Quantcast
Channel: TERATAK MUTIARA KASIH
Viewing all 1519 articles
Browse latest View live

Resepi Kek Minyak Senang Dan Sedap

$
0
0
Assalamualaikum...
Kek Minyak telah mencetus satu fenomena..tersebar meluas kat fb terutamanya dalam grop masakan...selalunya saya cuma tengok gambar sahaja, tak peduli pun dengan resepi kek ni.Bila baca resepi alahai senang sangat.SUdah menjadi kebiasaan saya, bila nk mencuba sesuatu resepi baru, saya akan gugel terlebih dahulu mencari resepi yg paling senang dan membuat perbandingan.Oh! rupanya resepi yg tersebar kat fb adalah bersumber dari MyResipi sebab resepinya adalah sama rupanya resepi dah ada dari tahun 2008 lagi.Dah lama rupanya.Memandangkan suma bahan memang ada, terus ON projek baking ni...Tak sampai satu jam kek dah ready...Pantas dan mudah...Hasilnya lembut dan gebu...
Saya CnP dari myR ajerlah senang citer hehe
Kek ni sedap dimakan time suam2..sejuk pun sedap..okey let's join us for tea time
 Meh close up...Gebu kan? 

RESEPI KEK MINYAK
Original : MyResipi
Sumber : LiNa Pg
Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)

  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus (LiNa Pg gn 1/2 cawan gula kastor)
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan susu pekat (LiNa Pg gn 3/4cawan)
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. Panaskan oven suhu 170'C
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  3. Lenser loyang kek berukuran dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
  4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  5. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  6. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  8. Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
  9. Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (LiNa Pg bakar suhu 165'C selama 50min api atas dan bawah)
  10. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

Konon nk wat paddle pop la ni hehe..Boring la asyik belang2 jer..

Resepi Asam Rebus Ikan Kembung Dan Tempahan Kek Karamel Coklat Moist

$
0
0
Assalamualaikum...
Sebenarnya ni adalah n3 basi..dah lama buat termiss lak nk buat n3...selalu kalau membaking dan post gambar kek kat fb, ramai la yg minta resepi kek, jadinya n3 kek potong Q.Selongkar dalam folder adalah gambar ikan ni...kalau tak silap buat asam rebus ni time hujan mencurah2 membasahi bumi Pulau Mutiara ni..la ni cuaca pun bertukar dengan panas lit2 hehee..
Okey jom kite semak resepi
walaupun simple, tp sedap ni hirup kuah sampai licin

RESEPI ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
Kongsi Bersama : LiNa Pg

Bahan-bahan:
3 keping ikan tenggiri (LiNa Pg gn ikan kembung)
600ml air
1 batang serai - dititik
2 keping asam gelugur
2 biji tomato - belah 2
7 biji kacang bendi - buang tangkai & ekor
garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
5 biji cili merah - buang biji
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit belacan

Cara:
1. Masukkan air di  dalam periuk. Masukkan semua bahan kisar, serai dan asam gelugur.
2. Biarkan  masak hingga mendidih.
3. Masukkan ikan tenggiri dan masak lagi selama 5 minit. Kemudian masukkan tomato.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Selit gak order kemarin.Sebiji ajer pon hihiiii
Kalau berminat nak rasa boleh order yea...

Tempahan Kek Minyak Dan Lain-Lain

$
0
0
Assalamualaikum...
Tempahan Pertama Dan Terakhir...
Hurmmm apa yg pertama dan apa yg terakhir?cam suspen jer...xmo amek order dah ke?Oh No..No..No
Pertama kali menerima tempahan kek minyak dan kek minyak ni juga merupakan tempahan terakhir yg saya buat untuk tahun 2013.Pas ni coti2 baking sat.Nanti tahun depan baru sambung semula...Oven dan selimut bungkus...mixer pun dah bersarung plastik heheee...tutup kedai sat.
Kepada sesiapa yg teringin nak merasa kek minyak ni jangan malu jangan segan, silalah hantar e-mail.Ada kat side bar tu.Kek ni merupakan kek termurah yg saya jual berbanding dengan kek2 lain...Kek ni simple jer tapi sedap untuk wat makan2 sambil layan hot tea....
 Kek Minyak ~1kg.Hari ni punya order...lom pick up lagi ni hehee
Kek Karamel Coklat Moist Dan Kek Buah (repeat order) last week punya..tuan punya yg sama..
pas kuar kukus..cam comey jer haha...snap gak la
Kek Karamel Dan Super Moist Chocolate Cake.Hari Ahad punya order...ari isnin pun ada order gak, kek karamel nan sebijik tp lupa snap kot

Tempahan Kek Karamel Edisi 2014

$
0
0
Assalamualaikum...
Lamanya ber'hibernate' banyak jgak n3 yg tercicir gara2 kemalasan hapdet.Blog ni kalau dibiarkan bersawang memang akan malas untuk menebas huhuu..
Walaupun blog TMK sepi tanpa n3 terbaru tapi unique visitor tetap mencecah 1000++ setiap hari.Terima kasih semua tidak jemu2 bertandang ke blog yg tak seberapa ni.

