Quantcast
Channel: TERATAK MUTIARA KASIH
Viewing all 1519 articles
Browse latest View live

Terima Kasih Majalah SAJI Ogos 'Raikan Syawal'

$
0
0
Assalamualaikum...
Alhamdulillah rezeki di bulan Syawal...Saya berpeluang berkongsi 9 resepi dalam Majalah tersohor di Malaysia iaitu SAJI Raikan Syawal yang bertemakan Nasi dan juga lauk pauk juadah raya/open house.Ramai chef2 hebat berkongsi resepi dalam keluaran kali..rasanya cuma saya dan kak amie jer blogger dalam keluaran kali....Terasa sungguh kerdil diri ni berbanding mereka yg sudah ternama dalam bidang masakan.Apapun itu kan rezeki masing2.Terima kasih yang tidak terhingga kepada En.Joha Ahmad (Editor Majalah Saji) kerana memberi peluang kepada saya untuk bekerjasam dengan SAJI dan menyumbangkan resepi.
Paling membanggakan saya apabila 2 menu masakan saya iaitu Nasi Minyak Jus Oren dan juga Beriani Kambing menghiasi Cover Majalah Saji...Bukan senang ya gambar masakan blogger berada di cover majalah heheee.
So,kepada followers/silent reader TMK cepat2 dapatkan SAJI yang sudah pun berada di pasaran...Jangan lambat2 nnt habes...Majalah ni terlajak laris macam goreng pisang panas..
Nasi Minyak Jus Oren Dan Kambing Beriani (tepi jus tu) gambar dari hasil masakan saya..
 Gulai Bawang Goreng dan Kambing Beriani..satu resepi satu page..
 Kerutuk Kambing dan Nasi Minyak Jus Oren...penuh gambar nasi minyak tu satu page

 'Antusias' cam pelik bunyinya...ramai yg tanya saya apa maksudnya..saya sndri pun xtau..so gugel cari maksudnya..rupanya ia membawa maksud 'MINAT YANG MENDALAM' ala-ala passionate gitew la


Tempahan Kek Buah Kukus (Pos)

$
0
0
Alhamdulillah rezeki hari ni..
Tempahan kek buah kukus ke Bandar Baru Bangi dan sebiji lagi ke seberang Penang bridge ajer iaitu Bandar Penaga.Kedua2nya kastemer baru saya...Terima kasih.
Kalau ada yg teringin nak merasa bolehlah roger saya melalui email.InsyaaAllah saya akan respon secepat mungkin..Email ada kat side bar..Sengaja saya xletak sbb pernah letak banyak kena spam..adeh tension
Kek Buah Kukus Malina LiNa Pg pernah tersiar dalam Aroma Okt tahun lepas...Rasanya InsyaaAllah sedap..

Tempahan Kek Buah Kukus Lagi (Pos)

$
0
0
Alhamdulillah...
Rezeki tempahan kek buah lagi..maklumlah mash dalam mood raya,maybe ada yg nak buat open house atau makan2 ngan keluarga.
Kali ni Kek Buah Kukus LiNa Pg ke Terengganu dan Muar (Johor yg JDT tu insyaaAllah akan sampai ari ni dah pos ptg kemarin..x sempat nk update blog.Yg ke Terengganu maybe esok la kot baru sampai..mengikut rekod Terengganu lambat siket poslajunya...xtau la kenapa banyak sangat transit sana sini..
Ada yg teringin nak merasa?meh la order..InsyaaAllah sedap..manis sesedap rasa..xtau terlalu manis..hingga anda makan xsedar sudah abes sepiring..
Alhamdulillah syukur atas rezekiMu
  Siap kukus pun dah terserlah kelembapan kek buah ni..Kadang2 lepas peram 2 ari baru bertambah moist..
Close up siket...moist x?moist x?

Resepi Ayam Masak Aladdin

$
0
0
Assalamualaikum...
Dah lama xmain snap pic masak2 pgg kumira pun dah rasa kekok..aduhai bateri pun tinggal 18% nampak sangatla tuan dia x ambil pot.Ok snap cepat2 sebelum bateri kong huhuhu...Seb baik cuaca ok...gambar pun nmpk clear jer..
Okey la resepi Ayam Masak Aladdin ni saya adaptasikan dari Rancangan Ketuk2 Ramadan (Sheryl Al Hadad) Kenapa adaptasi sebab saya x berapa sure dgn bahan2nya so main agak2 jer..Resepi agak mudah jer tapi sedap..mmg kenalan ngan saya..suka kan sesuatu yg ringkas..Jom kite semak resepi
Sekali tengok macam ayam masak merah..tp rasa lain siket...resepi pun mudah jer..yg penting sedap.

