Quantcast
Channel: TERATAK MUTIARA KASIH
Viewing all 1519 articles
Browse latest View live

Tempahan Kek Coklat Moist

$
0
0
Alhamdulillah rezeki tempahan hari ni,sebiji kek coklat moist with simple deco..
Saiz 9in, berat ~1.8kg

Tempahan Kek Buah Kukus (Pos) Dan Kek Minyak

$
0
0
Alhamdulillah....
Kek Buah pertama untuk tahun 2015, setelah berehat lama dari mengambil order.Masuk bulan April baru picking up gear satu heheee...slow2 kayuh.Masih mencuri2 masa untuk membaking..
Kek Buah LiNa Pg ke Seri Iskandar lak hari ni..Alhamdulillah...






 Kek Minyak Tempahan kemarin punya...2 biji orang yg sama

Resepi Nasi Beringin@Nasi Serai Yang Sangat Mudah Dan Sedap

$
0
0
Assalamualaikum...
Lama betul xbuat nasi serai ni pada hal ianya sangat mudah.Bahan2 pun mmg sentiasa ada kat umah.paling sempoi guna beras biasa jer..xperlu beras basmati bagai.Kali ni saya gunakan beras siam..Cantik dan nasi pun xpatah.Nasi ni semuanya bahan asli..xde pewarna atau apa2 pun..aroma dari serai dan daun pandan mmg sangat menggoda jiwa raga semasa dalam proses memasak.Mmg membuatkan tukang masak x sabar2 nak makan hehe.Percaya x maisarah sangat suka makan nasi ni.Pada mulanya agak cuak jugak sbb saya tumis jintan tu nampak berbiji2 dalam nasi..takut lak budak2 x suka.Rupanya jintan yg garing tu sangat sedap bila tergigit.Dak sarah pun x perasan dia makan rempah..Menambah 3x tau hahaaaa...jangan x caya kikiiii..
Nak buat pun mudah,anak2 pun suka..len kali boleh buat lagi dan lagi..
 Simple yet...tasty
RESEPI NASI BERINGIN@NASI SERAI
By : Malina LiNa Pg
Sumber : SyidaMustafa (myR)

Bahan-Bahan 
  • 4 cawan beras biasa/beras siam/basmati
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • ½ biji bawang Holland (tumbuk)
  • 4 ulas bawang putih(tumbuk)
  • 1 inci halia (tumbuk)
  • 6 Batang Serai (titik)
  • 1 helai daun pandan (simpul)
  • 1 sudu Besar butter/majerin
  • 4 cawan air (bergantung kpd jenis beras yg digunakan)
  • ½  cawan susu cair 
  • 1 kiub ayam
  • Sedikit gajus 

Cara-cara
  1. Panaskan periuk dan cairkan marjerin/butter, tumis jintan kasar dahulu kemudian diikuti bahan tumbuk dan serai.
  2. Tumis hingga terbit bau dan wangi.Tak perlu terlalu garing.
  3. Masukkan air, kiub ayam ,susu cair dan daun pandan.Biarkan mendidih dahulu.
  4. Kemudian masukkan beras (yg telah dicuci bersih).Masak seperti masak nasi biasa.
  5. Bila nasi telah masak,gembur-gemburkan nasi.Semasa menghidang letakkan gajus dan daun bawang (jika suka)
Walaupun hanya guna beras siam..tp hasilnya tetap cantik...yg paling penting sedap dan sangat mudah disediakan..

Tempahan Kek Buah Kukus Pos Lagi

$
0
0
Alhamdulillah rezeki tempahan kek buah kukus lagi.Baru stat panaskan oven dengan tempahan yg bermula bulan April.Kali ni kita panaskan pulak dengan kek buah...Harap2 saya dilapangkan waktu untuk mengukus 4jam siapkan permintaan kastemer.
Kali ini oleh kastemer yg setia dengan saya sejak tahun 2013 lagi.Beliau merupakan insan pertama yg kamikazi order kek buah melalui pos dengan saya.Boleh tengok kat n3 SINI  Terima kasih Mamanuri dari Ampang yg suka hasil kek air tangan saya.Cuma kali ni beliau request supaya gunakan butter Golden Churn (Saya gunakan butter SCS sebelum ni saya guna Butter Anchor) As her wish saya buatkan kek buah menggunakan butter tersebut.harga butter ni jauh lebih mahal dr SCS/Anchor tau..mmg bertingket2 beza harga.Sy caj lebih siket la hihi...janji kastemer puas hati dapat apa yg dia req...Harap2 kek buah ni sampai sebelum Jumaat sebab Jumaat ct Labour Day...Enjoy eating MamaNuri/Kak Noriah...
Ada yg berminat untuk menempah boleh la email kat saya.Email address ada kat sidebar...bawah gambar2 kek tu..atau Fb( Malina Lina Pg).Untuk tempahan raya pun boleh dah slow2...dah penuh kang saya tutup terus dah order...Jangan tangguh2 ya






