Quantcast
Channel: TERATAK MUTIARA KASIH
Viewing all 1519 articles
Browse latest View live

Resepi Ayam Berkuah Sos Cili

$
0
0
Assalamualaikum...
Apabila kebuntuan dalam mencari hidangan untuk keluarga, mulalah saya meminta pertolongan pakcik gugel...Pening jugak memikirkan menu ayam untuk anak2.Kadang2 bosan jugak asyik rotate menu ayam yg sama.Bila kari ayam dah keluar, kicap pedas karipoley pun dah...saya cube plak ayam shosha....semuanya ayam...Adeh hidangan apa lagi yg sesuai untuk anak2.Tambahan pulak si kecil yg cerewet teramat tu..pedas sket jerr terus takmo makan...Akhirnya pencarian menu yang sesuai terhenti di SINI  memang sangat sesuai rasanya...Tak pedas dan ada kuah senang citer.Resepi pun mudah saje.Terima kasih pada yg empunya resepi.Izinkan saya panjangkan kat sini pulak.
Suka kuah pekat2 camni..kalau yg suka pedas bleh tambah cili padi (ketuk sket)saya punya ni letak camtu jer (tanpa ketuk) nk makan br picit2kan bg rasa pedas manja2

RESEPI AYAM BERKUAH SOS CILI
Olahan : LiNa Pg

Bahan-Bahan 
  • 1 ekor ayam - potong 12
  • 1 labu bawang besar (blend)
  • 2 ulas bawang merah (blend)
  • 2 ulas bawang putih (blend)
  • Sedikit lengkuas (blend)
  • 2 sudu makan cili giling
  • 1 biji telur (dipukul)
  •  Sos cili maggii secukupnya
  • 1/2 batang carrot (optional)
  • 3 batang baby corn (Optional)
  • Tomato ceri
  • 6 biji cili padi
  • 1 kiub ayam
  • Garam & serbuk perasa secukupnya.

Cara masak:

  1. Panaskan minyak..tumiskan bahan2 yang telah diblend tadi hingga naik bau... masukkan cili giling tumis hingga pecah minyak. 
  2. Kemudian masukkan pula ayam, gaul sebati dengan bahan tumisan.Tambah sedikit air (jika perlu)Kacau sekejap hingga ayam kecut.
  3. Masukkan pula carrot,baby corn dan juga kiub ayam.kacau sebati..kalau nak kuah lebih sikit,tambah kan air.
  4. Bila ayam hampir masak, masukkan sos cili.Akhir sekali masukkan telur,kacau cepat2 tau supaya telur tu tak berketul2
  5. Sesuaikan rasa.Tambah garam & serbuk perasa jika perlu. Masukkan tomato ceri dan cili padi (nak pedas ketuk sket cili padi tu). Biarkan mereneh sebentar hingga kuah pekat dan ayam masak.Tutup api.

Resepi Garlic Bread Dan Mushroom Soup

$
0
0
Assalamualaikum...
Tajuk resepi garlic bread tp saya bukan nk kongsikan cara untuk menghasilkan roti dari tepung ya, cuma nak kongsikan resepi untuk sapuan atas roti hahaaa...guna roti hasil tunjuk2 ajer..
Garlic Bread ni memang sedap cicah ngan sup cendawan..ala omputih gitew..walaupun simple tp mengenyangkan.Ok jom kite semak resepi.
Saya gugel rcp merata alam, resepinya hampir sama..tapi tak tau kepunyaan siapa.Saya kopi pes dari blog Embun.Walau siapa pun pencipta asal resepi ni, saya ucapkan ribuan terima kasih.Izinkan saya panjangkan kat sini pula
 
Picas ni  saya snap guna enpon jer sebab nk cepat..kang lambat2 sejuk lak roti dan sup ni..tak cedap la kan.

RESEPI GARLIC BREAD
Sumber : LiNa Pg

Bahan-Bahan

  • 1 batang roti Perancis (potong serong)
  • 2 sudu besar (100 gm ) mentega (suhu bilik)
  • 3 ulas bawang putih - di cincang halus
  • Ajishio secukup rasa
  • Sedikit lada hitam (serbuk kasar) - LiNa Pg tambah rcp asal xde
  • Sedikit oregano (LiNa Pg tambah-rcp asal xde)

Cara-Cara:

  1. Satukan semua bahan di atas (kecuali roti), gaul sebati.
  2. Kemudian boleh lah di sapu pada bahagian atas roti sahaja
  3. Bakar hingga garing.LiNa Pg bakar guna kuali ajer