RESEPI AYAM MASAK ALADDIN

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ayam (potong 12)
  • 2 labu bawang besar (blend)
  • 3 ulas bawang putih (blend)
  • 3 biji cili merah (blend)
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 sudu kecil gula merah
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 1 sudu besar cili sos
  • 1 sudu besar tomato sos
  • 1 biji cili merah (potong serong)
  • 1/2 labu bawang besar (potong bulat)
  • 1 biji tomato (belah 4) LiNa Pg gn tomato ceri
  • Garam, gula/perasa dan kunyit
  • Minyak
  • Air
Cara-Cara:
  1. Ayam dicuci bersih.Perasakan dengan garam kunyit.Goreng hingga masak.Kemudian ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis daun pandan bersama bahan kisar hingga terbit bau dan sedikit garing.
  3. Masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak.Masukkan gula merah..kacau sebentar.
  4. Masukkan cuka, sos cili, sos tomato, sedikit garam dan gula/perasa (tambah air jika suka)LiNa Pg letak anggaran 1/2 cawan air) Kacau sebentar.
  5. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi, bawang merah dan tomato.
  6. Gaul sebati sesuaikan rasa.Dah siap

Terima Kasih Era Muslimah Bil 31 (Ogos 2015)

$
0
0
Alhamdulillah..
Diberi kesempatan berkongsi resepi dalam Majalah Islamik Era Muslimah Keluaran 31 (Ogos 2015)Kali ni dengan format yang baru...Setelah beberapa kali menolak pelawaan kak nik sebab saya ingin memberi peluang kepada rakan2/adik2 yg lain pula untuk berkongsi resepi mereka.Okey la saya xmo bebel panjang....Terima kasih dan semoga Era Muslimah terus sukses di masa2 akan datang
 

 Ayam Kicap Pedas (Terima kasih kak ina Terminal Hijrah)
 Kuih Seri Muka versi comel
 Puding Kastad Marble
Last but no least Nasi Minyak Jus Orem

Cerita Open Door Kemarin (Bukan Open House)

$
0
0
Assalamualaikum...
Kemarin sempat jugak buat makan2 siket jamu kawan2.Masak2 ngan bantuan adik bnogsu dengan dibantu oleh en.suami dan anak2.Terima kasih semua...Malas betul nak menulis hihi..
Jom la kita layan gambar.Terima kasih uat semua tetamu yg sudi berkunjung dan menjamah hidangan di rumah kami.Disebabkan ada tetamu yg sampai awal...agak kelam kabut siket sebab makanan belum proper terhidang dan tuan umah x bersiap lagi...hingga terlupa nk snap menu yg hidang cantik2..seb baik yg dlam periuk sempat snap...
Nasi Beriani
 Sy guna beras ni untuk masak nasi
Gulai Kambing Bawang Goreng
 Abes licinnnnnn..tinggal kuah jer..kambing ni
Daging Masak Hitam
 Ada belen siket untuk tuan umah hihi
 Ayam Kicap Pedas Madu Karipoley
  
 Ketupat Daun Pisang siap balut
 Siap rebus 2 jam...hat ni pun tinggal 4 ketoi jaa...suka..suka..larissss
 
 Rendang..nmpk kureng menarik...tp licin gak ni
Spageti...kuah lupa nak snapppp daaaaa..
 Antara tetamu yg hadir dan sempat disnap...ramai yg x sempat snap..Ju n family
 blogger kak Mimi dan family
 kwn en.suami ni
 ct dan family




Resepi Bakso Mudah Dan Sedap

$
0
0
Assalamualaikum...
Masa g pasar malam lalnk beli tulang 1kg...terasa malas lak nk buat sup tulang sbb dah biasaaaa sangat ngan sup tulang..Buat bakso ajer la..aritu pernah buat dah bakso tp guna daging jer dan bebola pun beli yang ready made..Kali ni buat guna tulang dan meatball pun homemade...Alhamdulillah sedap..Setiap kali buat resepi saya akan gugel sana sana untuk mncari info..biasalah benda baru kan hehee..Memang sedap resepi bakso Che Iza ni patutlah banyak tul report kat myR tu
RESEPI BAKSO
By : Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.com/)
Sumber : Che Iza (MyR)
Cuci Mata : Blog ct zaliedana