JJCM Warung Pak Mat Pulau Pisang Sup Kepala Ikan Dan Teh Tarik Madu

$
0
0
Assalamualaikum...
Cuti Hari Pekerja dan Wesak lepas sempat gak balik kampung..yg best tu sempat melarikan diri ke KB perkara yang jarang2 dapat dilakukan hahaaa..bukan apa tiap kali balik kg, jalan ke Kota Bharu mmg akan jem giler.Tak kira la time raya atau cuti sekolah huhu.Cuma kali taklah begitu sesak..okey2 jer perjalanan.Kegigihan ni semata2 nak merasa sup kepala ikan dan juga teh tarik madu yg kontroversi.Kenapa kontroversi??korang gugel la sndri hihiiii..Warung ni sangat femes,kalau korang ke Kota Bharu wajib singgah...kalau xmo makan sup kepala ikan, boleh makan makanan lain dan juga menikmati Teh Tarik Madu yg unik...yg pasti sangat sedap pada tekak saya.Kalau ditanya mau kasi berapa bintang ya??Dengan konpiden saya bagi 5*.Harga??sedikittttt mahal tp berbaloi dengan rasa..
Nak bagi direction saya x begitu arif, better guna GPS jer la..cari Pantai Cahaya Bulan dulu..
 signature dish...sup kepala ikan+sup gear box
 Sedappppp sangattt
kalau nak datang, kena mai awal..kol 2.30 dah abes ya...

Resepi Ayam Manchurian

$
0
0
Assalamualaikum...
Hari ni dilapangkan waktu untuk update blog.Banyak lagi yg masih tertunggak huhu..Ekceli ayam manchurian ni hasil adaptasi Udang Manchuria resepi Maz yg tinggal nuuuun di Bahrain.Sedap tau..dah 2x saya buat.Pestaim buat saya gandingkan dengan Nasi Serai.Tapi time tu saya snap nasi serai jer sbb Ayam manchurian macam x cukup sifat..takde cili merah dan tadak unsur2 hijau..nampak buruk benor kikiiii...rupa paras yg x senonoh untuk enterframe hihi...Tapi rasa memang meletop..tu yg cepat siket wat siaran ulangan sbb nk simpan resepi hihii..Ayam ni sedap dimakan bersama nasi berperisa atau nasi putih.Anak2 mmg suka ayam masak camni..kaler merah tu menarik agaknya..walaupun merah tp xpedas pun..merah sos cili mana pedas kan?Sesedap rasa gitu..Kalau ada anak yg jd peminat tegar ayam..cube lah resepi ni...Tambah lak anak2 yg xsuka makan bahagian dada..selalu kena masukkan dalam bihun goreng dsbnya..bila buat lauk potong kecik2 camni...licin dikerjakan...Bagus jugak tu heheee...
 Simple jer tapi sedap...Trust me

RESEPI AYAM MANCHURIAN
Adaptasi :Maz IlhamDapur

Bahan-Bahan 
  • 3 keping dada ayam
  • 1/3 cawan tepung gandum 
  • 1/4 sudu kecil baking powder 
  • 1 biji telur - kocok sikit 
  • 1/2 labu bawang besar - cincang 
  • 1 ulas bawang putih - cincang 
  • 3 sudu besar sos tomato 
  • 3 sudu besar sos cili 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 biji cili merah 
  • sedikit garam,kunyit dan perisa/gula
  • Minyak
Cara-Cara
  1.  Dada ayam dipotong kecil-kecil anggaran 2inci.Cuci bersih dan lapkan dengan kitchen towel.
  2. Ayam diperasakan dengan sedikit garam kunyit.Masukkan isi ayam ke dalam telur yang telah dikocok sedikit.Perap sebentar.
  3. Campurkan tepung, baking powder dan secubit garam.Masukkan ayam, golekkan/salutkan dengan tepung.Biarkan bersalut serata dengan isi ayam.
  4. Masukkan isi ayam satu persatu ke dalam minyak panas dan goreng biar sedikit perang dikedua bahagian, angkat dan ketepikan. 
  5. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang, tumis sekejap biar bawang layu.
  6. Masukkan semua bahan sos, cili merah dan kacau sebati. Masukkan sedikit air dan sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula (jika perlu)
  7. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau balik sikit biar ayam mesra dengan bahan sos, 
  8. Angkat dan tabur sedikit daun bawang, sedia untuk dihidang bersama nasi putih atau nasi berperisa.