Sumber Rcp : MyR
By : LiNa Pg

Bahan-bahan 
  • 1 keping dada ayam (cincang halus)
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar (LiNa Pg gn 1 tin susu cair)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tin kecil cendawan butang (toskan air dan dadu kecil)
  • garam
  • secubit ajinomoto
  • 1 cawan tepung gandum (bancuh dengan air)
  • Sedikit oregano dan lada hitam (LiNa Pg tambah-rcp asal xde)
Cara-Cara
  1. Masukkan dada ayam yg telah dicincang halus ke dalam periuk, kemudian masukkan air.Rebus hingga ayam masak
  2. Masukkan susu dan kiub ayam, masak guna api yang perlahan, masukkan cendawan yg didadu kecil
  3. Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat
  4. Masukkan sedikit oregani dan juga serbuk lada hitam (kasar). Sesuaikan rasa. Tambah garam dan perasa (jika perlu). Tutup api, sedia dihidang
T E M P A H A N     K E K     K A R A M E L
Berusaha untuk mengecilkan tulisan hahaaa..

Happy Birthday To Me

$
0
0
Assalamualaikum..
Alhamdulillah...syukur padaMu ya Allah kerana telah memanjangkan umurku untuk ke tahun yg seterusnya.Semoga Engkau terus memberikan kesihatan tubuh badan, dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagiaan bersama keluarga tersayang...
Di pagi besday ni mendapat berita tergempar mengenai kehilangan pesawat MAS yg berlepas dari KL-Beijing (12.45am).Pesawat dijangka tiba di Beijing pukul 6.30am tadi tp telah hilang dari radar jam 2.40am waktu Mesia.Semoga semua penumpang dan anak2 kapal selamat.
Gud Luck untuk adik saya Ayunalisa kerana menduduki exam PPTM hari, semoga tuah besday kakna terpalit kat ayu jugak ya...Gud Luck ya...
Tak lupa juga saya nak ucapkan selamat hari wanita kepada semua wanita di seluruh dunia....
Macam2 cerita pada tarikh 8 Mac ni ya...anyway hepi besday to me heheee
camni la kalau org tak kreatif wat kek...comot2 jer hasilnya...xpo la nk makan sendiri jer kan.Deko simple2 jer.Kek apa?nanti kite tggu hasil post mortem heheee

Kek Aiskrim Dan Pemberian Istimewa

$
0
0
Assalamualaikum...
Besday tahun ini agak mendukacitakan.Hari istimewa bagiku tapi hati terasa seakan tidak mahu celebrate. Acara potong kek juga lambat disebabkan seharian en.asben berada di bengkel hantar kereta untuk direpair.Hampir pukul 4pm baru setel segala urusan.Seharian 8March itu saya cuma berada di depan tv mendengar berita terkini kehilangan kapal terbang MAS MH370.Sehingga kini masih belum ada khabar berita.Harapan saya semoga  pencarian ini akan berakhir dengan segera. Semoga semuanya berada dalam keadaan selamat.Ya Allah lindungilah mereka semua.
Berbalik kepada tajuk n3 ari ni, saya nak tunjuk hasil post mortem kek besday ari sabtu lepas....Tadaaaaa kek aiskrim heheee..
Percubaan pertama menghasilkan kek aiskrim berjaya....Agak mencabar sebenarnya buat kek ni dalam cuaca panas sebab aiskrim cepat mencair.Jadi segalanya mesti dilalukan dengan pantas.Kelam kabut juga la...Bila kena buat cepat2 hasilnya kurang kemas.Tp tak mengapalah percubaan pertama bolehlah dimaafkan heheee
Kira boleh la kan...Kek aiskrim hasil tanganku heheeee.Kesilapan kecil sebab kaler kek sama lak ngan kaler eskrim.Biasalah kek tengah buat..main roger jer kat lalink belikan eskrim.Dia pun main beli jer..janji eskrim huhuuu..kalau eskrim tu kaler pink ke hapa..mesti lagi cantik..
 Kali ni saya tak letak resepi sebab mesti ada yg akan tanya camana nk assemble,jadi untuk mengelakkan inbox saya dihujani pertanyaan yg susah nk explain.Ada baik korang gugel jer cara nk assemble kek eskrim ni.Bahan2 yg digunakan ialah kek span, eksrim dan fresh cream.Resepi kek span ada kat blog ni boleh cari kat side bar tu
 
Dalam kesedihan mengenai kehilangan kapal terbang tu, terselit kegembiraan di hati kecil ni.Pemberian dari suami terchenta..henpon baru...Terima kasih my lalink...Nanti kena study enpon ni pulak..