Agak lama juga saya memikirkan saya nk terus untuk mengambil tempahan kek atau tidak kerana harga barang2 bakery suma telah naik.Sedangkan harga kek masih sama.Akhirnya dapat penyelesaian...
Untuk tahun 2014 harga semua kek dinaikkan sedikit, bukan untuk cepat kaya atau nak untung lebih, tapi untuk menampung kenaikan harga barang..
Saya bukanlah seorang yg mementingkan keuntungan semata2.Sejajar dengan kenaikan harga kek, produk yg dihasilkan juga sangat berbaloi.Penampilan baru Kek Karamel dengan karamel yg lebih tebal..InsyaaAllah mampu menggamit pelanggan untuk terus menempah...kiranya win win situation rite..korang puas hati dengan kek (walaupun harga up sket) saya pun hepi dengan return heheheee..
Tergoda tak dengan penampilan baru kek karamel ni...kalau teringin untuk menikmati, jangan segan silu untuk e-mail kat saya okey....Tempahan secara rasminya dibuka selepas CNY ni..yg ini sudah ditempah oleh regular kastemer saya en.lawyer kite..walaupun tempahan secara official masih belum dibuka hehee
*********************
SELAMAT HARI LAHIR BUAT KEKANDAKU KAK ROSALIZA (23 JAN) SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR, MURAH REZEKI DAN BAHAGIA SELALU HENDAKNYA

Tempahan Red Velvet Cake Dan Kek Karamel

$
0
0
Assalamualaikum...
Syukur ya Allah atas rezekiMu...Alhamdulillah...Hari ni Tempahan Red Velvet Untuk Majlis Pertunangan.Jauh kek ni akan berjalan ke Terengganu.InsyaaAllah tiada apa2 masalah sebab merek sudah pun berpengalaman membawa RVC pulang ke kampung dengan jayanya heheee..Terima kasih sudi menempah...
Lagi tempahan kek karamel dari lawyers..tuan yg sama untuk kek karamel versi tebal n3 sebelum ni...terima kasih tidak jemu2 mengorder...
Versi keras tangan hanya ini yg mampu..hopedapat memuaskan hati
 Tempahan kemarin punya...semua kepunyaan lawyers
 Yg ni pun en.lawyer yg punya..Tempahan isnin lepas..pastu repeat order rabu pulak (kemarin)Post sebelum ni pun kek dia jugak...Terima kasih banyak2

Tempahan Kek Indulgence Cheese

$
0
0
Assalamualaikum...
Tahun baru ni tadak lagi n3 masak2, bukan tuan umah tak masak..tp masak menu yg ulang siar jer...resepi suma dah ada dalam ni.Tu yg malas nk snap gambar bagai...Hari nak tayang tempahan kek Indulgence yg ditempah oleh seorang kawan.Tempahan dibuat sedari bulan Nov tahun lepas lagi..advance betoi..sepaptutnta kek ni diambil hari ni (2/5/14), tapi mereka mempercepat majlis sehari awal.Jadinya depa minta kek ni disiapkan kemarin (4/2/14) Kelam kabut jugak la nk siapkan kek ni..Deko pun seadanya saja..
Elok jer siap terus dibawa pulang oleh tuan empunya..seb bail sempat snap jugak gambar..Tp maklum sajelah snap petang2 nk senja gambar kelabu asap la hasilnya.Tambah lak snap ngan enpon huhuu..
Simple as usual.Tuan punya kek ni kata...dia tak pentingkan deco...yg rasanya memang meletop...Dah dapat sms malam tadi, mereka sekeluarga sangat sukakan kek ni...
Kepada mereka yg mempunyai citarasa yg tinggi dan berminat nak tempat jangan malu, jangan segan..hantar e-mail kat saya (adrss ada kat sidebar)InsyaaAllah anda akan berpuas hati.Kek ni seberat ~2.6kg.Menggunakan kek coklat moist sebagai kek asas, dilapisi cream cis seakan aiskrim dan juga disulami mousse coklat yg enak...Sambil pejam mata suapan demi suapan...tak sedar piring sudah kosong.
Post mortem lebih kurang macam ni.(Ini kek besday my lalink last year..bukan kek yg atas tu..kek org mana leh potong hik2)

Resepi Labu Sira

$
0
0
Assalamualaikum...
Akhirnya dapat jugak wat n3 masak2 heheee...Labu sira ni makanan tradisional negeri kelate.Selalu time kenduri kendara akan ada dessert ni.Tapi manisnya tu ya ampun...memang melekat kat tekak huhuu..kena kaber minum air kosong bergelas2 huhuu..Walaupun manis tp saya tetap akan mengambil sepotong untuk merasa.Maklumlah masakan otai ni lain pesen sket sedapnya..
Resepi Labu Sira ni pernah saya masukkan dalam blog ni, cuma kali saya menggantikan gula perang n gula merah kepada nisan keret...saja 'test drive' nak compare mana yg lebih sedap...
Cara masak pulak saya menggunakan pemanggang ajaib.Ternyata labu lebih cepat empuk walaupun menggunakan api kecil.
Dua bahan utama yg berbeza menghasilkan keenakan yg berbeza.Nak tahu apa bezanya kenalah cuba sendiri.Tak suspen la kalau suma pun nk kena stori kan?? Tp dari segi warna gula nisan memberikan kaler yg sedikit gelap berbanding menggunakan gula perang n gula merah yg memberi impact golden brown yg cantikkk.
Kalau nak tengok Labu sira guna gula perang boleh tengok SINI
Sungguh menyelerakan nyumm..nyummm..
RESEPI LABU SIRA
By : LiNa Pg