Sedapppppp

Tempahan Kek Minyak (Pos)

$
0
0
Alhamdulillah...
Tempahan minggu lepas, terlupa nak update kat blog.
 kek seperais buat suaminya
kali ni buat bentuk bulat sbb emergency..bks 4 segi xde..nk pi beli kedai x buka lagi..saiz 9in.

Resepi Nasi Minyak Mudah Dan Sedap

$
0
0
Assalamualaikum...
Lama betul delay posting Nasi Minyak ni.Dah lama buat baru berkesempatan upadate.Bukan apa resepi dah sedia ada dalam blog jadi x kalut takut lupa atau apa la sangat..sebab tu saya bagi keutamaan kepada resepi baru dicuba untuk rujukan sndri..simpan lama2 nnt sndri yg lupa.Okey back to track, resepi Nasi Minyak Jus Oren ni sangat senang..straight fwd gitu..rasa pun xmuak dan boleh makan banyak..kali ni saya kehabisan stok jus oren sunquick..naseb baik ada buah oren dalam peti ais sebagai penyelamat..cuma kena ada sedikit effort untuk perah amek jus hihihii...tak susah pun kan...
Nasi Minyak Jus Oren ni,boleh buat juadah raya jugak tau...boleh cuba dulu sebelum puasa ni..kalau lulus kat tekak masing2 nnt boleh family rasa lak...
 simple2 jer...tapi sedap

RESEPI NASI MINYAK JUS OREN

Bahan-Bahan
4 cawan beras basmati (cuci bersih,rendam selama 20min,kemudian toskan)
4 cawan air
50g butter
1 labu bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 batang kulit kayu manis
5 biji bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1  biji buah pelaga
1 kiub pati ayam
2 helai daun pandan simpul
½  cawan susu cair
½ cawan perahan jus  buah oren
Sedikit daun pudina, gajus dan bawang goreng
sedikit pewarna kuning

Cara-Cara :
  1. Cairkan  mentega,tumis  bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga bersama bahan yg dihiris tadi.Tumis sekejap hingga terbit bau.
  2. Kemudian masukkan air , susu cair, jus oren, daun pandan simpul dan kiub ayam. 
  3. Masukkan beras basmati, kacau sebati.Masak seperti masak nasi biasa (Kalau nak guna rice cooker terus pindahkan ke rice cooker) LiNa Pg masak guna dapur gas jer
  4. Setelah nasi agak kering,kecilkan api titiskan dengan pewarna kuning.
  5. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak sepenuhnya.
  6. Setelah nasi masak, gembur2kan nasi menggunakan garfu sambil masukkan daun pudina dan gajus.
  7. Bila menghidang taburkan bawang goreng dan kismis (jika suka)


Resepi Ayam Sambal Serai

$
0
0
Assalamualaikum...
Menu ayam lagi hahaaaa...apa nak buat,mmg peminat tegar ayam jer dalam umah ni.So,terpaksalah olah pelbagai menu supaya tak jemu.Kadang naik pening melayan karenah anak2 yg terlalu suka makan ayam.Ayam Sambal Serai ni saya buat memandangkan stok serai masih byk lepas buat nasi serai tu...godek pi la pesen ayam serai versi hantam sajalah labu...yg penting mmg aroma serai semata kikiiiii...

RESEPI AYAM SAMBAL SERAI
By: Malina LiNa Pg
Bahan-Bahannya:
1/2 ekor ayam dipotong kecil-kecil
6 batang serai (ketuk)
1 asam keping
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
2 batang serai (kisar)
4 biji bawang merah (kisar)
1/2 labu bawang besar (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1cm lengkuas (kisar)
1cm halia (kisar)
1 biji cili merah (potong serong)
Garam, kunyit dan gula/perasa

Cara

  1. Ayam dicuci bersih,perasakan dengan garam kunyit.Goreng hingga masak.Kemudian ketepikan.
  2. Tumiskan bahan kisar,serai dan cili giling.Tumis hingga betul2 garing dan pecah minyak.Masukkan asam keping semasa menumis.
  3. Masukkan sos tiram kacau sebentar.Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam tumisan, kacau hingga sebati.
  4. Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa.Akhir sekali masukkan cili merah.Gaul sebentar.Tutup api.Sedia dihidang bersama nasi putih atau Nasi Serai