Terima Kasih Majalah Era Muslimah

$
0
0
Assalamualaikum...
Bersiaran di pagi Jumaat penuh berkat.Pagi ni saya nak kongsikan satu berita gembira di mana blog Teratak Mutiara Kasih telah diberi peluang dan ruang untuk muncul dalam ruangan Selera Rasa di Majalah Era Muslimah.Sebanyak 5 resepi terkandung dalam ruangan tersebut. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Puan Nik Fauziah Nik Hussin selaku Ketua Editor Era Muslimah kerana telah sudi melamar blog kesayanganku  linapg.blogspot.com untuk mengisi ruangan itu.Kepada pengunjung, silent reader dan follower blog TMK sila dapatkan majalah Era Muslimah yg telah berada di pasaran sebagai tanda sokongan kepada blog TMK dan juga majalah Era Muslimah..
Era Muslimah keluaran 22.
 Antara resepi yg dimuatkan kek coklat kukus lapis cream cheese dari Yatie 
 Kek coklat tanpa telur (DJ).Kek Lapis HawFlakes (kak fida)
 Kek Buah dan jg Puding Karamel Tanpa Telur

Resepi Aiskrim Homemade Simple Dan Sedap

$
0
0
Assalamualaikum...
Bersiaran di hari Isnin...Monday Blues ahak...hari ni saya nk kongsikan satu resepi aiskrim yg sangat senang tapi hasilnya cukup sedap.Kos pun tak seberapa.Yang paling penting satu keluarga dapat menikmatinya.Bila buat sendiri, tahap kemanisan boleh di'adjust' mengikut citarasa...Alhamdulillah sedap sangat2.Ekceli dah banyak kali saya buat aiskrim menggunakan resepi ni, tp time tu baru berjinak2 dengan alam maya ni..Time baru berkenalan myR.Laporan pun tahun 2009 lagi heheeee...Kali buat lagi dan simpan resepi dalam blog pulak.Ok jom kite semak resepi.
Nikmatnya bila meluncur ke anak tekak kala cuaca panas membahang....Tambahan lak kemanisan menepati piawaian selera..nyum..nyum
Nah sekeping lagi...gambar snap cepat2..takut eskrim mencair...dah lah time snap ni cuaca panas yg amatt..
Kedua2 bekas eksrim pink..salah satunya saya masukkan coklat rice..

RESEPI AISKRIM HOMEMADE SIMPLE DAN SEDAP
Original : MyR
Sumber : LiNa Pg

Bahan-Bahan: 
  • 2 cawan susu perisa strawberry (apa2 perisa/vanila)
  • 2 cawan coffemate (LiNa Pg gn 1 1/2 cawan)
  • 1-2 sb gula (LiNa Pg letak susu pekat manis 2sb)
  • Sedikit coklat rice (LiNa Pg tambah-rcp asal xde)

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan ke dalam blender.Blend hingga berbuih (LiNa Pg guna mixer.Mix hingga gebu)
  2. Tuangkan ke dalam bekas (tupperware).Simpan dalam peti beku.
  3. Setelah agak beku, keluarkan semula & blend (atau mix) lagi skali. Then baru masukkan semula ke dalam peti beku.Biarkan beku semalaman.Pastu bolehlah dimakan.
Note:
Ulang step no.3 (2-3x) untuk mendapatkan tektur eskrim yg lebih gebu dan sedap.LiNa ulang sekali jer.Kurang kerajinan heheee..Alhamdulillah eskrim tetap gebu

Resepi Nasi Karot Mudah

$
0
0
Assalamualaikum...
Ada sedikit kerajinan buat la nasi berperisa.Agak cuak jugak takut si kecil maisarah takmo makan nasi ni..maklumlah ada nampak sayur karot tu.Untuk si kakak dan abang long,tak risau sangat,Depa dua tu memang makan jer apa yg mama dia masak.Rupanya nasi karot ni kena ngan tekak dak sarah.Sampai 2x tambah nasi...wah..ini sudah bagus..makan nasi yg berfiber tggi...Len kali boleh buat lagi
Alhamdulillah sangat kena ngan selera kami.Nasi karot ni kami makan ngan gulai ayam,ayam goreng berempah, kerabu epal dan carrot cupcakes.Tapi sayangny ahanya sempat snap nasi jer, setnya tak sempat nk snap sebab time ni ada jemput adik2 makan kat umah...
RESEPI NASI KAROT
By : LiNa Pg
Bahan-Bahan
  • 5 pot beras basmati (cuci bersih, rendam selama 1 jam.Kemudian toskan)
  • 1 batang karot (sagat)
  • 1 batang karot (blend-tapiskan-ambil jus jer.Jadikan 6cawan)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 labu bawang besar (blend)
  • Rempah 4 beradik
  • 2 kiub ayam
  • 2 sb butter
Cara-Cara:
  1. Panaskan periuk, cairkan butter.Tumiskan rempah 4 beradik bersama bawang besar hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan daun pandan simpul, tumis sekejap untuk membangkitkan aroma.
  3. Masukkan jus kerot (6cawan).Masukkan kiub ayam.Kuatkan api supaya cepat mendidih.Bila hampir mendidih, masukkan susu cair.
  4. Masukkan beras basmati dan juga karot yg disagat.Gaul sebati.Biarkan nasi kering..
  5. Bila nasi kering, kecilkan api.Biarkan nasi masak sepenuhnya.Bila masak tutup api.Gembur2kan nasi menggunakan garfu supaya nasi tidak patah.
  6. Boleh dihias dengan kismis,gajus dan juga daun pudina (jika suka)