Bahan-Bahan A

  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm) LiNa Pg gn 1/2 paket angle hair
  • Sedikit Taugeh
  • Kobis dihiris halus (LiNa Pg xletak)
  • Sedikit sawi (celur)

Bahan B (Bebola Daging)

  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (LiNa Pg gn 1biji telur gred C)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung (LiNa Pg gn tepung gandum letak lebih siket)
  • sedikit serbuk lada sulah (LiNa Pg gn Ajishio)
  • Sedikit garam
Bahan C (Untuk Kuah)

  • 1 kg tulang lembu
  • 3 biji bawang merah dihiris 
  • 3 ulas bawang putih (Tumbuk)
  • 1/2 inci halia (Tumbuk)
  • 1sk lada sulah biji (Tumbuk)-LiNa Pg gn yg serbuk
  • 1 batang serai diketuk (LiNa Pg skip)
  • 1 sb pati daging / pati ayam (LiNa Pg gn 1 kiub pati lembu)
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam dan gula/perasa
  • Kulit Kayu manis, bunga lawang dan pelaga (LiNa Pg tambah rcp xde)

Cara Penyediaan:
KUAH BAKSO

  1. Rebus tulang lembu hingga dagingnya empuk terlebih dahulu sebelum mualakan proses membuat bakso.
  2. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan pelaga bersama bawang merah hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing dan naik bau. Masukkan sekali serai.
  3. Masukkan bahan tumisan ke dalam periuk rebusan tulang.Masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.Biarkan hingga kuah mendidih.Sementara itu boleh siapkan bebola daging

BEBOLA DAGING

  1. Gaul semua bahan C utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. 
  2. Kuah siap apabila bebola tadi timbul.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula (jika perlu)

Cara Menghidang Bakso

  1. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain (LiNa Pg gn angle hair)
  2. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....Sambal kicap tu LiNa Pg ikut cara ct Blend cili padi, kicap manis, Sos Pedas Agromas (LiNa Pg ganti sos tiram siket),pastu letak Jus limau kasturi siket

Sedap hirup kuah

Resepi Daging Masak Hitam

$
0
0
Assalamualaikum...
Daging Masak Hitam merupakan salah satu masakan kegemaran LiNa Pg sekeluarga.Sedara mara kat kampung pun sukakan Dgg itam ni..maybe sebab xmuak kot sbb xgunakan santan.Masa buat makan2 lepas Daging Masak Hitam jugak merupakan salah satu menu yg menjadi kegemaran tetamu selepas kambing tu.Kambing mmg licin sungguh la Daging Masak Hitam masih ada sedikit belen.Sempat jugak wat posing hahaaa...Maka inilah hasil Daging Masak Hitam yg aritu punya..esok tu saya panaskan untuk makan2 kami sekeluarga.Sempatlah pose cantik2 siket.Time wat makan2 sempat snap dalam periuk ajer..Walaupun dah banyak kali ulang siar..saya tepek jugak la resepi.Benda dah ada kopi pes jer..
Daging Masak Hitam Style LiNa Pg

RESEPI DAGING MASAK HITAM
By : Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.com/)

Bahan Perap : 
1 kilo daging pejal ( potong selebar 2 jari )
1 labu bawang besar ( blend )
1 paket rempah kurma/perencah serbuk sup( LiNa Pg guna serbuk sup adabi )
1 paket kari daging
1 paket kerisik ( 40g )
*** Satukan semua bahan perap kemudian perap semalaman.1/2 jam pun dah ok**

Bahan-bahan:
1 labu bawang besar ( blend )
Rempah 4 beradik
2-3 helai daun pandan ( simpul )
3-4 sudu makan cili giling ( boleh tambah/kurang )
2-3 sudu makan tomato puri ( boleh tambah/kurang )
kicap pekat ( LiNa Pg guna mahsuri )
Kicap manis secukupnya
Sos tiram secukupnya
Minyak 
Air