Ayam Sambal Serai ni pesen kering2 gini...sambal hanya berpalut pada ayam..bukan pesen'banjir' heheee

Resepi Nasi Karot Mudah Dan Sedap

$
0
0
Assalamualaikum...
Kali ni saya nak share satu lagi resepi nasi berperisa yg agak mudah dan straight fwd untk disediakan iaitu Nasi Karot atau Nasi Lobak Merah.Rasanya enak dan manis2 dari jus karot tu sangat berkhasiat.Jika anak kurang gemar memakan karot, elok lah dikisar semua karot tak perlu sagat sbb bila x nampak 'sayur' anak2 akan makan penuh selera...kena tipu2 siket.tapi anak2 saya sukakan nasi ni..even dak sarah pun makan banyak..tang karot sagat tu kenalah kurangkan untuk plate dia hehee..Alhamdulillah nasi ni kena ngan selera kami sekeluarga.Kalau ada yg bercadang2 nak buat juadah raya nnt (waaa...raya tu...puasa pun belum lagi kikiiii) boleh la cuba dulu....buat testing hehee..kalau lulus,nnt boleh bagi family rasa pulak..Okey..jom semak resepi
 Walaupun sarat dengan 'sayur' tapi anak2 tidak menolak hidangan ni..katenya sedap..manis karot tu...hurmmmm okey la tu hihi

RESEPI NASI KAROT

Bahan-Bahan
  • 2 cawan beras basmati 
  • 1 batang karot (kupas kulit)
  • 2 ½ cawan cair
  • ½  cawan susu cair
  • 1 helai daun pandan simpul
  • ½  labu bawang besar mayang halus
  • Rempah 4 beradik (bunga lawang,kulit kayu manis, bunga cengkig,pelaga)
  • 1  kiub ayam
  • 2 sudu besar butter
  • Gajus,daun pudina (untuk hiasan)


Cara-Cara:
  1. Cuci beras, rendam selama 20min.Kemudian toskan.
  2. Ambil setengah  bahagian karot,blend bersama 2 ½ cawan air.Kemudian tapiskan.Setengah bahagian lagi disagat halus.
  3. Panaskan periuk, cairkan butter.Tumis kulit kayu manis,pelaga, bunga lawang dan bawang besar yang dimayang halus.Tumis hingga terbit baud an bawang sedikit layu.
  4. Kemudian masukkan daun pandan simpul, tumis sekejap untuk membangkitkan aroma.
  5. Masukkan air karot tadi (2 ½ cawan),susu cair, kiub ayam.
  6. Masukkan beras basmati dan juga karot yg disagat tadi.Tinggal sedikit karot sagat untuk hiasan.
  7. Bila nasi kering, kecilkan api.Taburkan lebihan karot sagat di atas nasi.Biarkan nasi masak sepenuhkan (LiNa Pg masak guna dapur gas ajer)
  8. Selepas nasi masak,gemburkan nasi dan masukkan gajus dan daun pudina.
  9. Sedia dihidang.
Note:
Jika menggunakan rice cooker selepas siap menumis,terus pindahkan ke rice cooker.Masak seperti biasa.
warna asli dari jus karot

Tempahan kek Buah Kukus

$
0
0
Alhamdulillah...
Kek buah kukus ni ada peminatnya tersendiri.Bagi penggemarnya mmg tak kesah walaupun harga sedikit mahal sbb enak dibuat kudapan..Kalau teringin nak merasa meh la order.Kalau nak order untuk raya pun masih boleh lagi..
saiz besar 9in,pos ke Selangor.yg mini packed tu 400g saya x pos.

Tempahan Indulgence Cheese Chocolate Moist Cake

$
0
0
Alhamdulillah...
Tempahan kemarin punya..sebiji ajer pun tetap nk posting kat blog hihii..Untuk pengetahuan semua, ICCMC ni tidak sama dengan kek indulgence yg dijual di kedai tersohor tu.KERANA kek ni dibuat menggunakan KEK COKLAT MOIST (bukan kek span biasa),Layer putih tu ialah Mousse Cheese (bukan white coklat+putih telur) dan mousse coklat.Rasanya juga berbeza..sangat berbaloi untuk dinikmati sebabnya freshly bake from my oven..Untuk tengok hasil post mortem..layer2 tu tengok SINI
Tempahan dari kastemer baru saya..halalkan apa yg kurang..harap menepati citarasa
 kemarin punya citer ni...


