Assalamualaikum...
Ketam lagi?Kali ni bukan masak2 tapi nak kongsikan petua untuk mematikan ketam yang masih segar bugar.Sebelum tu mesti ada yang bertanya boleh ke makan ketam nipah ni.Bukan hidup dua alam ke sebab tak mati2 pun kat atas daratan...Sebenarnya ketam nipah bukan dari spesis dua alam.Ia cuma boleh tahan di daratan untuk 2-3 hari sahaja.Iaitu selagi insangnya menyimpan air laut.Bila air dalam insangnya kering ia akan mati.Bukan seperti haiwan dua alam yang lain macam katak bagai tu yg boleh hidup selama2nya atas daratan.Itupun kalau tak kena lanyak ngan lori kih2.
Saya CnP tentang hukum makan ketam nipah kat sini.Sumber asal bleh klik kat SINI
Ni pulak pendapat Ustaz Azhar Idrus.Tengok SINI
Ketam Nipah Di Malaysia
Soalan
SAlam...Saya ada mendengar seorang ustaz nie dia menyatakan bahawa ketam nipah di Malaysia tidak boleh dimakan kerana ketam tersebut kuat dikedua2 alam...Dan ketam nipah di India dan Pakistan boleh di makan kerana kuat di laut sahaja....Mohon penjelasan
Jawapan
Waalaikumussalam wrt. wbt
Terima kasih kerana menghubungi Jakim untuk kemusykilan agama.Ketam Nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang.
Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut.Kehidupan ketam Nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang 2 atau 3 hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati.Oleh itu dari segi hukum Ketam Nipah adalah binatang yang boleh dimakan.

Bagi sifu masak2 suma yang dah taw petua ni sila abaikan n3 ni.Saya kongsikan dengan yang tak taw ajer sebab saya sendiri pun baru taw kih2
Ekceli petua ni hasil gugel di alam maya.Ada gak petua yang menyiram ngan air panas...haish..kang masak lak ketam tu huhu.
Okey sumber asal saya tengok kat SINI.Terima kasih banyak2..izinkan saya share ngan kwn2 yang lain pulak
terbalikkan ketam, kat bahagian bawah perut tu ada cam bentuk triangle..cucuk ngan menda tajam cam lidi satay, jarum atau apa2 la.Jangan besar sangat kang rosaklak isi ketam tuh.Cucuk kat area tu seperti dalam gambar.InsyaAllah ketam akan mati dengan perlahan2.Maybe dalam 10sec.