Tempahan Kek Marble Minyak

$
0
0
Alhamdulillah..
Rezeki hujung minggu...2 biji kek marble minyak..dah selamat diambil oleh tuan empunya..terima kasih...katenya untuk kenduri..Petang ni ada lagi sebijik kek karamel..tp nak kol 5pm nnt.Kek dah siap sedang menyejukkan diri...
Suka tul ngan kejadian kek marble minyak...cantik jer pada pandangan mataku...Kalau teringin nak merasa silalah hantar e-mail..nnt saya akan berikan contact no...insyaaAllah sedap...sangat sesuai untuk minum petang...

Resepi Carrot Cupcakes - Tempahan Kini Dibuka

$
0
0
Assalamualaikum...
Lama betul pasang angan2 nk mencuba buat karot kek ni tp asyik tertangguh sebab takut anak2 tak makan.Jenuh la mam ngan abah nk habeskan...selalunya bila pi makan kat SR order 1 slice carrot cake, bila suruh anak2 rasa...suma pakat xmo...
Okey untuk melangsaikan hajat ati..buat jugaklah karot kek ni tp dalam bentuk cupcakes..senang sket, nk makan amek jer..tak payah nk potong2 bagai...
Time dok bako tu harum semerbak satu umah...wah sudah berjaya menggamit selera anak2...pakat2 tanya mama buat kek sapa ni?Bila jawab kite punya la..terus yeayyy...boleh makan..pastu tanya lagi kek apa??kek karot...respon seterusnya alaaaaa...(nada tak bape syok hahaaaa) Dalam hati si mama ni agak cuak jugak la abess la kalau anak2 tak makan...sapa nk makan....Takpo lah...Bila dah masak n siap boh ceam cheese...terus panggil anak2 makan...dengan langkah longlai..mai la 2 beradik tu...amek satu...(muka nampak tak ikhlas nk makan...saja amek ati mama)Bila dah masuk mulut...hurmmmm terus kata sedap la mama....maka abeslah satu cup sorang dalam sekelip mata muahaaa....soalan seterusnya...boleh makan lagi tak...okey amek sorang satu jer lagi..pastu kena  tggu jap...mama nk amek gambar dulu...Panjang tul bebel kali ni.Moral of da story....cuba dulu baru komen...kek karot sangat sedap yea...
Kalau ada sesiapa yg teringin nak merasa, bolehlah tempah.Minimum 16pcs...saiz M, saya gunakan souffle cup..bukan papercup yg biasa tuh...Kalau nk cuba sendiri, resepi boleh refer kat bawah ni.
Cubaan membuta rossete
 sangat sedap...gandingan carrot cake dan juga cream cis frosting sangat heaven..tak cukup dengan 1 cup jer..teringin mencuba..meh la order

RESEPI CARROT CUPCAKES
By : LiNa Pg
Sumber : MyR

Bahan-Bahan:

  • 2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak sayuran
  • 1 1/2 cawan gula putih 
  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis (LiNa Pg xletak)
  • 1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg) (LiNa Pg xletak)
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan kacang pecan/walnut cincang (LiNa gantikan dengan sultana)

Cara-cara

  1. Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
  2. Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
  3. Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
  5. Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi.
Note: 
LiNa Pg buat setengah adunan, guna cupcakes.Bakar suhu 150'C bakar selama 20min

 

Resepi Mudah Sardin Masak Tempoyak

$
0
0
Assalamualaikum...
Hari ni kebuntuan...tak tau nak masak apa....malas pun yea jugak..okey paling senang sekali..masak lauk sardin jer la.Pastu buat telur mata..hurm menu ringkas tapi menyelerakan bila layan dengan nasi panas..Untuk mamanya buat ikan bilis goreng garing2...Sebenarnya Sardin tempoyak ni secara tak sengaja.Time dok masak tu tercari2 asam keping.Tapi mata terpandang tempoyak..hurm boh ajerlah tempoyak pun..janji boleh bagi impact masam tu...bleh rasa..wow sedap jugak la...eksperimen berjaya heheeee..Resepi paling malas ni main hiris n ketuk jer kih3..Kalau ada yang nk mencuba, silakan..
Menyelerakan tak?? sedap ni...kalau nk cicah roti pun sedap.