Bahan-bahan:
  • 1/2 biji labu
  • 4 keping nisan keret/gula melaka (diracik halus)
  • 3 helai daun pandan
  • Air kapur
Cara-Cara:
  1. Labu dikupas kulit dan direndam ke dalam air kapur selama 1-2jam
  2. Cuci bersih dan toskan labu
  3. Susun labu ke dalam pemanggang ajaib dan taburkan nisan keret yg diracik halus.
  4. Letakkan daun pandan yang disiat-siat.
  5. Tutup periuk dan masak labu dengan api yang kecil hingga labu empuk.Jika menggunakan pemanggan ajaib labu empuk dalam ~30min
Note: Lina pg tidak meletakkan air dalam resepi ni sbb labu akan mengeluarkan air semasa proses memasak..Jika suka boleh letakkan 1-2 sb air selepas tabur gula
Nampak macam banyak jer gula nisan tu, tp kemanisan hanya manis2 buah jer

Resepi Ayam Tomato Dan Tempahan Kek Coklat Moist

$
0
0
Assalamualaikum...
Hari ni berkesempatan siapkan satu n3 masak2...lama jugak tak paparkan menu lauk...Biasanya lauk jenis ni ala2 ayam masak merah atau ayam ros biasanya digandingkan dengan nasi yg berperisa seperti Nasi Hujan Panas, Nasi Tomato atau apa2 sajalah.Tapi saya tidak begitu rajin hahaaa..cuma makan dengan nasi putih dan malam nanti boleh lah dinner lauk ayam tomato dengan cicah roti pulak..roti gardenia jerlah...
Mehlah takmo bebel panjang, terus ke resepi
Gambar kucar kacir sebab nak cepat....snap pun guna enpon jer

RESEPI AYAM TOMATO
By : LiNa Pg

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam ( potong 12 )
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 5 ulas bawang merah ( blend )
  • 3 ulas bawang putih ( blend )
  • 1 cm halia ( blend )
  • 1 labu bawang besar ( potong bulat - hiasan )
  • 4 sudu makan cili giling (boleh tambah/kurang)
  • 1 tin kecil tomato puri - 215g (kalau xde ganti ngan sos tomato)
  • 1 cawan santan pekat
  • Buah tomato (belah 4)
  • Sedikit gajus (LiNa Pg beli yg roasted)
  • Cili merah dan hijau (potong serong)
  • 1 sb gula
  • Minyak
  • Garam dan kunyit
  • Rempah 4 beradik 
  • Air 

Cara-Cara:

  1. Ayam dicuci bersih, toskan dan perasakan ayam dengan garam kunyit, goreng 2/3 masak dan ketepikan.
  2. Tumiskan rempah 4 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih,pelaga) hingga naik bau kemudian masukkan bahan kisar.
  3. Tumis hingga garing. Kemudian masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak
  4. Masukkan tomato puri/sos tomato dan kacau sebentar
  5. Masukkan santan pekat, garam dan gula. Masukkan ayam, gaul sebati
  6. Masukkan gajus, hirisan bawang besar, cili merah dan buah tomato. Sesuaikan rasa.Renehkan sebentar supaya kuah pekat.Tutup api
  7. Sedia dihidang
************************
T E M P A H A N       K E K     C O K L A T    M O I S T
Tempahan hari sabtu lepas...Terima kasih sudi menempah

Happy Anniversary

$
0
0
Assalamualaikum...
Hari ni merupakan hari istimewa bagi kami..dimana pada tanggal 11 Feb inilah kami telah disatukan menjadi suami isteri yang sah...Pelbagai onak duri telah dilalui semoga kebahagiaan ini kekal hingga ke Jannah.
Bersempena hari istimewa saya cube membuat sesuatu kek yg baru.Walaupun fizikal kek macam RVC tapi dalamannya bukan RVC..harap2 post mortem nanti tidak mengecewakan
Nak tau kek apa..tggu petang nanti bila suam dah berkumpul..
Deco seadanya...dah memang azali keras tangan

Resepi Kek Pelangi Sempena Anniversary

$
0
0
Assalamualaikum...
Ualngtahun Perkahwinan kali ni saya telah merajinkan diri membaking kek pelangi.Azab jugak la nak siapkan 6lapisan kek tu.Seb baik oben saya boleh bayang 2 loyang 9in sekaligus.Kalau bakar satu persatu adoyai..mau saya tertidur depan oben huhuuu..Walaupun pelbagai kejadian belakang tabir telah berlaku semasa pembikinan kek ni tapi hasilnya agak boleh tahan.Paling tak tahan ialah kaler pelangiku seumpama 'Pelangi Petang di musim kemarau' huhuuuu.Kaler tak berapa nak ceria lak...terutama pepel dan oren..Dah la kaler ijo kehabisan stok.hurmmm tak jadi la kaler epalngi macam kat sekolah tu yea..ni kira kek warna warna la hahaaaa..Takpa la janji ada kaler maler..Kek ni saya gandingkan dengan Cream Cheese Frosting.Bila makan dah jadi macam RVC la pulak..hurmmm enak tak terkata.
Agak lama juga saya study mengenai resepi kek rainbow ni, kebanyakan menggunakan resepi yg sama iaitu mengguna 5biji putih telur.Adeh abes yg kuning nk wat apa lak.Jadi saya olah sket guna suma sekali telur tu.Hasilnya sangat memberangsangkan.Kalau berminat bolehlah mencuba
Inilah hasil post mortem kek anniversary kami.Our life so kalerful hahaaa
RESEPI KEK PELANGI@RAINBOW CAKE
By : LiNa Pg