Cara-Cara:
  1. Tumis rempah 4 beradik bersama bawang hingga bawang garing
  2. Masukkan cili giling , tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan tomato puri.
  3. Masukkan daging, kacau sebati.Masukkan daun pandan
  4. Masak hingga daging empuk ( masukkan air jika perlu )
  5. Bila daging empuk, masukkan kicap dan sos tiram. Sesuaikan rasa.Dah siap



Tempahan Kek Buah Kukus Pos

$
0
0
Alhamdulillah...
Cam lama jugak x mengukus dekat 2mggu x ambil sebarang tempahan.Mggu lepas bz dengan open house mengemas rumah sebelum dan selepas hahaaa...Dah setel suma bolehlah kembali pada rutin.
Tempahan kek buah kali ni akan ke Merbok kedah sempena besday Ayah tersayang..Alhamdulillah si ayah dikurniakan anak yang menyayangi beliau.Walaupun jauh tp kek tetap dikirim kepada si ayah..mestilah gembira si ayah tu nnt...Terima kasih kepada kastemer baru saya ni kerana sudi menempah..Lain kali boleh la tempah untuk diri sndri pulak ya hehee...
nak merasa bolehlah email kat saya..email addrs ada kat side bar bwh gambar kek tu
 Cantik kaler golden brown gitew...
 Moist x hehe....

Resepi Swedish Meatball Homemade Ala IKEA

$
0
0
Assalamualaikum
Dah lama pasang teringin nak buat Meatball ala omputih ni tp astik terbantut jer.Bila dah pandai buat bakso yg menggunakan meatball terus pasang angan2 nk buat meatball IKEA ni.Alhamdulillah abes licin anak2 makan.Walaupun nmpk siket jer meatball tu dalam plate tp sangat kenyang dah sebenarnya sbb ada kentang dan makan gravy tu mmg sedap baq ang kikikiii..Ada yg nak mencuba..jom try
 Anak2 kata lebih sedap dari IKEA kih...kih...Grave saya gunakan resepi sndri Blackpepper sauce Lamb Chop tu..

RESEPI SWEDISH MEATBALL HOMEMADE ALA IKEA
Bahan-Bahan Meatball
By: Malina LiNa Pg
http://linapg.blogspot.com/
Sumber Tahrunnisah& Sue Norrman

  • 500 gm mince beef (LiNa Pg gn 400g dgg cincang Ramly)
  • 1/2 biji bwg besar - cincang halus (*)
  • 1 sdm butter. (*)
  • 3/4 sdt lada hitam- powder (LiNa Pg letak siket jer)
  • 1 sdt kryddpeppar@ mixed spices (LiNa Pg skip)
  • 1/3 serbuk kayu manis- saya tambah (LiNa Pg xletak)
  • 1/3 sdt gula
  • 1-1/2 sdt garam
  • 2 sdm bread crumb- blend halus
  • 30 ml fresh milk (LiNa Pg letak ~2 sudu besar)
  • 1 biji telur gred C
  • 3 sudu besar tepung gandum (LiNa Pg tambah rcp asal xde-sbb adunan terlembik siket)

Cara-Cara:

  1. tumis yg bertanda (*) keperangan dan ketepikan.
  2. satukan bahan2 selebihnya dan sebatikan rata. masuk bwg tadi sekali dgn butter. uli lagi sebati dan bulat2 kan ikut besar mana yg kalian suka.
  3. guna non stik pan, masuk kan sikit butter sikit dan masak api sederhana. tutup pan supaya masak rata dan balik2 kan kejap hingga masak.
Note ** butter dlm pan gn di buang. di guna utk membuat sos**

SOS BLACKPEPPER
By Malina LiNa Pg
http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan:

  • 1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
  • 4 sudu besar (rata) tepung gandum
  • 1/2 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis (untuk gelapkan sos)
  • 4 sudu besar sos lada hitam (lina pg gn brand life)
  • 2 sb lada hitam ditumbuk kasar
  • 3 cawan air 
  • 2 sb mentega

Cara-Cara:

  1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
  2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
  3. Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
  4. Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
  5. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
  6. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.

