Quantcast
Channel: TERATAK MUTIARA KASIH
Viewing all 1519 articles
Browse latest View live

Tempahan Kek Buah Kukus Projek Mega

$
0
0
Assalamualaikum...
Projek hujung minggu, 2 hari 2 malam bersauna di dapur untuk merealisasikan tempahan paling banyak dalam masa yg singkat.Alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t.Sebanyak 14 biji Kek Buah Kukus telah berjaya disiapkan syukur sangat2 atas rezeki dariNya.Tempahan asal hanya sebiji kek buah kukus ditempah oleh kawan lama saya yg berada di KL.Okeylah sebiji jer sempatlah nk kuar jenjalan ke hapa kan?Pagi Sabtu saya dapat call dari seseorang yg bergelar VVIP nk tempah kek buah kukus.Sangka saya cuma sebiji atau paling banyak dua biji.Bila dia kata nk 12 biji..terkejut gak la...sempat ke tak ni nak siapkan semuanya.12 + 1 (order yg sedia ada) dah jadi total 13biji...Katanya buat sebanyak dan semampu yg boleh..Lega sket..dalam hati kena usaha gigih ni insyaaAllah akan cuba untuk tidak menghampakan harapan orang..Memandangkan stok mixed fruit n high Quality butter cuma cukup untuk 2 biji kek saja, terpaksalah rushing ke kedai bakery cari stok..Bila suma bahan dah ada terus buka silat...Alhamdulillah...berjaya disiapkan kesemuanya...Saya genapkan saja  kek buah menjadi 14biji...Sebiji tu hajat hati nk makan jer lah..rasanya raya tahun lepas jer kot last makan kek buah...Rezeki lagi..ada lak yg inbox yg tempah kek buah..apa lagi rezeki dia lah yg spare tu heheee...Terima kasih ya sudi repeat order..Kastemer ni pernah order by post dengan saya....So kesemua kek buah kukus..sold out.Ada yg PM bertanya kepada saya kukus 4jam ke?Jawapan saya ialah YA.Kesemua dikukus selama 4jam tanpa mengelat untuk menjaga kualiti kek dan kelembapan kek buah.
Terima kasih buat semua yg sudi order...12 biji ditempah oleh Datin Sue, sebiji dari geng bas sekolah saya tie (Sri Kembangan) dan mamanuri (repat order)
Bila buat kek buah kukus banyak2 camni terasa macam nk raya lak hahaaa..Yg 2 biji belum pack tu untuk di pos
 Dah siap packing...packaging old skool jer kikiii...janji selamat sampai
Jom mulakan langkah silat..
 Karamel mixed fruits
Perfect out come...tanpa lekuk
 
 Moist tak???teringin??jgn malu jangan segan sila hantar e-mail..25hb ni ada sebiji tempahan kek buah..kalau ada yg nk selit..sila order

TEMPAHAN KEK COKLAT MOIST (ISNIN-14/4/1014)

Repeat order dari kastemer...tq

Resepi Ayam Kalio

$
0
0

Assalamualaikum...
Saban hari masak, jenuh dok pikir nk masak apa lagi..selalunya jadi bila nk hujung2 mggu...bila semua masakan kegemaran keluarga dah masak dalam minggu tu...terpaksalah gugel sana sini mencari idea.Kebiasaanya kalau masak untuk lunch saya suka yg berkuah..senang,malam nnt panaskan ajer.Kalau yg goreng tu leceh sket sebab petang nnt kena menggoreng lagi...
Kuahnya agak pekat,tp disebabkan saya snap time panas2 lagi nmpk cair sket...

