Assalamualaikum...
Salam siaran...entry 3in1 ari ni, kiranya wat sekali harung namanya hehehe.Senang citer, xyah type banyak2 kih2.Ok memula pemanis mulut dulu, Kuih Lompat tikam (dezet mggu lepas lagi ni) asyik tertunggak jer n3 nk wat camana asyik bz jer.Bz ngan apa pun tak tau lah.Kuih Lompat Tikam ni sangat popular di Kelantan.Kalau orang Kelantan mesti pernah merasa kuih ni sangat sedap lemak manis gitew.Kalau teringin mencuba, silakan..
Salam siaran...entry 3in1 ari ni, kiranya wat sekali harung namanya hehehe.Senang citer, xyah type banyak2 kih2.Ok memula pemanis mulut dulu, Kuih Lompat tikam (dezet mggu lepas lagi ni) asyik tertunggak jer n3 nk wat camana asyik bz jer.Bz ngan apa pun tak tau lah.Kuih Lompat Tikam ni sangat popular di Kelantan.Kalau orang Kelantan mesti pernah merasa kuih ni sangat sedap lemak manis gitew.Kalau teringin mencuba, silakan..
Kali ni wat versi dalam cup ni senang nk makan..
RESEPI LOMPAT TIKAM
Sumber : Embun Rosaliza , LiNa Pg
Lapisan Hijau
- 1 cawan tepung beras
- 3 cawan air
- Sedikit pewarna hijau
- 1 Sudu besar air kapur
CARA2
- Satukan kesemua bahan2 diatas tapiskan kedalam kuali.
- Dengan menggunakan api yg sederhana kacau sehingga pekat dan berkilat.
- Sejukkan di dalam loyang.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Lapisan Putih
- 3 cawan santan
- 1/2 cawan tepung beras
- sedikit garam
CARA2:
- Satukan kesemua bahan diatas.
- Kacau diatas api yg sederhana sehingga kuah agak pekat
- Rasakan untuk mendapat rasa lemak2 gitu
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Pulut
- 1 cawan pulut
- sedikit pewarna merah
- sedikit garam
- 1 cawan santan ( anggaran )
CARA2:
- Masak seperti memasak nasi...Sukatan santan sepatutnya lebih sedikit dari pulut
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Kuah Nisan
- 3 keping nisan / gula melaka
- 1 cawan air
- Daun pandan simpul
CARA:
- Masak sehingga agak pekat sedikit
**********************************************************************
22 hb Julai merupakan Hari Kelahiran my lil princess, Wan Nurkhalisha Maisarah yg ke-3.Semoga anak mama ini diberikan kesihatan, panjang umur,dan membesar menjadi anak yang soleh berjaya di dunia dan akhirat.
Inilah buah hati, pengarang jantung mama dan abah (baju peberet ni, selalu baju ni yg masuk kumira hehe)
**************************************************************
TEMPAHAN KEK BUAH KUKUS (Buat iklan sket)
Alhamdulillah..bulan posa ni pun dapat tempahan kek juga, kek ni telah slamat dipos oleh my laling pagi tadi.Jauh jugak berjalan kek buah ni...aritu telah ke Selatan Tanah Air iaitu Melaka, kali ini akan ke Selangor pulak.Kepada sesiapa yang ingin mencuba kek buah kukus ni, boleh lah email kepada saya.InsyaAllah saya akan uruskan penghantaran (tp kena caj lah kos pos laju tu).Untuk makluman Tempahan Kek Hari Raya telah tutup yea...kalau nk awal boleh jer..Cuma tarikh 3,4,5, dan 6hbOgos dah penuh..
Kek Buah dikukus selama 4jam.InsyaAllah akan tahan selama sebulan (Jika disimpan dengan baik dlm bekas kedap udara)
Fresh from my oven steamer (kukus wei) terus ke rumah anda hehehe..harap2 parcel dan kek buah ni sampai dengan selamatnya...












