Quantcast
Channel: TERATAK MUTIARA KASIH
Viewing all 1519 articles
Browse latest View live

Resepi Ayam Ros/Ayam Masak Ros

$
0
0
Assalamualaikum...
Kembali bersiaran, walaupun agak kemalasan untuk hapdet.Hurmmm camnilah jadinya bila agak lama dok lemau huhu.Sudah terbiasa dok biar blog bersawang mulalah kemalasan bermaharajalela..
Hari ni ada sketttt kerajinan untuk hapdet.
Ayam Ros/Ayam masak rose ni saya buat untuk dinner malam tadi.Ekceli pestaim saya buat resepi.Selalunya kalau makan kenduri kat jer.Ayam Masak merah dan ayam ros kedua2 menu lebih kurang sama jer.Cum ayam rose ada menggunakan sedikit santan dalam resepi.Bila kenduri ada yg sedap dan ada yg tidak menepati citarasa sebab setengah katering tidak menggoreng ayam terlebih dahulu, jadi rasanya kureng lah (pd tekak saya).Bila masak sendiri ni bolehlah dibuat ikut selera kita.Kali ni kena ngan selera kami sekeluarga.Alhamdulillah anak2 pun suka sebab tak berapa pedas.Kepada yang berminat bolehlah mencuba.
Pic ni snap ngan enpon jer...xpolah janji hado gambar yo huhu..

RESEPI AYAM ROS/AYAM MASAK ROS
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam ( potong 12 )
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 5 ulas bawang merah ( blend )
  • 3 ulas bawang putih ( blend )
  • 1 cm halia ( blend )
  • 1 cm lengkuas (blend)
  • 1 labu bawang besar ( potong bulat - hiasan )
  • 2 batang serai ( ketuk )
  • 2 helai daun pandan simpul
  • 3-4 sudu makan cili giling (boleh tambah/kurang)
  • 3-4 sudu makan tomato puri (kalau xde ganti ngan sos tomato)
  • 200ml santan pekat
  • Buah tomato (belah 4)
  • Sedikit gajus (LiNa Pg beli yg roasted)
  • Daun Ketumbar (dlm gambar daun sup huhu)
  • Cili merah (hiris)
  • Sedikit gula melaka (LiNa Pg gn ~1cm) boleh gantikan dengan gula/perasa
  • Minyak
  • Garam dan kunyit
  • Rempah 4 beradik 
  • Air 

Cara-Cara:

  1. Ayam dicuci bersih, toskan dan perasakan ayam dengan garam kunyit, goreng 2/3 masak dan ketepikan.
  2. Tumiskan rempah 4 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih,pelaga), serai, daun pandan dan bahan blend hingga garing.
  3. Masukkan cili giling dan gula melaka tumis lagi hingga pecah minyak 
  4. Masukkan tomato puri/sos tomato dan kacau sebentar
  5. Masukkan ayam dan gaul sebati.
  6. Masukkan santan pekat, kacau lagi.Tambah ait jika suka berkuah
  7. Sesuaikan rasa (tambah garam/gula -jika perlu)
  8. Masukkan gajus, hirisan bawang besar, cili merah dan ketumbar.Kacau sekejap.Tutup api
  9. Tadaaa...dah siap ayam rose yang sedap.

Kerabu Epal Hijau Dan Tempahan Red Velvet Cake

$
0
0
Assalamualaikum
Dekat seminggu menyepikan diri, bukanlah kebizian sangat...tapi disebabkan masalah teknikal pada modem umah kami ni.Hurmm..intermitten la pulok huhu...Geram betul...Kejap ok kejap padam.Tanda2 nk kena ganti baru.Hari ni pas reset semua..ok pulak menyala semua lampu L.E.D, cepat2 wat n3 sebelum connection error.
N3 ringkas saja dan juga menu ulang tayang.Takpo lah janji hado kan.Ekceli Kerabu Epal Hijau ni saya buat bersama dengan Ayam Rose dan Gulai Kawah.Tapi Gulai kawah tak snap picas pun
Saya kerabu epal ni..rasa masam manis tu..sekarang asyik buat kerabu ni jer..kalau dulu suka makan acar mentah

RESEPI KERABU EPAL HIJAU 
by kak hanieliza
sumber: kaknor@secubit garam
sharing : http://linapg.blogspot.com