RESEPI AYAM KALIO
By : LiNa Pg
Sumber : Wana Potret Kasih

Bahan-Bahan
  • 400g ayam ( anggaran dalam 1/2 ekor ayam )
  • 4-5 ulas bawang merah ( kisar )
  • 3 ulas bawang putih ( kisar )
  • 2-3 sudu makan cili kisar ( boleh tambah jika suka pedas )
  • 4 biji cili merah (kisar)LiNa Pg tambah rcp asal xde
  • 1 inci halia ( kisar )
  • 1 inci lengkuas ( kisar )
  • 2 batang serai ( kisar )
  • 2 cm kunyit hidup ( kisar )
  • 250 ml santan atau susu cair
  • 3 -5 helai daun limau purut (hiris nipis)
  • 1 batang karot (potong baji)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • 2 keping asam keping
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • Air dan minyak
Cara penyediaan
  1. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan ayam dan asam keping. Masak hingga ayam kecut.
  3. Kacau dan balikkan selalu agar ayam yang di masak sekata masaknya.Tambah sedikit air
  4. Masukkan santan atau susu cair serta daun limau purut dan juga karot. Jika mahu kuah lebih boleh di tambah sedikit air lagi.
  5. Masakklah hingga kuah agak pekat.Masukkan tomato, sesuaikan rasa…. bolehlah diangkat.

Resepi Kek Gula Hangus Dan Tempahan Kek Gula Hangus

$
0
0
Assalamualaikum...
Rasanya dah lama benar tak makan kek old skool ni..rasanya last raya tahun lepas..Bila ada kastemer request nk tempah kek gula hangus, mula lah rasa cuak..dari segi rasa InsyaaAllah can promise the taste will be good tp cuak juga takut semut takmo mai buat sarang...adoi...kalau tadak lubang2 tu consider fail la kan?
Senang citer saya buat 2 biji, satu makan sendri, satu lagi yg org tempah..Kali ni kamikazi..guna resepi lain..Alhamdulillah menjadi dan bersarang tp sarang kecil2 jer la..Saya suka resepi kek gula hangus yg tak perlu perap2..malas wey nk tggu lama2.Jom semak resepi..Kalau malas nk godek wat sndri..meg tempah..Nk pos pun boleh ni..kek pesen lasak camni okey jer
Alhamdulillah...menjadi dan bersarang
 Close up sket tang sarang tu
 Dalam piring tuan umah punya..dah siap packing tu..org punya la heheee
Camni lah rupanya..

RESEPI KEK GULA HANGUS
By : LiNa Pg
Sumber  Cuci Mata : Kak MadihaA
Sumber : Cida D'Nuanza

Bahan2 Gula Hangus
(Buat yg ni dulu sblm bancuh adunan)
2 cawan gula pasir (LiNa Pg 1 1/2 cawan)
2 cawan air mendidih
3 sudu besar (penuh) mentega (LiNa Pg gn 100g)

Cara:
Masukkan gula dlm kuali atau periuk.
Bukak api sederhana kecil...
Sentiasa kacau2 gula sampai larut, sampai warna jadi keemasan macam madu..
Kalau jadi kearangan, buang je la...konpem x jadik.
Nanti kek tu akan jadi pahit kalo gula yang hangit.

Pastu, dgn langkah kuda2..masukkan air panas dlm gula td...
AWAS!! sedikit kemalangan akan berlaku kalau x berhati2 sbb gula tu mcm meletup2 skit nanti...
Pastu gula td akan jd cam ketul2 skit bila masuk air... Cairkan semula...
bila dh cair semua, masukkan mentega..biarkan larut...
tutup api dan sejukkan 

Bahan lain:
7 biji telur saiz A
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis 
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila 

Cara:
Pukul telur sampai kembang.
(blend pun boleh..guna mixer pun boleh- aku guna blender je. MaDiHaA guna mixer)
Pastu masukkan susu pekat, kasi blend lagi sampai sebati.
Masukkan pulak esen vanila

Ayak tpg gandum + soda + baking powder
Masukkan dlm adunan..teruskan blend
last sekali, masuk la gula hangus yg dh sejuk td... blend lagi! 
Bakar selama 1 jam (Sehingga masak) guna api bawah n atas,suhu bergantung kpd oven masing2.
(LiNa Pg bakar suhu 150'C selama 45min api bawah-selebihnya api atas dan bawah hingga masak

Tempahan Kek Karamel Dan Kek Karamel Coklat Moist

$
0
0
Assalamualaikum...
Salam siaran di pagi Jumaat..penghulu segala hari..Hari ni tadak tayangan masak2..Alhamdulillah mggu ni banyak tul tempahan...syukur sangat2 ke hadrat Allah s.w.t..semoga Allah terus melimpahkan rezeki kepadaku..amin..
Kek Karamel Coklat Moist..insyaaAllah..akan berpuas hati makan karamel tebal camni
 Kek ni ditempah oleh regular kastemer.Bulan ni dah 3 kali order..kali ni untuk besday anak kembarnya..Katanya si abang yg dok hostel dah pesan siap2..besday dia jgn beli kek kat Kedai tersohor..nk makan kek karamel ni..Alhamdulillah suka sangat saya mendengarnya
Yg ni pun oder dari regular kastmer tp bukanlah tiap setiap mggu, sebulan sekali kot.Maybe wat balik kampung kot..