Tempahan Kek Buah Kukus Dan RVC

$
0
0
Alhamdulillah...
Rezeki cuti sekolah ni ada jugak yg nk wat makan2.Hari ni 2 biji kek buah kukus.Sabtu lepas RVC sebijik untuk makan2..xdeco apa pun..
Okey diumumkan tempahan kek telah ditutup..saya buat yg mana sudah diconfirmkan jer..Order raya pun tutup...Sekian
 Terima kasih Datin Ayu sudi menempah lagi dan lagi dari saya..
RVC sabtu lepas..terima kasih my bff

Tempahan RVC

$
0
0
Alhamdulillah...
Tempahan nan satu untuk hari Jumaat...terima kasih sudi order dan order lagi...
untuk makan2 bersama family..tq shidah

Tempahan Kek Karamel Coklat Moist Dan Kek Buah Kukus

$
0
0
Alhamdulillah...
Rezeki tempahan kek.Kali ni 2 biji kek my signature cake iaitu Kek Karamel Coklat Moist dan juga Kek Buah Kukus...Setelah sekian lama x buat kek karamel coklat,terasa cuak jugak la..Alhamdulillah hasilnya memuaskan hati saya..Terima kasih sudi menempah.Katanya untuk ibunya di kg.
 Saiz 9in
kek buah kukus dan kek karamel coklat..

Resepi Ayam Kari Hijau

$
0
0
Assalamualaikum...
Kembali bersiaran dengan menu masakan.Sepanjang cuti sekolah asyik tayang kek order jer bukan xmasak tp xsempat nak snap gambar.Asal siap masak terus hidang sbb anak2 dah kelaparan.Hari ni seisi persekolahan dah bermula ada lah sedikit ruang untuk update blog.Resepi pun main taram jer.Anak2 kata sedap macam kat Siam Express hahaa...wah..wah..kuat tul bodek.Cuma kata depa daun tu xsama..Pandai lak komen..Ya lah nak tadak Basil leave..mama gantikan ngan daun colgate ajer tuh kikiii..Jadilah ada gak unsur hijau di situ.
Gambar ni saya snap time panas,bila sejuk siket kuah makin pekat.Nampak x daun pudina tu dah lebam kena kuah panas berasap.

RESEPI AYAM KARI HIJAU

Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam (potong kecil)
  • 4 ulas bawang merah (blend)
  • 2 ulas bawang putih)
  • 1/2 labu bawang besar (blend)
  • 1 cm halia (blend)
  • 2 hiris lengkuas (blend)
  • 1 cm kunyit (blend)
  • 1 pokok daun ketumbar-ambil akar sekali cuci bersih2 (blend) tinggal sedikit untuk hiasan
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar (blend)
  • 1/2 sudu kecil jintan manis (blend)
  • sedikit daun pudina (blend)
  • 3 biji cili hijau (blend)
  • 5 biji cili padi (blend) Nak pedas boleh tambah
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji tomato (belah empat)
  • 1 biji limau nipis (Ambil jus)
  • 2 asam keping
  • 2 helai daun limau purut (Siat-siat)
  • Air
  • Garam, gula/perasa
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak,tumis bahan2 kisar hingga garing dan terbit minyak.Masukkan ayam dan asam keping gaul dengan bahan tumisan hingga ayam kecut.
  2. Masukkan air (Sama paras dengan ayam), garam dan gula/perasa.Biarkan mendidih dan ayam agak empuk.
  3. Masukkan santan pekat, daun limau purut.Renehkan hingga ayam betul2 masak dan kuah pekat.
  4. Bila ayam dah empuk,sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa dan jus limau nipis.Masukkan hirisan tomato dan taburkan daun ketumbar.Tutup api.Sedia dihidang.

