Assalamualaikum...
Menu Western lagik...cuti2 sekolah ni ikutkan ajer selera anak2...mama ngan abah pun suka gak...tapi kesian lak si kecil masih tak pandai makan menu yang macam ni...Maisarah cuma makan fries jer.Sian lak, seb baik dah suapkan dia ngan mi goreng..Kenyang la jugak.
Selalunya Chicken Chop yang pesen goreng tu kan?Tapi bila tanya 'ahli majlis' suma kata nk yang bakar/grill.Tambah lak my laling tu lagilah tak mau kalau bergoreng.Masih berusaha untuk menguruskan badan dan menjaga kesihatan.Ok senang citer...grill ajer sumanya.Resepi ni lebih kurang cam Lamb ChopΒ tu jugak, tp saya tak gunakan herba omputih.Jer simple marinate jer...Tapi tetap sedap
Ops..kalau korang tak reti nk debone sendiri, silalah buat muka paling manis dan berkata 'abang boleh tolong buat tulang untuk wat chicken chop'...hah..kompom abang yang jual ayam kata..BOLEH..bukan boleh blah yea hehe..

Kali wat dua carbo...mashed potato dan frech fries...dak sarah keje dok kutip fries tu jer la..sayur mayur hanya mak bapak ajer yg makan...
RESEPI GRILL CHICKEN CHOP
Bahan - Bahan:
- 4 keping whole leg (debone)
- 1/2 kiub ayam
- 2 sudu besar sos tiramΒ
- 2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee)
- 3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
- 1cm halia(tumbuk kasar)
- Lada hitam, lada sulah
- Sedikit olive oil
- Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel
- Cucuk sedikit bahagian yg ada isi dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.
- Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah
- Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
- Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
- Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
- Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
- Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus
MASHED POTATO
By lina pg
Bahan-Bahan:
By lina pg
Bahan-Bahan:
- 3 biji kentang besar (~1kg)
- 2 sudu besar mentega
- 1/4 cawan susu segarΒ
- Serbuk Lada hitam kasar (jika suka)
- Kupaskan kentang dan dadu kecil (supaya cepat embuk dan mempercepat proses lenyek)
- Rebus kentang sehingga empuk (lina pg masukkan 1 sudu kecil garam semasa merebus kentang)Β
- Bila empuk, toskan air.Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panasΒ
- Masukkan susu segar (sedikit demi sedikit) dan mentega. Gaul rata.Β
- Sesuaikan rasa (tambah garam (jika tak cukup masin, lada sulah dan lada hitam)Β
SOS BLACK PEPPERΒ
By lina pg
Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih)

Sedikit oregano
2 sb mentega
Cara-Cara:
2 sb mentega
Cara-Cara:
- Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
- Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
- Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
- Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
- Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.Masukkan oregano.Renehkan sebentar
- Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.