Tempahan Kek Karamel Alunan Kasih Dan Kek Karamel Coklat Moist

$
0
0
Assalamualaikum...
Kemarin punya cerita...Tempahan Kek Coklat Moist untuk besday dan juga kek karamel untuk makan2.Kek Karamel tu tempahan dari adinda saya,so..suka suki jer wat pesen alunan kasih sbb rasa bosan gak asyik wat marble kan..adik sndri berani la buat macam2 heheee..Teringin nak merasa kek karamel yg mewah dengan karamel ...silalah order..jangan malu jangan segan..minggu ni tak bizi sangat..
Ada yg jemu ke asyik wat iklan jer hihiiii..takpa iklan freee kat blog sendiri
 Alhamdulillah menjadi 3 layer tu..harap2 okey la alunan kasih kat dalam tu..
kek karamel coklat moist..

Resepi Ayam Kismis

$
0
0
Assalamualaikum....
Ayam lagi....kat umah ni boleh dikatakan setiap hari menu ayam...bila ketandusan idea..ayam goreng bodow2 ajerlah..itupun anak2 makan dengan berselera..ntah la kan tekak deme ni...kalau bukan lauk ayam tu..kira mcam tadak lauk la bagi bebudak ni....
Ekceli resepi ayam kismis ni diinspirasikan dari Daging Prune yg dimasak oleh Angah Raja Lawak..Kalau tak silap saya kat Channel 134..Biasanya lepas tengok Abang Jebat saya akan tukar ke channel lain,tp malam tu..saya biarkan ajer walaupun tak tengok...Ingatkan rancangan lawak, rupanya masak2..Kalau tak silap Program Kuali Terbalik....Saya oleh sket resepi ni mengikut bahan yg ada kat umah...yg ada cuma kismis dan juga sultana..hantam sajalah labu...janji sedap...Kalau berkenan, bolehlah cuba...ada rasa masam manis..masin dan pedas...kira ok lah...cukup rasa...
resepi mmg pesen kering2 sket....tp bila gaul dengan nasi...bertambah2 anak2 makan..

RESEPI AYAM KISMIS
Sumber : Angah Raja Lawak

BAHAN A (Perap)
  • 1/2 ekor ayam (potong kecil)
  • 2 sb sos tomato
  • 2 sb kicap
  • Sedikit garam
BAHAN B
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 1cm halia (kisar)
  • 1/2 labu bawang besar(kisar)
  • 2 sb kicap
  • 2sb cili giling
  • 1sb rempah kari ayam/daging
  • 2 sb sos tiram
  • Cili merah dan hijau (hiasan)
  • Garam dan gula (jika perlu)
  • Gajus
  • 1/2 cawan kismis/sultana
  • Air
  • Minyak
CARA-CARA:
  1. Ayam dicuci bersih, lumurkan dengan sedikit garam.Gaulkan dengan sos tomato dan juga kicap.Perapkan selama 30min.
  2. Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan garing.
  3. Masukkan cili giling, tumis lagi hingga pecah minya.
  4. Masukkan kari daging (masuk terus jer-xyah bancuh).Kacau hingga rempah masak.
  5. Masukkan ayam, gaul dengan segala bahan tumisan hingga sebati.Tutup kuali, biarkan ayam kecut dan sebati dengan rempah tumisan.
  6. Tambah sedikit air hingga paras ayam.Masukkan kismis.Biarkan hingga ayam empuk.
  7. Masukkan sos tiram dan kicap.Biarkan hingga kuah pekat.Sesuaikan rasa.
  8. Akhir sekali masukkan cili merah/hijau dan juga gajus.Gaul sebati.Tutup api.