RESEPI SARDIN MASAK TEMPOYAK
By : LiNa Pg

Bahan-Bahan:
  • 1 tin sardin saiz besar
  • 1 cm halia ( hiris/mayang)
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 1 sb cili giling
  • 5 biji cili padi ( ketuk)
  • 1 sb sos tiram
  • 2 sb tempoyak
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • Garam dan perasa/gula
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak tumiskan halia, bawang besar dan juga serai hingga wangi dan sedikit garing.
  2. Masukkan cili giling.Tumis sekejap hingga pecah minyak.
  3. Masukkan tempoyak, tumis lagi.
  4. Masukkan sardin bersama kuahnya sekali.Gaul sebati
  5. Masukkan sos tiram, tomato dan cili padi.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula (jika perlu)

Resepi Sambal Belacan Sedapnya...

$
0
0
Assalamualaikum...
Resepi sambal belacan lagi...ekceli dah banyak kali saya buat n tepek resepi sambal belacan ni..tp nak juga tepek kat sini heheee...Kali ni saya menggunakan belacan tumbuk yang dibeli dari Tanjung Dawai..hurmmm alahai sedapnya memang lain macam.Agaknya kalau siap yg pernah merasa belacan dari Tanjung Dawai mesti tak beli dah kot belacan dari tempat lain.Kalau belacan tumbuk dalam bentuk 4 segi.Kalau yg bulat tu guna mesin...kalau yg tumbuk harganya sedikit mahai...alah..mahal belacan berapa ringgit jer kan? Sangat berbaloi...
 Sedapnya...saya buat tak pedas melampau sebab anak2 sangat sukakan sambal belacan...Buat banyak2 simpan dalam esbok

RESEPI SAMBAL BELACAN
By : LiNa Pg
Sumber : Hana
Bahan-bahan
  • satu mangkuk kecil cili padi 
  • 3 biji cili merah (LiNa Pg tambah rcp asal tiada)
  • 5 biji bwg merah 
  • 2 biji tomato (buang biji-dadukan)-LiNa Pg tambah rcp asal xde
  • 1/2 cawan ikan bilis - yg dh kupas yer
  • 1-2 inci belacan
  • garam secubit
  • gula/perasa
  • 2 sudu minyak masak
  • Perahan jus limau kasturi/limau nipis
Cara-cara
  1. Bawang dikupas kulit kemudian potong.Cili padi belah dua (tips supaya tk meletup masa goreng)
  2. Panaskan minyak. Masukkan bwg,cili padi, ikan bilis n belacan.. goreng lebih kurang 5 minit atau hingga layu.(tomato masuk last goreng dalam 1min terakhir)
  3. Angkat. n masukkan dlm lesung. tambahkan garam n pak aji/gula n limau kasturi yg dah dipotong2. Tumbuk limau ngan kulit2 skali. klu tk suka tk yah la.. amik jus nyer jer..(LiNa Pg amek jus ajer)
Note:
LiNa Pg blend guna blender kering jer,rasa dulu baru tambah garam dan gula/perasa sebab belacan dan ikan bilis dah masin.Barulah diperah jus limau nipis/kasturi.
sambal belacan ni mkn ngan kari ikan memang sedapppp sehhh

PRAY FOR MH370...JANGAN BERHENTI BERDOA...JANGAN BERHENTI BERHARAP

Kek Marble Zebra

$
0
0
Assalamualaikum...
Bersiaran di hari Jumaat...kejap jer na kabes dah pun cuti sekolah..hurmm nampaknya ari ni baru berkesempatan membawa anak2 berjalan2..jalan2 sekitar utara jer la...janji boleh keluar pulau heheee...
Okeylah...saya tinggalkan kawan2 dengan juadah Kek Marbble Zebra ni untuk mencuci mata...Boleh gunakan mana2 resepi kek butter dalam simpanan sendiri atau boleh refer kat SINI. Suka betul ngan kejadian kek ni..tektur yg lembut...seolah2 cair dalam mulut.Sangat sesuai untuk minum petang...
Kalau ada yang nak menempah, jangan malu jangan segan..silalah jantar e-mail ataupun inbox kar fb saya ok...Tapi tempahan bermula selasa depan...