Note:
Lina pg tak gunakan sos tomato kerana sos lada hitam sudah memberi impact masam yang sedap.Saya pernah cuba resepi yang menggunakan sos tomato...rasanya agak spoil.Taste masing2  la kan.
Walupun meatball tu macam2 pesen..senget benget lonjong siket tp menten sedapppp

Resepi Kek Oren Paling Mudah dan Sedap

$
0
0
Assalamualaikum...
Alahai banyak benor buah orange dalam esbok, belen dari open house punya oren pun dok ada lagi..Makan pun xlarat nak makan dah.Memandangkan arini free takde tempahan, saya pun godek2 la wat kek oren..op kos la resepi kak fida.Resepi ni sangat mudah...semidah ABC you alls...Korang xde mixer..no worries..kek ni hanya guna blender jer...Oven kena ada laaa..xde oven xleh la nak bako kan?Kalau kukus maybe kureng sket aroma 'kek'tu...jangan menderhaka sesuka hati..banyak kali gak kek oren ni muncul kat dapur TMK ni...suatu ketika dulu memang menjadi fenomena Blended Orange cake ni..kalau korang tengok kat dapur blogger otai mesti ada kek ni...Ok jom kite semak resepi
 Sedap..garing2 siket kat atas..makan suam2 time cuaca mendung ni..nyum..nyum..
RESEPI BLENDED ORANGE CUPCAKES
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.com/)
Sumber : Kak Fida (MyR)
Bahan-Bahan

  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak (LiNa Pg gn melted butter)
  • 2 cawan gula halus (LiNa Pg kurangkan)
  • 4 biji telur gred B (LiNa Pg gn 3 biji gred A)
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama ) 
  • 1-2 titik lemon paste (LiNa Pg tambah rcp xde)

Cara-cara

  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.(LiNa Pg tambah lemon paste)
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.LiNa pg guna souffle cup.
  4. Bakar pd suhu 150C selama 30 min atau sehingga masak (Bergantung pada oven masing2) Note: LiNa Pg gn cc, bakar selama 20min

 Gebu kan?
Simple jer..

Tempahan Kek Buah Kukus (Pos)

$
0
0
Alhamdulillah...
Pembuka tirai bulan September.2 biji tempahan kek buah kukus.Ditempah oleh rakan blogger.Sebiji untuk makan sendri dan sebiji lagi untuk ayahanda di kampung.Terima kasih TB sudi order kek dr kak lina.
Dah selamat pos td...lambat siket wat posting..
Kalau ada yg berminat untuk menempah kek buah raya haji, boleh la palce an order..email ada kt sidebar tu bwh gambar2 kek...insyaaAllah saya akan respon secepat mungkin
 kek buah lps kuar pengukus..
 Kalau ada yg terliur meh order cepat

Resepi Cucur Udang Rangup Dan Sedap

$
0
0
Assalamualaikum...
Saya suka makan cucur.Kalau dapat yang rangup2 lagi sedap.Tp bila buat ada yg jadi versi lembut, gebu camtu...tp bila cicah ngan sos abes jugak anak2 makan.Kali ni saya buat versi ct lak..mmg rangup dan sedap...sampai x nyempat mama dia nak menggoreng..angkat abes..angkat abes...pastu mama kena bg warning..kena tinggai 10 biji untuk posing siap snap gambar nnt sambung makan hahaaaa...gigih x mama depa..cucuq pun buat n3 masak2 kiki....Bukan apa senang untuk rujukan diri sendri...Cucur ni pun ada macam2 versi kan...x salah kalau pelbagaikan..Jom la semak resepi
 Sedap ni makan panas2 cicah ngan sos...pekena lak ngan teh O..mmg layan abes

RESEPI CUCUR UDANG ALA ZALIEDA
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.com/)
Sumber Zalieda Zaliedana
Bahan-Bahan
11/2 Cawan Tepung gandum
Baking Powder 3/4 sdt
1 Biji Telur saiz kcik
Udang ikut Suka byk mna lagi byk lagi sdap
Kuchai
Taugeh/Kubis hiris memanjang
1bji Bawang Besar hiris
1Sdt Serbuk Pati Ayam
Garam secukup rasa jika perlu
Sedikit Serbuk Kunyit
Cili Merah Jika suka
Air Ais Agak2 jer jgn pkat sgt

Cara2
Gaul smua bhn kcuali air ais n telur ..
Agak dah gaul rata blh la pecah kan telur n gaul lagi.
Pastu masukkan air ais sedikit demi sedikit smp sebati n pastikan adunan tu jgn pkat n cair sgt.
Perap kjab kat peti ais dlm 20 mnit.
Pastu blh la digoreng dlm mnyak yg pnas.
Angkat toskan mnyak blh la dipotong n dihidangkan dgn Sos kegemaran.

