vanila ke dalam bahan kering dan gaul rata.
  4. Masukkan sebahagian coklat chips ke dalam adunan.Kaub balik sahaja.
  5. Skopkan ke dalam cup/souffle cup 3/4 penuh.Kemudian tabur coklat chips.Bakar selama 15-20min suhu 180'C (bergantung kepada suhu oven masing-masing)
  6. Jom lihat video Youtube LiNa Pg  

Resepi Laksam Sedap Lembut Dan Tidak Mudah Patah Bila Digulung.

0
0
Assalamualaikum....
Tetiba terajin pulak melaksam.Sebenarnya kerajinan tidaklah begitu jitu, tetapi sebab dah beli ikan kembung+selar tu agak banyak.Maka projek melaksam diteruskan.Kuah Laksam tu sebahagiannya saya frozenkan senang bila2 teringin nak makan Laksam lagi, kita buat laksam tu sahaj sebab kuahnya dah ada.Alaaa...tak lama pun frozen tu agak seminggu jer kot lepas tu selesai la.Tambahan musim cuti macam sekarang ni stok frozen tak bertahan lama hahaa.
Okey untuk Resepi Laksam kali ni saya ada sedikit masa free, so saya buat video dan upload ke youtube.Jika sebelum ni video saya cuma tunjuk cara mengukus LAKSAM sahaja.Tetapi kali ini saya buat complete LAKSAM, KUAH dan SAMBAL JATE.Haaa...nampak begitu gigih sekali buat video untuk kongsikan dengan korang.Untuk video yang terdahulu tu...itulah video pertama yang saya buat.Bila tengok balik macam kelakar la pulak hahaa...
Okey untuk laksam kali ini saya improvise siket dengan meletakkan sedikit tepung ubi.Hasilnya laksam lembut dan sedikit kenyal.Sedap pulak bila dimakan.So, kalau korang suka tektur macam tu.Boleh tambah sesudu tepung ubi ok..Kalau tak ada stok tepung ubi, boleh stick kepada resepi asal iaitu tepung beras+tepung gandum sahaja.
Jom kita semak resepi
Saya suka Laksam kuah pekat macam ni.Ulaman tu kalau suka boleh masuk kacang panjang dan taugeh jugak.Saya guna ulaman yang mana dalam peti ais jer.
RESEPI LAKSAM SEDAP DAN LEMBUT
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan  
3 cawan tepung beras   
1/2 cawan tepung gandum 
1 sudu besar tepung ubi 
1/2 sudu teh garam (secubit garam)  
5 cawan air suam   (3 cawan air panas+2 cawan air biasa) 
1 sudu besar minyak masak  
1 tudung periuk/pizza plate
Sedikit minyak untuk oles tudung periuk

Caranya  

  1. Panaskan kukusan (LiNa Pg kukus guna kuali jer) bersama tudung periuk yg disapu minyak secukupnya, keliling tudung periuk, supaya adunan mudah lekang. Setiap kali mengukus sapu kan minyak dan tudung tak perlu dicuci.  
  2. Campurkan tepung gandum, tepung beras dan tepung ubi ke dalam bekas besar.Masukkan air suam tadi kacau sebati masukkan garam dan minyak kacau lagi.  
  3. Kacau supaya adunan tepung tidak mendap.Sendukkan/tuang adunan ke atas tudung periuk/pizza plate.
  4. Kuku (API BESAR) sehingga gelembung baru angkat (anggaran 3-4min) Bila gelembong tu menandakan laksam telah masak.
  5.  Ulang proses hingga adunan habis.Untuk mempercepatkan proses mengukus, gunalah 2 tudung periuk.Untuk gulungan lebih kemas, biarkan laksam yang telah sejuk sedikit sebelum menggulung (Laksam dalam ini LiNa Pg gulung terus jer masa tengah panas lagi nak cepat punya pasal) Alhamdulillah elok jer kejadiannya.Licin dan tidak patah.
  6. Selamat mencuba.Untuk video bole tengok Youtube di bawah 
Senang jer kan bila tengok video ni cara untuk membuat Laksam.Jangan Lupa Subscribe ok 
Set Lengkap Laksam, Kuah Laksam, Ulaman Dan Sambal Jate/ Sambal Lada Kelantan
RESEPI KUAH LAKSAM
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan

8 ekor ikan selar/kembung/mabung
1 biji bawang besar   
2 ulas bawang putih 
3 ulas bawang merah 
1cm halia 
1/2 sudu besar lada hitam  
Sedikit belacan (LiNa Pg guna yang siap bakar) 
600ml santan pekat (LiNa Pg gn santan kotak ayam brand)   
garam dan gula (atau perasa)   
2 keping asam gelugur 
Air secukupnya   