Bahan-Bahan Kek

  • 3 cawan Tepung Naik Sendiri (SRF)
  • 1 Cawan Gula Kastor
  • 1 Ketul Butter (250g) - suhu bilik
  • 5 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu segar @ susu cair
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 6 pewarna pilihan
Cara-Cara:

  1. Panaskan oven 180'C.Griskan loyang dengan butter, alas dengan kertas serap minyak kemudian ketepikan.
  2. Ayak tepung naik sendiri.Ketepikan
  3. Pukul butter  dan gula sampai kembang & putih. 
  4. Kemudian masukkan telur satu persatu dan terus pukul hingga kembang
  5. Masuk esen vanila.
  6. Masukkan tepung yg telah diayak tadi selang seli dengan susu segar/cair.Mula dengan tepung, susu dan akhir sekali tepung.Adun sebati
  7. Bahagikan kepada 6 bahagian.Letak pewarna kegemaran.
  8. Tuangkan ke dalam loyang (LiNa Pg guna loyang 9in hasil agak nipis sket)tp still kelihatan cantik
  9. Bakar selama hingga masak.LiNa Pg bakar selama 20min.Buat hingga habes 6 loyang.
  10. Setelah siap, sejukkan sebentar sebelum prose melapis
Rainbow kek sebelum bedah siasat



Bahan-bahan
  • 250g butter/shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah) Lina pg guna shortening
  • 125g krimwell 
  • 1 cawan gula icing
Cara-cara
  1. Pukul butter/shortening dengan krimwell hingga kembang.
  2. Ayak gula aising, masukkan ke dlm adunan, pukul lg hingga kembang dan putih. 
  3. Masukkan pewarna
TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masalah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa. 

Bahan-Bahan:
300-500 fresh cream

Cara-Cara:
Pukul hingga kaku, lepa ke atas kek

3) CREAM CHEESE FROSTING

A) RESEPI 1 CREAM CHEESE (Paling sedap)
Bahan-bahan 
250g cream cheese (pd suhu bilik)
250g Mascarpone cheese pada suhu bilik (boleh diganti dengan krim keju)
1 tsp asen vanilla
1 cawan (115 gm) gula aising, diayak
1 1/2 cawan (360 ml) whipping cream

Cara-cara :
Pukul krim keju bersama keju Mascarpone hingga smooth.
Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.


B) RESEPI 2 CREAM CHEESE
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar

Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

RESEPI 3
500 gm creamcheese
250 gm butter anchor
250 gm gule icing

Cara:
Putar hingga sebati

Resepi Mushroom Soup Sedap Dan Senang

$
0
0
Assalamualaikum...
Mushroom Soup ni saya buat time celebrate Anniversary aritu (kiranya n3 basi la ni ngeee)Disebabkan hari istimewa jatuh pada weekdays maka sambutan kat umah jer la..So, mushroom sup dijadikan sebagai appertizer, manakala main course ialah grill chicken with mushroom sauce..segalanya mushroom la... dessert lak kek kaler maler tu KEK PELANGI.Kami sekeluarga penuh selera melayan western..kenyang betoi.
Okey saya share resepi sup cendawan yang sangat mabeles ni.Kebetulan saya jemput adik2 saya datang ke rumah..makan ramai lagilah berselera...suma pun enjoy makan...Jom kite semak resepi yang sangat ringkas tapi rasanya sangat2 tip top...Saya boleh katakan jauh lebih sedap dari kat kedai femes ames tuh...Nak tau kelazatannya kenalah cube sendiri.
Memang sedap, kalau ada garlic bread pun sedap wat cicah ni.

RESEPI MUSHROOM SOUP
Sumber Rcp : MyR
By : LiNa Pg

Bahan-bahan 
  • 1 keping dada ayam (cincang halus)
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar (LiNa Pg gn 1 tin susu cair)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tin kecil cendawan butang (toskan air dan dadu kecil)
  • garam
  • secubit ajinomoto
  • 1 cawan tepung gandum (bancuh dengan air)
  • Sedikit oregano dan lada hitam (LiNa Pg tambah-rcp asal xde)
Cara-Cara
  1. Masukkan dada ayam yg telah dicincang halus ke dalam periuk, kemudian masukkan air.Rebus hingga ayam masak
  2. Masukkan susu dan kiub ayam, masak guna api yang perlahan, masukkan cendawan yg didadu kecil
  3. Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat
  4. .Masukkan sedikit oregani dan juga serbuk lada hitam (kasar). Sesuaikan rasa. Tambah garam dan perasa (jika perlu). Tutup api, sedia dihidang

Tempahan Kek Buah Kukus (Postage Dan Ceritanya)