Resepi Sambal Pauh Ikan Kering/Sambal Mangga Muda

$
0
0
Assalamualaikum...
Hari ni layan menu nostalgia...sambal pauh...hurm tak kenal ya buah pauh tu apa?Kalau kat Klate kami panggil pauh ringan yg kecik2 tu kulit kaler ijo...nama komersial mempelam/mangga muda..Sekarang ni memang musim buah mangga ni.Tengok tepi2 jalan pun sangat lebat berbuah.Sesiapa yg ada tanam tu, bolehlah petik dan cuba resepi..insyaaAllah sedap..makan ngan ikan goreng dan nasi panas memang layan abes...Buah mangga ni saya petik segar dari ladang  hasil penat lelah menapak ke pasar malam hihiiii...tunjuk jer terus dapat hasil kikiii..Beli pun 3 biji jer..hasilnya dapat la semangkuk kecil sambal pauh ni...Alhamdulillah..anak2 juga makan..(anak2 ya..maksudnya 2orang jer..dak maisarah jangan harap laaa).
Jom semak resepi
 Kalau dapat sambal pauh ni, makan ngan nasi panas memang tak sedar dah makan 2pinggan..Kalau nak berdiet tu kena cari menu lain hihiiiii

RESEPI SAMBAL PAUH IKAN KERING
Sumber : Dedaun Alam (Refer sini untuk step by step)

Bahan-Bahan (Tiada sukatan)
  • Ikan kering (LiNa Pg gn isi ikan talang masin)
  • Cili padi
  • Buah pauh (mangga muda)
  • Garam
  • Gula
Cara-Cara:
  1. Ikan kering dicuci bersih, goreng hingga garing.Kalau ikan kering biasa, ambil isinya sahaja
  2. Buah pauh/magga muda dikupas kulit dan dicincang halus/sagat
  3. Tumbuk isi ikan kering hingga halus, masukkan cili padi, tumbuk hingga hancur.
  4. Masukkan buah pauh/mangga muda yg telah dicincang.Tumbuk bersama ikan kering dan cili padi.
  5. Masukkan garam dan gula.Sesuaikan rasa.Dah siap.

Nak gak posing dalam pinggan antik hihiiii.sambal sket jer...boh dalam pinggan besar gedabak..nampak seciput jer kikiii

Kiriman dari Lahad Datu

$
0
0
Assalamualaikum...
Hari ni tadak masak2...cuma nk tayang kiriman yg baru diterima dari seberang Laut China Selatan...Terima kasih banyak kak amie atas semuanya...Walaupun masa agak terhad, saya cuba luangkan sedkit masa untuk buat n3 ringkas...last minute submit..N3 pasal GA tu tengok kat SINI ni yg versi umahkak amie.
Walaupun pelbagai aral melintang pukang semasa proses penghantaran..tapi berkat kegigihan kak amie..semuanya dapat diselesaikan...
Terima kasih atas hadiah ni walaupun joint GA tu bukan mengharapkan apa2 cuma tanda sokongan kepada rakan blogger..Semoga kak amie sekeluarga terus dimurahkan rezeki olehNya...amin
Kain batik halus, ratai tangan mutiara, magnetic fridge dan juga key chain

Tempahan Kek Buah Kukus Dan Kek Karamel

$
0
0
Assalamualaikum...
Bersiaran di hari Jumaat...jangan ada yg bosan ya..asyik tayang kek tempahan jer..Ni saja wat iklan banyak2 kot2 ada yg berminat nak menempah untuk raya Aidilfitri nanti...Tak lama dah nak raya.Untuk kek buah saya dah terima tempahan raya..kek2 lain tu nanti dekat2 nak puasa baru saya open order sebab belum decide tarikh nak balik kampung...
Okey..hari ni 2 biji tempahan kek buah dari kastemer baru dan juga kek karamel (repeat order) Alhamdulillah..nampaknya kek buah ni semakin mendapat sambutan.So,far boleh dikatakan 100% kastemer memberi respon mereka sangat sukakan rasa kek buah ni..katanya mak2 pun suka sebab tak terlalu manis...kenalah ngan tekak orang tua...Kalau teringin nak mencuba, silalah hantar e-mail kepada saya..kek ni juga boleh dipos tp cara bungkusan saya la...old skool gitew...insyaaAllah kek sampai dalam keadaan sihat walafiat..
Sambil kukus kek buah 4jam tu, sempat la godek2 buat kek karamel lak...suma setel..bolehlah releks..
 Alhamdulillah syukur..atas rezeki dari Ilahi