Cucur udang jangan dipandang sebelah mata...kalau makan sepiring sorang pun licin tau

Resepi Ayam Kashmir Yang Sedap

$
0
0
Assalamualaikum...
Kat rumah ni ayam dan anak2 sememangnya berpisah tiada...Hari2 lauk ayam..tanpa jemu.Mama dan abah terpaksa mengalah ikut selera anak2.
Bila hari2 masak menu ayam...naik jem jugak nk mikirkan juadah..Kena lah gugel cari resepi baru lak.Tetiba hati terpaut pada ayam kashmir ni...Tengok gambar nampak sungguh menyelerakan..Bahan2 pun mudah saja..apa lagi terus ON.Mula2 hajat ati nk masak nasi berperisa..tp disebabkan kesuntukan mas nk jadi runner amek anak2 balik sekolah, terpaksa dilupakan nasi berperisa..nasi putih panas pun dah cukup sedap digandingkan dengan Ayam Kashmir ni.Xpe nx time kite wat versi kambing lak...kompom menyangkut punya heheee..Jom kite semak resepi
 Kuahnya pun sedap dicicah ngan roti...kalau rajin roti puri la..kalau x rajin roti putih gardenia pun jadi la kan?

RESEPI AYAM KASHMIR
By Malina LiNa Pg 
Sumber : DayangJack

Bahan-Bahan :

  • 1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak)LiNa Pg goreng hingga masak

Bahan A

  • 6 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • rempah 4 sekawan 
  • sedikit daun kari (LiNa Pg xletak xperasan lak)

Bahan B :

  • 3 sb puri tomato
  • 1 sb serbuk cili
  • 2 sb rempah beriyani
  • 2 sb rempah kari daging
  • 4 biji tomato (dipotong kecil)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
  • 2 biji ubi kentang (dipotong)LiNa Pg xletak xde stok

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. 
  2. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
  4. Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya. 
  5. Hidangkan setelah masak.
  6. Sesuai dihidang bersama nasi berperisa atau nasi putih

 
sungguh menyelerakan

Tempahan Kek Minyak Pos

$
0
0
Alhamdulillah
Rezeki tempahan kek marble minyak, kali ni ke Johor dan Perak.2 biji kek ditempah oleh org yg sama.Sebiji nk makan sndri dan maybe jadi kek besday anak katanya sbb dah boring makan kek span kat kedai..hurmm kalau dekat boleh jer akak buatkan kek coklat moist untuk anaknya tu..dah jauh nak wat camana xleh la nak pos.Sebiji lagi ke Perak untuk keluarga di kampung..
Terima kasih sudi order ngan akak..Apa yg kurang mohon dihalalkan..
Tempahan kek untuk raya haji saya masih buka..tp akan tutup anytime dalam mggu ni.Saya xmo terima order banyak2 takut x sempat nk buat dan juga untuk menjaga kualiti produk..Sedikit pun tidak mengapa asalkan kastemer berpuas hati..Bake with love..insyaaAllah kastemer pun puas hati.
 Nak order, sila email saya..email address ada kat side bar bawah gambar2 kek iklan tu hihi..saja saya xtulis kat sini sbb nak spamming banyak sangat..InsyaaAllah saya akan respon secepat mungkin 
Dah selamat dipos tengahari tadi..

Tenkiu Nuffnang

$
0
0
Alhamdulillah..
Rezeki nuffnang..banyak tul CPUV menyinggah kat blog TMK.CPUV ni kalau saya suka panggi BE (Buffer Earning) sbb dah terbiasa guna term tu sebelum penjenamaan semua oleh nuff hehee..Kawan2 blogger dah check ke nuff masing2..yg mana ada nuff la kalau guna iklan lain tu xde la ya...
Alhamdulillah byk lagi yg on going tu...

