Assalamualaikum...
Sedar tak sedar, Ramadhan hampir meninggalkan kita.Syawal bakal menjelang tak lama lagi.Bagaimana persediaan menyambut Syawal?Dah ready ke suma?Dah stat mnegukis ke?Saya baru warm up je ni.Ekceli projek ngukis ni time cuti Nuzul al-Quran hari Rabu lepas.Geram sungguh tengok biskut kaknor yang montot dan nampak sangat rangup.Memandangkan resepinya gak senang, godek2 gaklah wat biskut ni.Hasilnya memang sedap..tak tau sempat beraya ke tak biskut ni, memandangkan hampir separuh sudah dingap anak2 n my laling.Takpelah lagi seronok kalau suma suka.Terima kasih kaknor atas resepi dan tips yang diberikan.Izinkan saya kongsikan kat sini pula ya..
hasilnya tidaklah sejelita sifu nor buat,tapi bagi amatur macam saya ni sudah cukup berpuas hati hehehe
BISKUT COKLAT CHIPS
by: sifu nor secubit garam
by: sifu nor secubit garam
sharing: http://linapg.blogspot.com/
Bahan-bahan
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum (linapg gn tepung rose)
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum (linapg gn tepung rose)
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang
1/2 sk emplex (linapg tambah)
Cara-cara
- Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate,garam dan emplex. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap (bakar dlm oven kejap pun boleh), tp jgn sampai hangus.
- Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
- Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
- Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
- Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ...