semakin mendapat sambutan....lembab, mewah dengan buah2an...teringin nk merasa..cepat2 order..
Jarang2 ni rajin snap kek karamel yg belum terbalikkan
 yum...yum...sedap...
Ni respon dari sahabat saya yg dah menjadi weekly kastemer...bulan April ni sahaja setakat (25/4) beliau dah order ~10biji kek karamel dan juga kek karamel coklat moist...Alhamdulillah mereka semua sukakan kek ni...suka..suka..suka..

Terima Kasih Majalah Jelita Keluaran Mei 2014

$
0
0
Assalamualaikum...
Hari ini saya nak kongsikan kegembiraan bila blog kesayangan saya mengisi ruangan blog review dalam Majalah Jelita Keluaran Mei 2014.Jutaan Terima Kasih saya ucapkan kepada Editor Majalah Jelita iaitu Puan Norashikin M.Nor kerana memberi ruang dan peluang blog linapg.blogspot.com untuk muncul dalam ruang tersebut.Gembiranya hati saya..rasa cam mimpi lak kuar dalam Jelita
Kegembiraan ini saya kongsikan juga dengan kekandaku kak Rosaliza bilamana blog Embun turut mengisi ruangan tersebut.Bila saya khabarkan berita tersebut kak rosa ingat blog saya jer..rupanya blog dia turut serta..hepi sakan la dia...Seorang lagi blogger Dapur NZ juga turut mengisi ruangan tersebut.Tahniah buat semua.Kepada kawan2/silent reader blog Teratak Mutiara Kasih boleh dapatkan Majalah Jelita Mei ni sebagai tanda sokongan...Jangan lupa ya...ulasan blog tu di muka surat 125
Saya framekan Majalah Jelita ni heheee..
Ini gambar yg di'tag' oleh editor Jelita kat fb...terima kasih banyak2.So kawan2 apa tggu lagi cepat2 dapatkan Jelita Keluaran Mei
 Bangga juga dengan blog yg suam2 kuku kesayanganku ini
3 blog yg mengisi ruangan ulasan blog

Resepi Ayam Seroja

$
0
0
Assalamualaikum....
Ayam Seroja nama diberi..tak tau lah nape...resepi ni saya ambil dari buku masakan kak hanieliza..baru jer beli minggu lepas...belek2 ada yg berkenan dan nampak mudah terus jer buat...Kadang2 dah naik pening memikirkan menu ayam untuk anak2..terasa jemu dah nk telan ayam ni..
Bila dengan nama seroja ni terus teringat lagu lama....'mari menyusun serojaaa...bunga serojaa..aaaaa..hiasan sanggul remajaaa...puteri remaja..." lagu sangat popular kalau menghadiri apa2 kem masa sekolah dulu...tangkap leleh jer..mau nangis wooo...
Ok back to the track..meh kite semak resepi..
 Ayam Seroja ni sedap dimakan bersama nasi berperisa..rasa ala2 ayam masak ros..tp sebab ada rempah..rasa dia unik sket...sedap..

RESEPI AYAM SEROJA
Sumber : Buku Masakn Kompilasi Resepi Warisan

Bahan-Bahan:
  • 8 ketul ayam
  • 2 sb cili giling
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 2 ulas bawang merah (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 2 batang serai (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 1 sb serbuk jintan manis
  • 1 sb serbuk jintan putih
  • 1 cawan santan pekat (LiNa Pg guna santan ayam brand 200ml)
  • 1 cawan kacang peas
  • Garam, gula, kunyit
  • Air
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Bersihkan ayam, gaul garam kunyit.Goreng hingga masak.Ketepikan 
  2. Panaskan minyak tumis serai dan bahan kisar, serbuk jintan manis, jitan putih dan cili giling hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan santan, garam dan gula
  4. Masukkan ayam, gaul rata.Biarkan mereneh sebentar dan kuah pekat.
  5. Sesuaikan rasa.Masukkan kacang peas..gaul rata.Tutup api.Dah siap
Ini rupa ayam seroja..dalam buku masakan...sama tak ngan saya punya kat atas tu heheee