***************************************
SELIT ORDER YG LEPAS
 Tempahan kek buah kukus, order dari regular kastemer...dalam 2-3minggu mesti order kek...Alhamdulillah..
 Perfect out come as I wish...tiada lekuk..elok sekata kejadiannya...suka suka suka...Teringin nak merasa silalah order..insyaaAllah sedap...tak berapa manis...manis2 buah jer...
Kek Coklat Moist...kastemer baru..Alhamdulillah mereka sangat sukakan kek ni...cheq lagilah suka hihiiii

Projek Petang Kemarin - Celup2 Pretzel

$
0
0
Assalamualaikum...
Dah petang baru boleh hapdet...sejak dua menjak ni rajin sket hapdet..kalau ada masa terluang..bukan apa bila si BE nuff tu menyinggah kenalah rajin...rezeki tu...bukan senang nk dapat 3 ketoi serentak...Alhamdulillah...
Ok berbalik pada tajuk n3....hurmm biasalah kite ni selalu ketinggalan..orang bisnes dah kaya raya dah kite baru terhegeh2 nak menerai...petang kemarin projek anak beranak..main celup2 si pretzel ni..berbaloi dapat banyak...puas hati makan...resepi..tak payah tanya la yea...sndri pun tau kan kui2
Saya cuma celup coklat jer..tak letak almond nibs tadak stok..ni pun kena cepat2 takut beku lak coklat tu...ada yg merasa..meh la order..insyaaAllah sedap...sedap...crunchy..

Resepi Blooming Onion

$
0
0
Assalamualaikum...
Sedar tak sedar dah masuk bulan April...sudah abes 1 quarter di tahun 2014.Cepatnya masa berlalu..seolah2 berlari meninggalkan kite....Jangan ada yg kenakan kawan2 yea pada tarikh 1 April ni heheeee...Ingat tak April Fool..memang seronok dapat kenakan orang, tp yg terkena tu mesti sakit hati....
Okey, berbalik pada tajuk n3 ni...sekarang tengah meletop blooming onion yg crisphy dan sedap dicicah dengan cili sos dan juga mayonis..Bila tengok kawan2 maya sudah mencubanya..barulah saya semak resepi.Senang sangat rupanya, tp perlukan sedikit ketelitian semasa nk potong bawang.Saya cuma gunakan bawang yg saiz biasa jer..Kalau ada bawang yg saiz besar mesti best...takpelah percubaan pertama..hantam sajalah labu....Bawang yg saya gunakan spesis Holland, bawang berwarna kuning...rasanya semulajadi manis dan rangup....Memang tak rugi mencuba..
Kalau tak silap saya, pestaim saya tengok kat grop masakan PBT-Kelentung Kelentang.Terima kasih kepada tuan punya resepi...dan juga kawan2.
Walaupun tak begitu BloOoming...tapi rasanya memang sedap..
RESEPI BLOOMING ONION 
By : LiNa Pg
Sumber Cuci Mata : Alongroz

Bahan-Bahan: (Version LiNa Pg)
  • 1 labu bawang besar
  • 2 sb tepung jagung
  • 2 sb tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Sedikit ajishio
  • Sedikit lada hitam (freshly crash)
  • Sebijik telur (dikocok)
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara:
  1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, garam,ajishio, lada hitam.Gaul sebati.Ketepikan
  2. Bawang besar dikupas kulit, cuci bersih dan dipotong membentuk 16 kelopak.
  3. Pisah-pisahkan kelopak bawang, taburkan campuran tepung meliputi semua kelopak bawang.
  4. Celupkan ke dalam telur yg telah dikocok.
  5. Gaulkan ke dalam tepung sekali lagi..Double coating...
  6. Kemudian goreng secara deep fry.Pastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu.Goreng bahagian kelopak menghadap ke bawah dahulu hingga garing kemudian terbalikkan untuk menggoreng sebelah lagi.
  7. Apabila kedua2 bahagian telah garing.Angkat dan toskan minyak.
  8. Sedia dihidang bersama sos cili dan mayonis.
Nota LiNa Pg
Boleh juga gunakan tepung KFC atau tepung yg sedia terjual di pasaraya

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur...Lagi

$
0
0
Assalamualaikum...
Rasa2 macam dah lama tak memuding..so bila free dah nekad takmo ngetest baking dah nak memuding lak hihiii...Tambah cuaca sekarang agak panas lepas hujan lebat 2 ari lepas...takpo la kalau takdirnya hujan rahmat turun time buat puding ni...simpan jer lah makan esoknya...makan puding time ujan mana ada nikmatnya...baik wat lempeng jer..
Okey..ni dah siaran ulangan sebenornya...resepi masih sama cam dulu gak...Cuma saya lebihkan sedikit gula untuk gula hangus sebab kali saya gunakan loyang 4 segi 9x9in.Puding nipis sket dari yg buat dulu.Tapi saya sukakan ketebalan yg macam ni..senang nk ngap heheee...
Kalinya cuma potong bentuk bongkah2 jer...malas nk posing cun2..anak2 tak sabar nk makan...Yg best tu..maisarah yg cerewer mampu habeskan 3 slice ni...hurmmm kena la ngan taste dia heheee

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR
By : Lina pg
Sumber asal : myR

Bahan-Bahan A (Gula Hangus)

  • 4 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan B (Puding)

  • 1 paket agar-agar serbuk 10g
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair 
  • 3sb  tepung kastard
  • 1 sk esen vanilla

Cara-cara

  1. Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan
  2. Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
  3. Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
  4. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.