Bahan-Bahan
  • 2 bj epal hijau (linapg gn Granny Smith)
  • 1/2 btg lobak merah 
  • 1 biji tomato (linapg tambah rcp asal tadak)
  • 2 bj cili merah (1 biji)
  • 2 bj cili hijau
  • 1/2 labu bwg besar
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 batang serai (linapg tambah)
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 1 bj lemon (diambil jusnya)-linapg gn jus limau kasturi
  • 1 sudu kecil gula
  • garam secukup rasa
Cara:
  1. Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
  2. Semua bahan lain dihiris.
  3. Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus limau kasturi
  4. Kacau rata dan rasakan masamnya.Sejukkan sebelum menghidang
Note:
Cara LiNa Pg buat, satukan jus lemon, garam gula, serai, cili merah dan sesuaikan rasa masam manis dan pedasnya.Barulah ditambah bahan2 lain

****************************************
Selingan sket.Tempahan Red Velvet Cake dari regular kastemer cik ani...Adoi mencabar tul nk deko kek ni sebab cream cis cair la pulok.Maybe ada kesilapan teknikal huhu..

Tempahan Kek (Red Velvet Cake, Kek Coklat, Kek Coklat Lapis Cheese Dan Kek Karamel)

$
0
0
Assalamualaikum...
Kembali bersiaran selepas menghilang seketika...hurm camnilah tuan umah tenggelam timbul..agak kebizian sket lately.Malam cuba gak untuk update blog walaupun cuma ngan tempahan kek.Janji blog tidak bersawang.N3 masak2 menyusul nanti ya...
Jika berkenan ngan mana2 kek, bleh contact saya ya..Jangan malu jangan segan...TAPI suka saya ingatkan untuk Penang sahaja..Kalau korang gigih nk mai amek..tak kira dok mana pun bleh order..silakan hehe..
Cuma kek buah sahaja yg ada khidmat pos
Hari ni punya order kek karamel dan juga Red Velvet Cake
 Kek Coklat Lapis Cheese, bagi penggemar kek coklat dan juga cheese..Gandingan yang mantap..Tapi bila guna cream cheese..harga up sket ya..
Order ari Sabtu lepas..Red Velvet putih suci gitew..ni bukan saya kedekut takmo letak bunga ya..memang kastemer nk camni rupa..deko pun takmo..tapi saya buat gak dot2 kat atas tu nk abeskan belen cream cheese frosting sebab kek ni tidak dilayer
Super Moist Coklat Kek dan juga samperit luar musim...pasni tak amek order dah ya samperit tu..tunggu raya tahun depan lak kih2..

Roti Jala Dan Tempahan (Red Velvet Cake & Kek Karamel)

$
0
0
Assalamualaikum...
Hari ni baru berkesempatan untu hapdet n3 masak2..ni pun sekadar siaran ulangan sebab roti ni dah tayang dah sebelum ni.Tak kesah la kan bukannya gambar yg sama...Sy masih menggunakan resepi yg sama cuma digandakan sahaja adunan sebab kali ni buat banyak.Dari mkn petang membawa ke sarapan pagi esok.Alhamdulillah masih elok roti jala ni..
 sedap roti jala ni..lembut jer..
 Dapat sebekas tupperware besar ni..banyak jugak hasilnya sampai anak2 tanya roti jala ni kite punya orang tempah?kite punya la...agaknya terkejut kot tengok banyak hehe..
sebelum ada yg PM dan hantar e-mail bertanya nape roti jala saya petak2 camtu..ha..inilah jawapannya..saya menjala guna botol ni..muncung 3,beli kat Daiso harga RM5.Kalau org Penang..outlet Daiso ada kat Queensbay Mall.Depam MayBank.Dah complete info ni.

RESEPI ROTI JALA
RESEPI ROTI JALA

Bahan-Bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan cecair (LiNa Pg gn 1//2 cwn susu cair+11/2 cawan air)
  • 1 sk garam
  • 1 biji telur
  • 2 sb minyak masak/butter cair
Cara:
  1. Satukan semua bahan ke dalam blender dan blend sebati
  2. Masukkan pewarna kegemaran.Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala (LiNa Pg gn acuan botol muncung 3) Boleh refer SINI
  3. Panaskan kuali non-stick pan (LiNa Pg gn pemanggang ajaib jer-bahagian penutup yg licin tuh, kalau bawah ada line2 kan)
  4. Kirai/jalan adunan ke atas non-stick pan, biarkan selama 1minit (hingga masak).Kemudian angkat.Lipat/gulung
  5. Sedap di makan bersama GULAI AYAM.
Note: Jika batter cair, tambah sedikit tepung.Kalau pekat tambah air