$
0
0
Assalamualaikum...
Hari ni nak strori sket pasal Tempahan kek buah ni.Panjang betul behind the scene nya..Bukan pasal tempahan tp cerita pasal postage.Ceritanya bermula pada malam Jumaat lagi (kukus kek malam Jumaat sbb nk pos ari sabtu) Tuan empunya kek nk kek hari Ahad, Jd kena make sure sampai hari Ahad la.Dah siap bersauna selama 4jam..akhirnya kek masak dan hasilnya sangat cantik (pada mata saya la heeehee) Bila dah sejuk terus wrap dengan plastik...dan simpan dulu.Tak larat nk balut dalam kotak bagai dah sebab mengatuk sangat.Esok pagi (sabtu) terus sambung keje masuk kotak n packing untuk pos plak.Dah setel suma, terus siap2 nak pos kat Medan Suri (Pos Laju paling dekat ngan umah)Hajat hati nk pi lone ranjer jer sebab dekat.Sekali lalink tanya 'Nak Pi Sorang ke?'...aisey ayat macam nk teman jer tu...apa lagi...terus ajak lalink temankan 'Jom arrr' terus pi Pos Laju...sekali sampai sana ...TUTUP daaaaa..hish..kata tutup sabtu pertama jer..hampa dan keciwa sungguh rasanya.En.asben kata takpa la kite pi kat USM/Gelugor lak..Time ni dalam hati seb baik la lalink ikut sekali..kalau pi sorang kompom aku balik dah..kalau pi snediri kat Gelugor nuuu kompom sesat...siankan lama dok Penang pun tak reti nk drive jauh2 hahaaa.
Dari Medan Suri, terus gerak ke Gelugor, sampai sana dalam kol 11.05am...Alhamdulillah memang buka Post Office Gelugor tu.Poslaju pun tutup kol 5pm.Dalam ati ada rezeki.Boleh pos kek buah ni.
Bila masuk..tadak orang pun dalam tu..cepat la ni.Sekali pi kat kaunter..katanya kena tunggu hingga 11.30am sebab dia nak closing shipment yg kol 11am punya..Ada gak ke sistem macam ni kena tggu dia wat kije.Pas tambah pekerja tu lagi..kalau pos ari ni pun..Isnin baru depa wat shipment...Ish teruk betul.Patutnya last shipment kol 4pm.Suka suki jer wat cut pff sendiri..Terus blah dari situ...ha,pes tul service...Cadangan akhir dari lalnik...pos ajer la kat Kulim.Dah tentu buka dan esok (Ahad) kedah kan keje.
Ok cadangan yg sangat bernas.
Kami balik umah dulu  tunggu si sulung balik dari program sekolah merentas kampus USM.Sempat gak call Pos Laju Kulim tanya waktu operasi hingga kol brapa?Katanya hingga kol 5pm untuk last shipment.Alhamdulillah...sangat2 legaaaa..
Kol 12.30pm kami gerak ke Kulim, sampai sana dalam kol 1.15pm....Kek Buah selamat di pos..Alhamdulillah..walaupun pelbagai aral melintang pukang akhirnya selesai gak amanah orang...
Risau jugak takut tak sempat sampai hari ni (Ahad)
Baru sekejap tadi tuan empunya hantar sms, katanya kek dah selamat sampai....dan sedap katanya...
Alhamdulillah sms tu sangat2 melegakan saya...
Jarang2 sekali dapat tempahan untuk di pos.Jika berminat boleh contact saya.Harga postage mengikut kawasan
 Kek Buah pas masak
 Dah siap wrap...sangat moist..insyaaAllah sedap

Resepi Ayam Grill Mushroom Sos

$
0
0
Assalamualaikum...
Sejak kebelakangan ni kami sekeluarga suka sangat makan Western food time week end.Bukan apa bila wk end suka jenjalan cari makan untuk lunch tu.Selalu tempat merayau ialah supermarket.Boleh kata setiap mggu akan ke Tesco, Mydin, Giant....bila jumpa apa2 bahan mentah untuk buat western mesti akan beli punya..tak kiralah ikan salmon ke lamb ke macam2 lagi laa...Pastu mulalah mereka nak apa dengan bahan2 tu suma.Ni menu hari sabtu...malam tadi makan ikan salmon tp tak sempat nk snap gambar sebab kelam kabut nak siapkan tempahan RVC nan satu.
Selalu Grilled Chicken ni makan dengan black pepper sauce kan? Tapi rasanya bosan juga kalau asyik makan dengan sos yg sama.Apa kata beralih ke Mushroom sauce pulak.Rasanya memang sedap, sesuai untuk anak2 kecil yg tak boleh makan peda.Kalau nak pedas boleh letak sos cili time makan.Memang layan abess la.
Okey hari ni saya nak kongsikan satu resepi yg sangat sempoi tp sangat sedap pada tekak kami satu family...Hasil idea bernas en.asben.Katanya dia pernah makan kat satu kedai lebih kurang rasanya macam ni lah...Dah banyak kali buat ni tp baru terajin wat n3...Ekceli ni boleh juga dikatakan resepi orang malas sebab sangat simple dan sudah bahan 'sedia guna' ajer hahaaa..Semoga ianya dapat memberi ilham dan juga idea pd kwn2 yg dalam menyediakan hidangan untuk keluarga tersayang.
 Inilah dia hasilnya ayam grill wif mushroom sos...makan dengan french fries dan sedikit sayur.Complete set...Simple tp mengenyangkan
 
Tinggal pinggan mama ngan abah jer, anak2 sedang menikmati hidangan masing2
RESEPI AYAM GRILL MUSHROOM SOS
By : LiNa Pg
Bahan-Bahan (Ayam Grill)

  • 1 ekor ayam (potong 4) 
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar kicap manis 
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
  • 1cm halia(tumbuk kasar)
  • sedikit serbuk lada hitam kasar , oregano
  • Sedikit olive oil/minyak masak
Cara-cara

  1. Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.
  2. Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.Kalau nak kelar pun boleh juga.
  3. Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah.LiNa Pg guna 1 kiub ayam sebab ayam saiz besar.Kalau ayam kecil atau yg debond guna setengah jer (agak2 la)
  4. Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
  5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
  6. Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering
  7. Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam ayam...memang best
  8. Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus

 Panggan hingga masak.