Resepi Ayam Kicap Berempah

$
0
0
Assalamualaikum...
Selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat Islam.Hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa.Alhamdulillah cuaca pun tidak terlalu panas sehari dua ni..tp tuan rumah sakit2 tekak pulak..agak mencabar jugak la time2 posa ni kalau perit tekak kan?
Okey la hari ni saya nak kongsikan satu resepi ayam iaitu Ayam Kicap Berempah.Anak2 saya suka makan ayam..kalau ada kicap2 ni lagi depa suka.Harap dapat bg sedikit idea untuk kawan2 memasak juadah buka puasa ptg nnt..Jom kite semak
Hitam pun xpe la janji dapat penuhi selera anak2

RESEPI AYAM KICAP BEREMPAH
By : Malina LiNa Pg

Bahan Perap
  • 1/2 ekor ayam (potong kecil2)
  • Garam dan kunyit
  • 2 sudu kecil serbuk kari
Bahan Lain
  • 4 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1/2 cm halia (tumbuk)
  • 1 sudu besar serbuk kari (bancuh dgn sedikit air-jadikan pes)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1/2 labu bawang besar (potong bulat)
  • Cili merah (hiris)
  • 2 tangkai daun kari
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Ayam dicuci bersih, perasakan dengan garam kunyit dan gaulkan dengan serbuk kari.Goreng ayam hingga masak.Ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan tumbuk/kisar hingga garing.Masukkan daun kari dan juga serbuk kari tumis sekejap hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kicap dan sos.Kacau sekejap (kalau nk berkuah boleh letak sedikit air)
  4. Masukkan ayam gaul mesra dengan rempah tumisan.Masukkan hirisan bawang dan cili merah.
  5. Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa (jika perlu)
  6. Dah siap.Tutup api.Sedia untuk dihidang.

Tempahan Kek Buah Dan Kek Minyak Pos

$
0
0
Assalamualaikum..
Hari ni dah masuk hari ke 10 umat Islam berpuasa.N3 masak2 kat TMK masih xde huhu..sori sangat sebab bulan puasa ni masak serba ringkas jer berbuka ala kadar.Maybe cuaca panas sangat anak2 minum air byk dan kurang berselera untuk makan..Jadinya juada kami xde la yg spesel.Cuma masakan harian saja.Ada jugak saya snap gambar tp jd kelabu asap jer sbb dah petang sangat kurang pencahayaan.So malas la nak tayang.Kepada reader yg ternanti n3 terbaru tu sori la sangat..
Okey back to track.Tempahan mggu ni tp terlupa nk wat posting.Kek Buah dan kek minyak kali ni ke Gambang.Pada mulanya beliau ingin menempah untuk raya,tp tempahan raya dah penuh.So dah teringin sangat dia minta awal sedikit.Lagipun kek buah mmg tahan lama.InsyaaAllah sempat buat raya tu (itupun kalau peram la...kalau makan kompom abes heheee)
Alhamdulillah
 Kek Buah 9in
 
Kek Minyak 9x9in

Happy Birthday My Little Princess Maisarah

$
0
0
22hb Julai 2015
Selamat Hari Lahir buat anak kesayangan mama Maisarah..4 tahun sambut besday dalam posa.Kali ni sempat la besday time raya hahaaa...Mama doakan semoga Maisarah menjadi anak yg solehah berjaya di dunia dan akhirat..menjadi anak penyejuk hati dan berjasa kepada kedua orang tua,agama dan negara..amin.
sibuk beraya lak kite hihiiii
 potong kek in advance...dalam posa lagi dah celebrate
Bukan mama yg buat kek ni tp ateh buat...order jarak jauh...tenkiu ateh

Tempahan Raya 2015

$
0
0
Assalamualaikum...
Kembali kepada rutin harian biasa selepas pulang dari bercuti raya.Masih dalam mood raya kan?Selamat Hai Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua pengunjung/silent reader blog TMK ni.Ampun maaf dipinta andai ada salah dan silap..
Simple n3 just nk post Tempahan Kek Buah untuk raya lepas...gambar2 raya tu tengok la rajin ke tak rajin untuk wat posting heheee..
Kalau ada yg berminat untuk menempah kek buah untuk open house, bolehlah berbuat demikian.Sy buka tempahan untuk mggu depan.Mggu ni nak rest dulu.Kalau nak order boleh roger2 email saya atau PM kat fb (Malina LiNa Pg) email address ada kat side bar bawah gambar2 kek tu...no hp saya bg kemudian lepas email.LiNa Pg
Tahun ni saya kurang siket ambil tempahan takut x sempat nk siapkan..walaupun bz ambil/hantar anak2 ke sekolah..sempat jugak siapkan order mengikut jadual
Yg pos disiapkan awal sedikit supaya sampai kepada tuan punya sebelum raya








 kek minyak 2 biji jer selainnya kek buah semata..ini pun sebab kastemer ni order 3mggu sebelum posa.Regular kastemer lak tu..
Viewing all 1519 articles
Browse latest View live