Cara-Cara:  
  1. Rebus dengan sedikit garam,gula/perasa dan asam keping rebus hingga ikan masak.Setelah ikan masak, perisi ikan iaitu asingkan isi dan tulang (simpan air rebusan ikan) 
  2. Kisar isi ikan bersama santan dan air rebusan ikan untuk memudahkan proses mengisar.Kemudian masukkan ke dalam periuk.
  3. Satukan bawang besar, bawang putih, halia,belacan,lada hitamke dalam blender serta masukkan sedikit air rebusan dan santan.Kisar halus dan masukkan ke dalam periuk.
  4. Kisar tulang ikan bersama air rebusan.Kemudian tapiskan ke dalam periuk tadi.
  5. Masukkan baki santan (jika masih ada)Tambah air mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki, asam keping, garam dan gula 
  6. Masak dengan api sederhana hingga mendidih (kuah mestilah sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak dan santan tidak bergentel.Selamat Mencuba
RESEPI SAMBAL LADA/SAMBAL JATE
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
  • 1 labu bawang besar
  • 4-5 biji limau kasturi (buang biji)
  • 20-25 biji cili padi merah
  • 4 biji cili merah
  • 1/2 cawan cuka (anggaran untuk pengisar berfungsi)
  • 3-4 sudu besar gula (Secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)
  • Perasa
Cara
  1. Satukan bawang, cili padi, cili merah, limau kasturi dan cuka ke dalam blender.Kemudian kisar KASAR sahaja.
  2. Tuang ke dalam bekas, masukkan gula, garam dan perasa.Seimbangkan rasa, pedas manis dan sedikit masin dan masam.
  3. Biarkan sambal selama 8jam.Supaya semuanya mesra terlebih dahulu.
  4. Kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara/botol kaca.Dan simpan dalam peti sejuk.Sambal Jate ini makin lama makin sedap.
  5. Selamat Mencuba


Resepi Pajeri Peria Sedap Dan Berkhasiat

0
0
Assalamualaikum....
Pernah makan Pajeri Peria tak?Haaa..mesti tak pernah makan kan?Sebenarnya saya sendiri pun baru pestaim masak dan makan pajeri peria ni.Kalau Pajeri Terung ,  Pajeri Nanas / Pajeri Nenas tu biasalah kan.Yang rare siket Pajeri Kedondong dan Pajeri Rambutan.Tapi masih boleh terima sebab manis2 semua tu.Buah Peria ni memang terkenal dengan pahitlah kan?Mesti ragu2 kalau buat pajeri, apalah rasanya tu....Tapi kat rumah saya ni husband suka makan Peria..so, why not kita cuba Pajeri Peria pulak.Resepi ni saya tengok dalam  program Dapur Panas Vesawit (Chef Naem) memandangkan bahan-bahan memang simple dan buah peria ada dalam peti ais.Kita cuba ajerlah.Kalau anak2 tak makan, mama dan abah kompom boleh abeskan hehee...Saya guna Peria Katak sebab yang tu jer ada dalam peti ais.Kalau korang nak kurangkan pahit peria ni petuanya rendam dalam air garam dan ramas2 sedikit.Tetapi saya masak terus macam tu jer..Pahit Peria ni kan banyak khasiat...So, kita makan jerlah...
Dan memang sungguh di luar dugaan...abang long dan kakak makan Pajeri Peria ni..katanya pahit tu ada tapi sedap..Maisarah?huh! pandang pun idok hahaha..
Okey jom kita semak resepi..Mudah sangat tau.
Peria tu saya kacau sekejap jer dalam tumisan...saja bagi fresh dan masih crunchy...Kalau korang x berapa suka Pahit tu terasa, guna peria panjang dan hiris nipis2..InsyaaAllah tak rasa pahit

RESEPI PAJERI PERIA
By Malina LiNa Pg  http://linapg.blogspot.com/
Sumber Chef Naem Dapur Panas Vesawit TV3

Bahan-Bahan
  • 1 biji peria panjang /  2 biji peria katak
  • 3 ulas bawang merah (mayang)
  • 1 ulas bawang putih (mayang)
  • 2 inci halia (mayang)
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 sudu besar udang kerin
  • 1 sudu teh gula merah (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
  • 80 ml santan
  • 1 bunga lawang
  • 1 kulit kayu manis
  • Minyak
  • Garam+gula/perasa
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan hiris hingga wangi dan garing.
  2. Kemudian masukkan udang kering, tumis sebentar.Kemudian masukkan cili giling ,rempah kari dan gula merah.Tumis hingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan santan dan kerisik.
  4. Masukkan peria, gaul rata.Sesuaikan rasa (masuk garam+perasa)Renehkan sekejap hingga kuah pekat.
  5. Dah siap.Tutup Api.Selamat Mencuba

Terima Kasih Brahim's Food

0
0
Assalamualaikum....
Alhamdulillah rezeki tengahari kelmarin abang citylink mai ding dong..ingatkan barang shopping online yang sampai, rupanya parcel dari Brahim...cantik kotak bungkusan tu..
Terima Kasih Brahim's senang lah kije saya ni pasni hehe.Agak kalau malas nak masak. kita masuk microwave dan panaskan jer..gunting tuang dalam pinggan hahaaa..setel.Mudah kan?Sedap2 pulak tu produk Brahims ni.Okey jom kita tengok apa yang ada kat dalam.Banyak hari tak buat n3 terus blur tak tahu nak karang apa...Ajoommm layan gambar jer.Hati berbunga riang ni tak leh nak tulis apa dah
Ni lah kotak dia...
Semua ni sedap2 tau...Sambal Tumis tu saya memang tak boleh move on sedap...Senang sangat kalau nak buat Nasi Lemak ke apa...Panaskan jer..masuk ikan bilis setel.
 Buku Resepi
 Mini Chopper Kenwood..macam3 tau plak saya ni xde FP...dapat yang comel ni senang la kije tak payah gigih menumbuk la pasni....
Alhamdulillah....rezeki Allah bagi...Terima kasih Brahim
Viewing all 1469 articles
Browse latest View live