Tempahan Kek Minyak (Postage)

$
0
0
Assalamualaikum...
Alhamdulillah...melangkah setapak ke hadapan, kali ni saya memberanikan diri untuk buat postage kek minyak pulak.Kalau kek buah tu dah biasa dipos.Bila ada kastemer nun jauh di Batu Caves merisik untuk order kek, minyak dan tanya boleh tak guna guna pos...walaupun agak ragu2 tapi saya jawab insyaaAllah saya boleh usahakan buat penghantaran melalui pos..Lepas persetujuan dicapai, beliau terus bank in duit.Segalanya berjalan lancar..Untuk kali pertamanya..kek minyak lina pg sampai ke Batu Caves Selangor.Harap2 ianya sampai dalam keadaaan selamat..insyaaAllah...
Kek Minyak saiz 9x9in...berminat untuk menempah, cepat2 hubungi saya...Terima kasih sudi menempah dari saya...Sengaja saya lewatkan n3 ni sbb nak tggu feed back dari kastemer..Baru sebentar tadi (4.55pm)terima e-mail katanya kek telah selamat sampai dalam keadaan cantik...Alhamdulillah..
Okey lepas ni saya dah confident untuk buat postage kek minyak pulak

Salak Denai Chalet - M2G(Mandi,Makan,Gathering)

$
0
0
Assalamualaikum....
Kami berkunjung lagi ke Salak Denai...Family Daya katenya..kali ni rombongan cik kiah tak ramai cuma 2 biji kete jer..tp tetap happening..Paling seronok ialah budak2..memang kejenya berendam jer..Naik ke atas untuk makan2..pastu terjun balik..Kali ni saya kami menginap di Chalet Siti Aisyah pulak.Dulu tu Chalet Siti Saffiya..Yg ni lagi best sebab ada hall dan agak luas..Cuma yg kureng syok ialah TIADA kelengkapan memasak.Cuma ada dapur gas dan peti sejuk jer...Tahun lepas segala periuk belanga, kuali pinggan mangkuk semuanya complete disediakan oleh pemiliknya...Kali ni macam nk camping dalam hutan bila kena usung periuk, gantung kuali gitew huhuuuu..Mungkin pemilik chalet harus mempertimbangkan segala kemudahan ni..Sewa/ambil deposit.
Wajah2 ceria walaupun kepenatan..kite enjoy hihiii
Time ni baru sampai..yg dari Penang jer.yg KL lom sampai lagi..terawal pulak...takleh check in lagi..terpaksa la kuar ronda2 dulu huhuuu
Time check in..ujan lebat laj..amek2 gambar dalam umah dulu...alas perut ngan bekal yg ada..nk BBQ pun arangnya dari KL lak hahaa..
Close sket notis tu
 Bilik tidur ada 2, ada xtra tilam dan juga ruang tamu..kira okey la..
Pool..tempat BBQ n santai
Malam tu terus acara BBQ..sedap makan ayam panas2..budak2 dah kesejukan dapat yg panas..apalagi tggal tulang jer semua ayam ni hahaa
 Gambar mandi manda ni tunggang langgang dah...rasanya ni mandi manda sessi malam ni..gelap jer.Si Adda n Aqil..sampai jer terus terjun kolam kikiii
 Model paling popular..Amani n Maisarah
 Pelampung dan bola mmg tak pernah berenggang
 Akrab tul dua sepapat ni

















Tempahan Kek Buah Kukus (Postage)

$
0
0
Alhamdulillah...
Syukur atas rezeki dariMu..Tempahan Kek Buah kukus repeat order dari kastemer nun berada di Sri Kembangan.Kali pertama mengorder time Tempahan kek buah yg bertingket2 tu.Boleh tgk Projek Kek Buah Kukus yg by postage tu (Salah satu darinya)Terima kasih banyak2 sudi order lagi.Kali order 2 biji.Katenya nak bagi dekat sedara n sebiji nk bawa balik kampung.Kek buah di gemari oleh M.I.L kena taste agaknya sbb kek hanya manis2 buah jer..Alhamdulillah menepati selera ramai.
Kepada yg berminat untuk mencuba, jangan  malu, jangan segan silalah buat tempahan.Boleh pm saya di fb LiNa Pg atau pun boleh e-mail saya..email addrss ada kat side bar.
 Kek Buah Kukus Resepi LiNa Pg ni pernah tersiar dalam Majalah Era Muslimah
 Perfect....kek ni berkelakuan baik..naik cantik..penuh loyang..suka2
Moist kan??bila postage sampai ke tangan yg empunya..kek bertambah moist sbb dah perap 2 hari..Teringin???Cepat2 order..nak order raya pun boleh