RESEPI MUSHROOM SOS
Bahan-Bahan
  • Cendawan butang 
  • 1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
  • Sedikit kiub ayam (LiNa gn suku dr kiub jer)
  • 1 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1/2 tin air (guna tin prego tu)
  • Sedikit minyak
Cara-Cara
  1. Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.
  3. Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.
  4. Masukkan sos carbonara.Tambah air.
  5. Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat.Sesuaikan rasa.Tutup api

Bahan untuk sos...senang kan?

******************************************
T E M P A H A N   R V C
Hari ni punya...Terima kasih sudi order....deco seadanya jer kurang kreatif gitew..sepesen saje

Tempahan Kek Indulgence Cheese Chocolate Moist

$
0
0
Assalamualaikum...
Alhamdulillah rezeki di pagi Jumaat...tempahan kek indulgence cheese nan satu...walaupun cuma sebijik tapi tetap bersyukur atas rezeki...Kek ni ditempah oleh BFF saya untuk bujang sulung dan niece dia..Selamat Hari Lahir buat kedua2 sepupu ni...semoga membesar menjadi anak yg soleh dan berjaya di dunia akhirat..buat Aiman dan juga Fatin..
Kepada sesiapa yg ingin merasa kek ni, silalah contact saya melalui e-mail kat side bar..nanti saya akan berikan no hp untuk urusan selanjutnya..just buzz dulu thru e-mail okey..
 
Kek seberat ~3kg.Semoga berpuas hati...terima kasih sudi menempah

Resepi Sarapan Ringkas Egg Benedict Dan Tomato Salad

$
0
0
Assalamualaikum..
Apa khabar semua?Hari ni saya nak kongsikan resepi sarapan yang cukup ringkas tapi mengenyangkan.Dah banyak kali sangat ulang siar, tapi tetap nak tepek gambar gak hahaaa..resepi egg benedict tu memang sama jer, langsung tak mendurhaka.Cuma kali ni saya gandingkan dengan tomato salad.Lagi mabeles rasanya.Sebelum saya kawenkan mereka berdua bersama tomato salsa yang tak kurang hebat rasanya.Kali ni saya berjaya memikat selera anak2 untuk makan salad tu hahaaaa.Sebelum kalau tomato salsa..takmo..masam katanya..Macam2 betul karenah anak2 ni.Bila sebut anak2 (dua jer kan?)maknanya yg paling kecik dan sangat cerewet tu langsung tak makan la...hanya koktel jer yg dia ambil...aduyai maisarah...
Hampir setahun lebih tak makan egg benedict ni gara2 oben kecil saya rosak.Malas rasanya nk guna oben besar semata2 untuk baked 4 ketoi roti ni huhuuu..Sekarang sudah ada pengganti, bolehlah buat selalu..bekfas express ni.
Simple, lazat dan berkhasiat
saya suka makan yg versi camni...salad masuk dalam roti..nyumm..
1 plate macam ni pun kenyang sampai tengahari.
 Pas kuar oben...panas..panas...beri laluan...

RESEPI EGG BENEDICT
Sumber : LiNa Pg

Bahan-bahan
  • 4 biji telur
  • 4 keping roti putih - dibuang tepinya
  • lada hitam - freshly cracked 
  • sedikit lada sulah (linapg tambah rcp asal xde)
  • Sedikit butter atau majerin
  • Garam 
  • sedikit oregano
Cara-cara
  1. Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.LiNa Pg guna remekin
  2. Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
  3. Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam,lada sulah, oregano. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
  4. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit (LiNa Pg bakar selamat 15min - suhu 150'C)
RESEPI TOMATO SALAD.
By : LiNa Pg

Bahan-bahan
  • 4 biji tomato ceri - potong dadu
  • 1 ulas bawang merah - hiris nipis
  • 1/2 biji capsicum (LiNa Pg gn cili hijau jer) hiris nipis
  • Daun ketumbar - cincang
  • Jus lemon/limau nipis/limau kasturi (LiNa Pg guna 2 biji limau kasturi)
  • Garam
  • Black pepper
  • Oregano - optional
  • 1 sb sos salad/mayonis
Cara-cara 
Campurkan semua bahan. Sesuaikan rasa.Hidangkan bersama Egg Benedict. 