Resepi Coklat Chips Cupcakes Mudah Dan Sedap (Chocolate Chips Fudge Cupcakes)

$
0
0
Assalamualaikum...
Adoi tadi post kat fb tulis muffin, bila buka blog nak copy resepi sekali tengok cupcakes daaa...hadoi.Kesnya saya memang nak buat muffin...terus gugel cari resepi muffin..dah terjumpa di blog Liza..liza lak buat reference ke blog Mamasya..okey baca sekali lalu jer resepi (sbb senang kan kui..kui)seb baik resepi x salah cuma namanay cupcakes bukan muffin.Patutla tektur agak gebu dan lembut.Kalau muffin padat siket.Luaran tu dah nmpk cam muffin sbb kasar siket..hurmm xkesahlah janji sedap.Nama surat beranaka cupcakes ni ialah Chocolate Chips Fudge Cupcakes..Apa pun resepi mmg sempoi punya...xperlu mixer, xperlu banyak bahan..telur pun guna sebiji jer...kacau2 dalam bekas..tuang dalam cup...kita bakoooo..siap.Mudah kan?
 
 Makan suam2 pun sedap..

Resepi Chocolate Chips Fudge Cupcakes
Asal : Lilydvalley myR
Sumber Cuci Mata: Intai Dapur Mamasya

Bahan-bahan ( 15 biji )
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus (LiNa Pg gn gula perang)
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/3 cawan minyak masak- vegetable oil
  • 1 cawan susu segar or susu cair
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • 1/2 cawan choc chip
  • 1 biji telur- pukul sedikit
Cara-cara
  1. Panaskan oven atau kukusan. Susun mangkuk cupcakes (LiNa Pg gn souffle cups)
  2. Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder
  3. Gaul sebati gula, tepung, koko, soda & baking powder
  4. Dalam bekas lain, kacau sebati telur, minyak, susu dan essen vanilla
  5. Masukkan campuran tepung & koko kedalam campuran minyak.
  6. Kacau sebati dan masukkan choc chip. Sudukan kedalam mangkuk cupcakes (LiNa Pg taburkan sedikit coklat chips ke atas adunan)
  7. Kukus/bakar selama 20-25 minit (LiNa Pg bakar suhu 150'C selama 20min)
Senangkan resepinya...teringin??pi buat sndri ya kikiii

Resepi Bebola Ayam Masak Sambal Mudah Dan Sedap

$
0
0
Assalamualaikum...
Apabila ketandusan idea tambahan pula peti ais pun dah makin kosong,nampak bebola ayam,,terus capai.Pikir2 xtau lak masak apa.Kalau buat sup cam bosan gak...bebola ayam sup...yg tu jer..Cubalah buat sesuatu yg anak2 suka.Anak2 saya suka makan yg ada sambal nmpk merah atau yg berkicap.Kalau buat masak kicap bebola ayam cam sbrp sesuai lak.Jadi buat yg ringkas ajer..Kombinasi resepi ayam aladdin dan ayam manchurian..Alhamdulillah anak2 suka.Siap minta buat lagi..adeh mama saja clearkan stock bebola ayam..dah anak2 minta buat lagi..
 Kuah berpalut pada bebola ayam ni...sedappp.Tak begitu pedas sesuai untuk anak2

RESEPI BEBOLA AYAM MASAK SAMBAL MUDAH
By : Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan
  • Bebola ayam secukupnya (LiNa Pg gn ~30biji)
  • 1 labu bawang besar (blend)
  • 2 ulas bawang putih (blend)
  • 1 sudu besar cili giling (tambah jika suka pedas
  • 1 sudu kecil gula merah
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil cuka makan
  • Minyak
  • Air
  • Garam, gula/perasa(jika perlu)
Cara-Cara
  1. Bebola ayam dikelar/buat cross section kat atas tu macam dalam gambar.Goreng hingga golden brown.Ketepikan
  2. Keluarkan lebihan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.Tumis bahan2 kisar hingga garing.
  3. Masukkan cili giling, gula merah.Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan juga cuka.Kacau sebentar.Masukkan sedikit air (agak2 sesuai dengan kuantiti bebola ayam)
  5. Masukkan bebola ayam yg telah digoreng tadi.Gaul sebati.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa jika perlu.LiNa Pg x tambah garam/gula masin secukup rasa dari sos tiram tu jer)
  6. Dah siap, bolehlah dihidang bersama nasi panas