Resepi Caramel CheeseCake

$
0
0
Assalamualaikum...
Agak lama jugak tak makan cis kek.Nisa dah lama dok request tp mama buat2 tak ingat jer.Ada yg nk kek karamel n cis kek, bila lyn tayang Caramel Cheese Cake terus cuba buat kiranya 2in1 la ni.Dapat memenuhi kemahuan anak2.Maisarah mmg peberet dia la kek ada cis camni.Seronok tengok dia makan..
Okeylah xmo bebel panjang, kite layan mata n semak resepi.
Memang sedappppp sangat Caramel Cheese Cake ni.
 disebabkan kejadian kek ni sangat sempurna di mataku, maka rajin la snap gmbr byk sket kikii.Jangan ada yg boring ya
 
 Karamel n cis kek mmg gandingan mantap

RESEPI CARAMEL CHEESECAKE

Bahan A (Gula Hangus)
  • 4 tbsp gula kaster (LiNa Pg gn 2sb gula pasir)
Bahan B (Puding Karamel)
  • 6 biji kuning telur
  • 200g susu cair  (LiNa Pg gn 1 cawan)
  • 70g air
  • 1 sk esen vanila
Bahan C 
  • 4 biji putih telur
  • 50g gula kaster
  • 1/4 tsp cream of tartar
Bahan D
  • 500g cream cheese
  • 150g gula kaster
  • 40g butter
  • 4 biji kuning telur
Cara-Cara:
  1. Masak gula dari bahan A dalam loyang 8 inci hingga keperang-perangan. Ketepikan.
  2. Satukan bahan2 B & gaul hingga sebati. Tuang sambil menapis kedalam loyang berisi karamel tadi. Ketepikan.
  3. Kemudian, pukul bahan2 C hingga pekat & bertanduk.
  4. Pukul bahan2 D kecuali kuning telur hingga lembut & licin, masukkan kuning telur satu persatu. Pukul lagi hingga sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan adunan putih telur (bahan C) yang dipukul kedalam adunan cheese (bahan D) tadi. Pukul sebati selama 1 min.LiNa Pg guna kaedah kaub balik dengan spatula jer
  6. Bakar guna water bath selama 1 1/2 jam pada suhu 160 C (LiNa Pg bakar suhu 150'C)
  7. Bila kek masak, rehatkan selama 1/2 jam baru terbalikkan. Sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam baru dihidangkan. Kek sedap dimakan sejuk.
Kek yg baru masak
 selepas diterbalikkan
Nota LiNa Pg:
Untuk rcp cis kek LiNa Pg menggunakan rcpINI

Tempahan Kek Karamel Dan Kek Karamel Coklat Moist

$
0
0
Alhamdulillah..
Rezeki di pagi Jumaat, tempahan dari kawan2 yg  berada di Balik Pulau.2 biji yg bertulisan Selamat Hari Ibu tempahan dari regular kastemer (Sangat regular) boleh dikatakan weekly order kek.Kalau tak order tu dia out station hahaaa...Terim kasih banyak2.Kali ni dia tulun pick up sekali untuk kawan2 yg berada di Balik Pulau....Terima kasih atas pertolongan itu...Sangat2 menghargai jasa baik sahabatku nan satu ini...
4 biji kek karamel rezeki hari ni Alhamdulillah...Untuk menempah boleh email or PM saya di fb LiNa Pg
Kek Karamel ni sangat fragile ..tak boleh di pos...Tempahan untuk Penang sahaja.