Resepi Nasi Daging Berempah

$
0
0
Assalamualaikum...
Menu Nasi Daging ni amat popular di utara Tanah Air.Selalu Nasi Daging digandingkan dengan air asam dan juga sup.Ada jugak yg makan dengan air asam jer sebab dalam nasi tu dah ada lauk.Hurmm daya ni orang Penang celup jadi Nasi Daging Berempah ni saya makan dengan Daging Palembang.Memang sangat2 sedap.Pastu buat sedikit salad timun dan tomato ceri.Kalau buat acar mentah, anak2 tak makan lak.Bila buat salad timun dan tomato letak dressing salad ni laju lak depa ceduk.Apa2 lah anak2 ooi...Paling best sekali bila dak Maisarah makan bertambah2.Ooo..nasi ni kena ngan selera dia.Kalau buat Nasi Beriani tu tak berapa makan lak..
Kalau makan camni pun dah sedap..cukup rasa..lauk pun ada kat dalam ni..
RESEPI NASI DAGING BEREMPAH
By : LiNa Pg
Bahan - Bahan A (Nasi)
  • 5 cawan beras basmati 
  • 6 cawan air rebusan daging
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sb mentega
  • 1 paket rempah sup serbuk (jadikan pes)
  • 1 labu bawang besar (cincang halus)
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 kiub ayam
  • Rempah 4 beradik.
  • Kismis, gajus, daun pudina
Bahan-Bahan B (Air rebusan daging)
  • 300g daging pejal (potong nipis)
  • 1 sup bunjut
  • 2 helai daun bay (kalau tadak pun xpe)
  • Rempah 4 beradik
  • 1 labu bawang besar (potong 4)
  • 6 cawan air
  • 1 kiun ayam
  • Minyak
Cara-Cara ( Air Rebusan)
  1. Panas sedikit minyak, tumiskan rempah 4 beradik dan juga bawang besar hingga naik bau.
  2. Masukkan hirisan daging, kacau sebentar hingga daging kecut.
  3. Tambah air, kemudian masukkan daun bay dan juga kiub ayam.
  4. Masak hingga daging empuk.(Tambah air jika perlu)
Cara-Cara (Nasi Daging)
  1. Cairkan butter dalam periuk, tumis rempah 4 beradik dan juga bawang besar yg dicincang halus.Tumis hingga naik bau
  2. Masukkan pes rempah sup, tumis hingga pecah minyak.Masukkan daging yg telah direbus empuk.Gaul sebentar ke dalam rempah.
  3. Masukkan beras basmati, gaul sebati dengan rempah masak sekejap hingga beras nampak putih (al dente).
  4. Tambah air rebusan daging (6cawan) kalau tak cukup air rebusan tambah dengan air panas jer.
  5. Masukkan susu cair, daun pandan simpul dan juga kiub ayam, masukkan sedikit kismis dan juga gajus (simpan sket untuk hiasan).Kacau sekali sekala supaya nasi tidak hangit/berkerak tp jangan terlalu kacau nasi akan patah.
  6. Bila nasi kering, kecilkan api.Masak nasi seperti biasa.Bila nasi masak, tutup api.
  7. Gembur2kan nasi menggunakan garfu.Taburkan daun pudina, kismis dan gajus
 LiNa Pg guna beras ni untuk masak nasi daging
Nasi dah masak..cantik jer langsung tak patah.LiNa Pg guna dapur gas jer.

Resepi Daging Palembang Sedap

$
0
0
Assalamualaikum...
Resepi Daging Palembang sangat femes seantero maya, cuma saya yg agak ketinggalan baru saja berkesempatan mencuba...menyesal pulak lambat menerai resepi yg senang tp hasilnya sangat mabeles..Kepada kawan2 yang pernah makan Daging Masak Hitam rasa Daging Palembang lebih kurang macam tu la.Cuma tak letak rempah kari jer dalam bahan.Daging Palembang ni saya makan bersama dengan Nasi Daging Berempah memang sangat serasi bersama. Okey tanpa membuang masa, jom kite semak resepi.
Terbukti sedap..tak rugi mencuba...makan ngan nasi putih pun sedap.

RESEPI DAGING PALEMBANG
Original : Kak Maria
Sumber Cuci Mata : Kak Amie, Kak MadihaA
Sumber : LiNa Pg

Bahan-bahan:
  • 700 gram daging - potong lebar dan nipis
  • 2 batang serai - dititik
  • 500ml santan pekat (boleh gantikan dengan kerisik)-LiNa Pg gn 40g kerisik
  • 1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)-LiNa Pg letak 1/2cwn jer
  • 1sb sos tiram
  • minyak
Bahan kisar:
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 15 biji cili kering (LiNa Pg guna 2sb cili giling)
Note : LiNa Pg blend bahan lain kemudian campur dengan cili giling

Rempah Penumis:
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
Cara:
  1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
  3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.(Cara LiNa Pg: Masukkan kerisik, biarkan daging hampir empuk baru masukkan kicap dan juga sos tiram)
  4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Sesuaikan rasa.

