Assalamualaikum...
Dah start wat kukis ke kawan2?Sy baru nk warm up ni, cam biasalah mestilah wat sekut yang anak2 suka..hurm apa lagi kalau bukan samperit/Biskut Dahlia ni..Jangan bergaduh lak kata ni Samperit..ni Biskut Dahlia.Sebenarnya adunannya sama jer, yg membezakan ialah bentuk sama ada seperti bunga dahlia atau dibuat panjang2 tuh..
Saya masih lagi mengekalkan resepi CMG.Rasanya dari awal celik IT ni, sy guna resepi ni..Kiranya menu wajib 2x setahun.Raya Posa dan Raya Haji,mesti buat ni..yang dah buat ni pun dah nk abes dah..nmpak gayanya nk raya kena wat lagi (itupun kalau sempat la..)Walaupun dah banyak kali buat sy tepek gak rcp kat sini supaya senang kawan2 nk refer.Kalau nk tengok versi yg terdahulu boleh klik SINIdan SINUN
Bahan-Bahan: (anggaran 120biji)
CARA MEMBUATNYA :-)

Yang ni snap terus atas redai...lom sejuk lagi..maaf yea gambar dari enpon jer ni..bukan apa..kang masuk balang suma..sayang pun kalau tak ambil picas
Cantik kelopak bunga ni
RESEPI BISKUT DAHLIA/SAMPERIT
Sumber :CMG
Sumber : LiNa Pg
- 300 g mentega
- 160 g gula aising
- 2 kuning telur (LiNa Pg gn gred A)
- 1 camca teh esen vanilla
- 240 g tepung gandum*
- 100 g tepung jagung*
- 160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
- Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
- Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.(Linapg gn kaedah kaub balik gn spatula sj)
- Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit (LiNa Pg bako suhu 165'C selama 15-20min, gn api atas dan bawah supaya biskut masak sekata)
- Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Note:
Kali ini LiNa Pg hanya menggunakan spatula sahaja, gaul mentega dan gula hingga sebati, kemudian masukkan telur dan esen-gaul lagi, kemudian masukkan tepun sedikit demi sedikit kaedah kaub balik
Sebahagian tempahan biskut Dahlia yg berjaya disiapkan huhu..Nanti ada kerajinan kite sambung sket lagi..Hadoi nak pitam gak nk siapkan yg ni pun..seb baik tak amek banyak sangat order..