Tempahan Kek Buah (Postage), Kek Karamel

$
0
0
Assalamualaikum...
Alhamdulillah rezeki hari ni.2 biji kek buah order by postage....Terima kasih semua
 sebiji ke Kepong dan sebiji lagi ke Subang Jaya.
Kemarin punya order..Kek karamel sempena hari ibu.Ditempah oleh anak yg jauh di perantauan nunnn di Perth Australia sana untuk bonda yg berada di Sg.Ara..Malam td dia PM gtau kata bonda sangat hepi dapat kek yg sedap2.Alhamdulillah dapat menggembira kedua2 belah pihak
Hari Sabtu punya order..untuk besday dan selamat hari ibu...Terima kasih semua.

Teringin nak merasa jangan malu jangan segan sila hantar email.Boleh juga PM saya di fesbuk LiNa Pg

Resepi Asam Pedas (Perisa Tom Yam)

$
0
0
Assalamualaikum...
Sejak pandai buat asam pedas ni anak2 selalu minta buatkan bila menunya bukan ayam.Kebetulan cuti Wesak gi market byk lah stok ikan segar dibeli...Kali ni saya gunakan ikan tenggiri lak untuk buat asam pedas.Basic resepinya ialah Resepi asam pedas melaka yg memang sangat menepati citarasa.Cuma kali ni saya tambah kiub tom yam.Sebab aritu ada tengok dalam tv rancangan kuali terbalik angah raja lawak kata kalau nak rasa asam pedas ada kelainan letak pes tom yam dalam masakan asam pedas...so apa lagi harus lah dicuba kan?Kuat tul pengaruh tv dalam hidupku hahaaa..Nak tau apa kelainannya kenalah cuba sndiri.
Alahai comot2 lak mangkuk...kucar kacir lak tu...xpo lah..janjji nampak rupa asam pedas

RESEPI ASAM PEDAS (PERISA TOM YAM)
By : LiNa Pg

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan tenggiri

Bahan kisar:-

  • 3 biji bawang merah
  • 10 biji cili kering
  • 1/2 in halia
  • 1 sudu teh jintan manis (serbuk)
  • 1 sudu teh jintan putih (serbuk)
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih

Bahan tumis:-

  • 1/2 bawang besar-hiris
  • 1 sk halba
  •  1/4 sudu teh biji sawi
  • 1/4 sudu teh halba
  • 2 tangkai daun kari
  • air asam jawa secukupnya
  • air secukupnya
  • 1 biji tomato-potong2
  • 5 biji kacang bendi
  • 1 serai-diketuk
  • bunga kantan atau daun kesum secukupnya
  • minyak masak
  • garam dan gula jika suka
  • 2 kiub tom yam/pes tom yam

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis bahan bawang besar, daun kari, halba,biji sawi hingga wangi dan bawang besar sedikit layu.
  2. Masukkan bahan kisar, tumis lagi biar pecah minyak.
  3. masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
  4. masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.

Tempahan Kek Karamel Coklat Moist

$
0
0
Alhamdulillah...
Tempahan kek nan satu untuk hari ni.Kek Karamel Coklat Moist..Kastemer baru hasil dari feed back kawannya sempena hari ibu...Terima kasih.Sedap bagitau kawan, apa kekurang bagitau saya.So far,Alhamdulillah menepati citarasa semua..
Teringin nak merasa, sila inbox saya di fb atau boleh juga e-mail untuk tempahan.Contact no, saya bagi kemudian ok.Mulai Isnin depan Tempahan Raya untuk semua jenis kek (yg sy ambil order) boleh mula ditempah.Cepat2 inbox sebelum coata penuh.

Kek Gula Hangus

$
0
0
Assalamualaikum...
Kek yang jarang2 dapat order..lately sudah mendapat tempat di hati regular kastemer.Walaupun nak buat tu nampak simple tp tetap rasa cuak bukan apa takut tak bersarang jer..Dari segi rasa insyaaAllah rasa kek gula hangus memang menten akan tetap sedap...Kali ni kastemer req potong siap2..hurm apalgi ambil peluang la untuk QA checking tang  sarang tu..Alhamdulillah cantik bersarang.Tapi saiz straw vitagen la sarang tu kikiiiii..Takpolah janji hado sarang tu...Sesiapa yg nk order kek gula hangus, meh cepat order ngan cheq..nk pos pun boleh..tadak hal...kek ni lasak punya...Nak order raya pun boleh..
Saiz 9x9 in
Viewing all 1519 articles
Browse latest View live