Simple jer...tapi sedap

Tempahan Kek Minyak (Pos)

$
0
0
Alhamdulillah kek minyak semakin mendapat sambutan..Tahun mcam kek buah dan kek minyak ajer yg di order oleh kastemer saya.Kek Minyak paling sempoi la...harga pun paling murah dalam list produk jualan saya..
Terima kasih sudi menempah...Owh ye..tempahan untuk raya haji dah tutup ya..saya xbuat banyak sbb byk yg nk pos...lambat siket proses nk wrap tu..
 Saiz 9x9in..sangat berbaloi dengan harganya
kek minyak ke Seri Kembangan pula hari ni

Resepi Featherlight Cheesecake

$
0
0
Assalamualaikum...
Sudah agak lama saya x buat resepi ni.Pertama kali mencuba pada tahun 2013 lagi..lama gak tu.Cheesecake ni ada macam2 pesen..Kami ni mmg peminta cis kek..Banyak variety yg telah saya cuba..Cotton Soft Japanesse Cheesecake, Classic Cheesecake, Marle Baked Cheesecake, Chilled Cheesecake macam2 lagi la...Pendek kata semua pun sedap.Walaupun dah macam2 jenis cuba..tp cis kek ni banyak sungguh songehnya..Kadang2 buat..lain pulak hasilnya..rasa tu menten sedap  cuma tektur tu tak seperti yang diharapkan..Kepada reader di luar sana..Baca resepi betul2 sebelum buat..sebab karenah ciskek ni berbeza2
Untuk Featherlight Cheesecake ni ni Alhamdulillah sangat teruja dengan hasilnya..100%seperti yang diharapkan.Kalau yang terdahulu (Tgk n3 kat SINI) tektur agak dense sebab salah sndri jugak telur x fresh...tp rasa menten sedappppp..sat jer licin
This time the I love it very much...the texture are airy...fluffy..not too dense...moist sesedap rasa...masuk mulut ngaib terus hahaaa....Tak caya?jom tengok hasilnya
Carefull...fragile...handle with xtra care hahaaa...Percaya x berebut ngan maisarah masa nk snap pic ni adoi..kalau kek biasa2 tu idoknyer layan hahaa..Love it very much..spongy texture

RESEPI FEATHERLIGHT CHEESECAKE
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Rujukan : Evelyn Gemina , Hana Memories
Bahan-Bahan
  • 250ml susu segar/susu cair
  • 20g butter
  • 125g cream cheese - suhu bilik
  • 60g tepung Hong Kong/tepung gandum/tepung superfine)
  • 3 biji kuning telur
  • 1 tsp esen vanila
  • 3 biji putih telur
  • 1/8 tsp cream of tartar
  • 80gm gula
  • 1tsp jus lemon
  • secubit garam
  • 1tsp coklat emulco/coklat paste

Cara-Cara
  1. Panaskan oven suhu 150'C (bergantung kepada oven masing2). Gris loyang 8inci dan taburkan sedikit tepung
  2. Panaskan susu dan juga butter ke dalam periuk. Masukkan cream cheese. Kacau sentiasa menggunakan whisk sehingga agak likat@pekat.Masukkan jus lemon.Ketepikan dan biarkan suam sebentar.Boleh juga dilakukan kaedah double boiler
  3. Pukul kuning telur dan juga esen vanila sehingga berkrim. Masukkan tepung dan juga campuran cheese tadi. Kacau menggunakan whisk sebati. ketepikan.
  4. Mangkuk lain, putar putih telur dan krim tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi hingga soft peak. (terbalikkan adunan tak jatuh)
  5. Ambil 1/4 bahagian putih telur dan campurkan ke dalam adunan kuning telur dan creamcheese tadi. Gaul menggunakan spatula. Kemudian tuang ke dalam baki adunan putih telur secara perlahan2. Gaul sebati tp jangan sampai over mix.
  6. Ambil secawan adunan dan campurkan dengan choc emulco.Tuang adunan plain ke dalam loyang. Kemudian marblekan dengan adunan koko.
  7. Bakar secara waterbath selama 50-60min. Sejukkan baru potong.
 Permukaan kek sangat lembut..tengok la kesan redai dah terbenam tu...
 Jom minum petang..abes tau saya makan sorang2 dalam piring ni
Viewing all 1519 articles
Browse latest View live