Resepi Ayam Shosha

$
0
0
Assalamualaikum...
Buat n3 cepat2 sebab banyak keje menanti.Ayam Shosha ni saya buat lauk sampingan Nasi Daging aritu.Jangan ditanya nape namanya begitu rupa...Walau apapun nama resepi ni, tapi ianya sangat sedap.Walaupun rupa paras seperti ayam masak merah, ayam rose atau pun ayam tomato tp aroma dan rasanya sangat berlainan....nak tau camana rasanya kenalah cuba sendiri..
Ayam ni memang pesen tak berkuah..kering tapi sedap..anak2 siap sapu ngan nasi lagi belen2 yg lekat kat pinggan lauk.
RESEPI AYAM SHOSHA
Original : Chef Asma Laily
Sumber Cuci Mata: Rohaisa
Sumber : LiNa Pg

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam -  potong 12 (Perasakan garam kunyit, goreng 1/2 msk.Ketepikan)
  • 5 cm kayu manis
  • 5 biji pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 sudu makan lada kering
  • 2.5 cm halia*
  • 5 biji bawang putih*
  • 10 biji bawang merah* (*kisar halus)
  • 1/2 sudu teh kunyit serbuk
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 1/2 cawan tomato sos
  • 1/2 cawan hirisan daun pudina
  • 1/2 cawan hirisan daun ketumbar (LiNa Pg xletak tadak stok)
  • Sedikit madu atau gula pasir (LiNa Pg guna madu)
  • 2 biji tomato, setiap satu dibelah 4
  • 1/2 kg bawang kecil, dijadikan bawang goreng (LiNa Pg gn 10ulas bwg-buat bwg goreng)
  • 1/2 cawan kismis  digoreng dan ketepikan (LiNa Pg guna sultana)
  • 1/2 cawan gajus digoreng dan ketepikan
  • 2 sb serbuk badam (LiNa Pg tambah-rcp asal xde)
  • 1 biji tomato  dihiris untuk hiasan
  • Sedikit kacang peas untuk tabur
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam 2 perasa secukupnya
Cara
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan bunga cengkih hingga wangi.Masukkan lada kisar dan tumis lagi hingga cantik.
  2. Masukkan bahan kisar, dan tumis garing.Barulah dimasukkan serbuk kunyit.Kacau rata.Masukkan pula tomato puree dan tomato sos, balik-balikkan.Tabur 3/4 bahagian daun pudina dan ketumbar, tinggalkan 1/4 untuk hiasan.Tuangkan sedikit air.LiNa pg masukkan serbuk badam
  3. Masukkan hirisan tomato, madu atau gula dan sedikit garam.Renihkan dengan api kecil sehingga pekat.
  4. Jika terlalu pekat, tuang sedikit air.Masukkan kismis goreng, gaul rata.Masukkan bawang goreng.Barulah dimasukkan kepingan ayam goreng.Gaul supaya ayam dan rempah sebati.
  5. Renehkan lagi sehingga ayam empuk, lembut dan meresap.Akhir sekali masukkan gajus goreng.Gaul sampai rata.
  6. Semasa menghidang, taburkan hirisan daun pudina/ daun ketumbar, hirisan tomato dan kacang peas.Enak disajikan dengan nasi minyak mahupun nasi beriani.Sebaik-baiknya masak hari ini dan hidangkan pada keesokan hari.

Tempahan Kek Red Velvet

$
0
0
Assalamualaikum...
Tempahan hari ni nan satu hahaa...sebijik pun wat iklan gak...Terima kasih sudi order dan order lagi...
Entri masak2 menyusul kemudian (kalau rajin).Kalau tak rajin tunggu minggu depan jer la..
Kek ni 'berkelakuan baik' heheee...masak ngan cantik dan senang lak nk deko...Ada yang teringin nak merasa???Cepat kontak saya melalui e-mail (ding dong dulu) nanti saya bg no hp...Urusan seterus dah boleh buat melalui sms/cl/wassap jer..Saja takmo letak no hp..kang ramai yg nk berkenalan hahaaaa..

Resepi Daging Black Pepper Dan Tempahan Kek Karamel

$
0
0
Assalamualaikum...
Dah lama tak makan daging black pepper ni..akhirnya dapat juga makan.Jarang2 beli daging sebenarnya sebab anak2 lebih suka makan ayam.Bila masak daging palembang aritu ada sedikit lebihan daging pejal saya simpan untuk buat daging black pepper ni.Alhamdulillah sedap.Memula nk buat ikut resepi kak amie tapi memandangkan banyak sangat bahan yg tak cukup, takmo la menderhaka.Jd saya gunakan rcp DJ..
Hitam2 sitampok manggis, sungguh hitam tapi sedap hahaaa
RESEPI DAGING BLACK PEPPER
Original : DJ
Sumber : LiNa Pg

bahan-bahan :
200 g daging (direbus dan dihiris nipis)
1 sb lada hitam (tumbuk kasar)
3 sb sos lada hitam
1 sb kicap pekat
1 labu bawang besar (dimayang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 cm halia (dicincang)
5-6 biji cili api (diketuk)
sedikit kicap manis
hirisan kapsikum secukupnya (LiNa Pg gn cili hijau)
sedikit perahan jus lemon
sedikit hirisan daun sup

Car-cara :
Perapkan daging bersama sos lada hitam dan kicap pekat selama 30 minit.
Tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga wangi. Kemudian masukkan cili padi. Kacau lagi.
Masukkan daging yang sudah diperap tadi dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.
Masukkan kicap manis dan daun sup. (boleh bubuh garam jika perlu).
Masukkan kapsikum dan perahan jus lemon. Sebatikan.
Setelah masak, bolehlah dihidangkan dengan nasi panas. Sangat sedap!

***************************
TEMPAHAN KEK KARAMEL
Terima kasih sudi order lagi dan lagi..
Viewing all 1519 articles
Browse latest View live