Note: Puding ni sangat sedap dimakan bila sejukkan dalam peti ais

senang dan sangattt sedap...tak rugi kalau korang mencubanya..Baca resepi dan ikut arahan..insyaAllah akan berhasil

Tempahan Kek Karamel Dan Kek Karamel Coklat Moist

$
0
0
Assalamualaikum...
Kemarin seharian bdan tak sihat...seb baik en.asben balik half day hantar wifenya g klinik.Doktor siap offer nk bagi MC lagi...balik umah makan ubat..tido..mmg betul2 tak larat.Ingat malam tu nk siapkan order kek..tp mmg tak larat langsung..
Pagi tadi..walaupu bdan terasa lenguh2 lagi..tp gagah jugak buatkan kek ni.Memadangkan dah janji nak amek kol 2pm...Terus wassap kat kawan ni untuk delay sejam...Bukan apa takut jugak tak sempat nk siapkan on time..Maklumlah kek karamel ni kalau diterbalikkan time panas2 mmg hancur lah jawabnya..
Alhamdulillah dapat gak siapkan untuk ari ni.Tapi bahagian karamel tu bergelombang lak...tak cantik macam biasa.Agakanya sebab kekalutan nk siapkan kek ni huhuuu
 2 biji arini punya.Semuanya bergelombang jer..adeh
Yg ni ari Rabu lepas...tuan yg sama order

Amie's 1st Giveaway : Debar Menanti Kelahiran

$
0
0
Assalamualaikum...
Agak bizi sejak dua menjak ni..dengan badan tak berapa sihat..terlupa terus dengan GA kak amie ni...memula hasrat memang nk joint sebagai tanda sokongan kepada kawan2 tp kesuntukan masa.Seb baik kak amie lanjutkan tarikh tutup GA, bolehlah joint.Saya buat simple 2jer tau kak amie..ni pun dah ingat2 lupa dah ni hihiii..Saya kongsikan pengalaman paling latest iaitu Debar Menanti Kelahiran Maisarah...
Sebenaranya Maisarah dilahirkan pada 22hb Julai 2010 16 hari lebih awal dari tarikh jangkaan.Tapi disebabkan baby ni tak sabar2 nak melihat dunia...walaupun dilahirkan awal, dia lahir dalam keadaan sihat dan sempurna..
Saya masih ingat lagi pada 20hb Julai masih lagi pergi bekerja seperti biasa, memandangkan saya akan mula bercuti maternity leave..segala dokumen mesti mendapat approval dari pihak management.Bila dah setel terus bagitau boss start cuti mggu depan.Minggu depan konon heheee..rupanya esok tu dah bersalin
Malam tu kami dapat call dari kampung, F.I.L sakit tenat di kampung..en.asben ambil keputusan untuk pulang menjengok orang tuanya esok pagi..Okeylah memandangkan saya menanti hari, biarlah dia balik sorang2...awal pagi dalam kol 3am camtu..saya telah 'turun tanda' tapi tak rasa sakit pun..
Dalam en.asben siap2 nak balik kampung terus bagitau pasal turun tanda tu...kami ambil keputusan untuk terus ke hospital...Bila doktor buat pemeriksaan..katanya belum rahim belum terbuka lagi..dan disuruh balik jer..
Dari pagi sampai ke tengahari tak rasa apa2 sangat..bila petang sudah rasa sakit..Suami dalam dilema nk balik kampung atau stay kat sini temankan isterinya...
Lepas Marghrib dapat call dari kampung lagi..F.I.L akan dipindahkan ke Hospital Kota Bharu...Ya Allah makin serius nampaknya.Suami mesti meronta2 nk balik kampung..Bila suamiku dapat bercakap dengan ibunya dan ibunya menyuruh supaya temankan saya di sini sebab kat kampung dah ramai sedara mara katanya..Mungkin ayat inilah menyebabkan suamiku terasa lega sedikit...
Dalam pukul 9.30pm,kami ke hospital lagi..kali ni bukaan rahim 5cm...kena tolak masuk ward dulu..adeh napelah tak masuk labour room terus...Kol 11.30pm call nurse sebab sakit makin kerap..bila check dah buka 8cm...kelam kabut nurse tolak ke labour room yg berada di tingkat atas..beberapa minit kemudian barulah doktor sampai...cun2 untuk menyambut baby jer...Tepat jam 12am Maisarah selamat dilahirkan..
Alhamdulillah...
2-3 hari selepas itu..F.I.L telah selamat discharge dari hospital KB dan dibenarkan pulang ke rumah.Selang seminggu beliau dimasukkan kembali ke hospital.Kali ni suamiku pulang ke kampung menjaga orang tuanya memandangkan saya dah sihat  sedikit dan mampu menguruskan serba sedikit..yea lah sihat2 orang pantang camanalah sangat...
Semasa umur maisarah genap 20hari arwah tokwannya telah kembali menemui penciptanya..al fatihah buat tok wan..Semoga rohnya dicucuri rahmat
Inilah dia maisarah selapas siap mandi2...senget2 mulut hihiii
Inilah gambar terbaru Maisarah..pantang jumpa air..suka sangat mandi.Ni mandi manda kat Kolam Air Panas Ulu Legong..best jugak

SAYA SUKA WARNA PINK/PURPLE

Resepi Kerabu Tomato Ikan Bilis

$
0
0
Assalamualaikum..
Kembali bersiaran di pagi Khamis.Pagi ni nampak cam redup jer..nyaman jer..Tak taulah redup hingga ke petang atau panas terik di tengahari hihiiii...Dah ada idea tak nak masak apa tengahari nanti...Kalau rasa kebuntuan bolehlah cuba resepi Kerabu tomato ikan bilis ni sebagai lauk sampingan.Ratah pun sodap, makan ngan nasi putih lauk ikan goreng pun sodap.Saya sekeluarga makan ngan Nasi Tomato...hurmm.enak tak terkata...Resepi pernah meletop seantero maya suatu ketika dulu..saya sndri pun dah banyak kali mencubanya..rupa2 tiada resepi dalam simpanan TMK sebab buat jaman dolu lagi time baru celik IT br kenal perkataan sign in kat myR nun...bila semak laporan..adoyai tahun 2009 lagi ngupernyer...Lama bebenor tuh...Okey jom kite semak resepi...sapa lagi tuan punya resepi ni kalau bukan cikgi Hana nunnn di Kuantan..dolu2 dok Nihon hihihii..
Rasa masam manis yg membuatkan kerabu ni sedap..Masam dari jus limau kasturi dan juga tomato, manis dari gula,pedas dari cili padi...bila makan ada lak unsur crunchy dari ikan bilis goreng dan juga gajus...hurmmm sedapnya...

RESEPI KERABU TOMATO IKAN BILIS
By : LiNa Pg
Sumber : Hana

Bahan-Bahan
  • 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris (LiNa Pg gn 5biij tomato ceri)
  • 1/2 batang karot (potongan batang mancis)
  • segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
  • 1/2 biji bwg besar - dihiris
  • 3-4 biji chili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
  • 1 btg serai - dihiris
  • garam
  • gula
  • jus lemon - optional (LiNa Pg gn 2 biji limau kasturi)
  • pak aji - klu suka
  • Gajus (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
Cara
  1. Satukan hirisan bawang besar, serai, garam, gula dan jus limau kasturi.Sesuaikan rasa dahulu.
  2. Kemudian masukkan bahan2 lain (kecuali ikan bilis dan gajus) Gaul sebati dah mesra barulah masukkan ikan bilis dan gajus.Siap.Sedia dihidang

Tempahan Kek Indulgence Dan Kek Karamel

$
0
0
Assalamualaikum..
Hari ni tak sempat nk buat post masak2 just nk tayang tempahan kek jer..Alhamdulillah walaupun tak bertingket2 tp tempahan sentiasa ada...syukur Alhamdulillah..oh!ya..untuk tempahan mggu depan dah penuh ya..harap maklum..nk tempah tu kena lepas 20hb baru ada slot kosong..Untuk bulan Mei pun dah boleh stat inbox dah sebab mmg dah ada order masuk untuk 31hb Mei...
 Sy mmg tak kreatif bab medeko..seadanya saja...Alhamdulillah dapat respon dari kastmer ni, mereka sangat sukakan kek ni..terima kasih sudi menempah
Kek karamel versi tebal...order kemarin ni...lately..karamel asyik gelombang jer..kali ni berkelakuan baik heheee

Tempahan Kek Marble

$
0
0
Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung blog TMK..hari ni apa programa bersama keluarga tersayang??Nampaknya kami sekeluarga terperap jer kat umah sebab ada projek yg harus diselesaikan..
Okey arini cuma nk buat n3 ringkas jer..Kemarin punya tempahan..Kek Marble 2 biji..ditempah oleh regular kastemer saya...Alhamdulillah rezeki dari Allah s.w.t...walaupun tidak banyak tapi tidak pernah putus...syukurrr
Kalau berminat nak menempah, silalah hantar e-mail kepada saya..tp mggu ni order dah penuh ya...tempahan selepas 20hb April
Viewing all 1519 articles
Browse latest View live