***************************************
Tempahan hari ni
RVC dan Kek Karamel

Kek Coklat Lembab

$
0
0
Assalamualaikum...
Apa kabar semua?Terlebih dahulu saya nk ucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog TMK ni...walaupun tuan tanah menyepi tp kunjungan tetamu sentiasa ramai, mencecah ribu riban jugak unik visitor setiap hari.Terima kasih sangat2 kat kalian..sayang you all ketat2 hehe...
Kepada rakan2 blogger minta maaf banyak2 sebab jarang bw sekarang ni..sy on9 pun sekali sekala jer..
Untuk tidak menghampakan pengunjung semua, ari ni saya gigih wat satu n3 ringkas.Walaupun rcp kek colat ni sudah berderet2 kat dalam list huhu.Takpolah kan janji hado huhu.
Disebalik kerajinan membaking kek coklat untuk minum2 petang ni ada drama sebabak kami anak beranak...

Situasi....di suatu petang yg hening (hening la sangatttt..panas lit2 huhu.Sedang si ibu gigih siapkan tempahan kek kastemer....kedengaran suara2 yg tak enak didengar oleh cuping tinger...
Si tengah (Nisa) : Mama ni asyik wat kek orang jerrrrr...
Si sulung (Hazim): Lama dah tak makan kek coklat (sampuk sulung lak)
Mama: Awak dua orang ni bukan makan sangat kek coklat..Awat??nk ke?
Si tengah (Nisa): Ya lah..aritu masa jamuan, kakak tak sempat nk makan..tengok2 dah tinggal bekas...
Sulung: Abang long pun sama sempat makan satuuuu jer...
Mama: Dah tu..awat masa letak kek..tak ambik dulu sektul dua boh dalam pinggan...ya lah nanti mama buatkan....
Gitulah kesahnya huhu...Sekian hehe.Okey drama dah abes, meh kite semak rcp..walaupun rcp sama jer..
gambar dr enpon..pose ala kadar jer..dalam pinggan yg ready nk ngap dah ni hehe..Nampak tak kelembapan kek ni..sangat moist okey...nk snap pic pun susah sebab jd gelap sangat..Haa..kalau malas nk wat meh order ngan cheq...InsyaAllah tak nyesal punya kek ni sedap sangatttt
RESEPI KEK COKLAT LEMBAB
By: Chef Zubaidah 
Rujukan : Alongroz
Sumber : LiNa Pg

Bahan-Bahan:
  • 100g Serbuk Koko*
  • 200g Gula pasir*
  • 1 tin Susu sejat*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*
  • 250g Susu Pekat*
  • 4 biji Telur gred A - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum 
  • 1 st Soda Bikarbonat
  • 1st Baking Powder

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak payah sampai menggelegak/mendidih.
  2. Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
  3. Masukkan ke dalam loyang.Bakar hingga masak.Suhu bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.
Note:
LiNa Pg kukus selama 1 jam setengah.Kek ni memang sedap walaupun tanpa coklat ganache

Gulai Ikan Bawal (Resepi Mudah)

$
0
0
Assalamualaikum...
Bersiaran di hari Jumaat, penghulu segala hari...hari ni malas nk bebel panjang, terus ke tajuk n3 hehe.Ekceli nilah pestaim sy buat gulai ikan bawal selalunya guna ikan lain...dan bawal biasanya saya masak 3 rasa, masam manis ataupun digoreng bodow2 ajer huhu..
Bersesuain ngan tajuk gulai bawal resepi mudah..sy gunakan bahan2 yg ada dalam esbok jer..main campak jer..sebab masak tak pakai undang2 gitew..kalau nk cuba silakan
maisarah paling suka kalau masak gulai atau kari..tambah lak pedas2 manja jer..Opss..segala pic untuk pas raya ni semua guna enpon ya...kemalasan nk amek kamera huhu...janji hado huhu

GULAI IKAN BAWAL (RESEPI MUDAH)
By : LiNa Pg

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan bawal bersaiz besar (potong ikut suka)
  • 4 ulas bawang merah (tumbuk/kisar)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk/kisar)
  • 1 cm halia (tumbuk/kisar)
  • 1 paket serbuk kari (jadikan pes)
  • 3 asam keping
  • 1 cawan santan pekat.
  • Bendi, tomato, cili merah
  • Garam, gula
  • Air
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga garing, masukkan serbuk kari.Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ikan gaul sebati dengan rempah.Masukkan sedikit air.Kacau sekejap.
  3. Masukkan santan pekat, asam keping, garam dan gula/perasa.Kacau sekali sekala (hingga mendidih)
  4. Masukkan bendi, tomato dan cili merah.Sesuaikan rasa.Tutup api.

Kerepek Jejari Ketam

$
0
0
Assalamualaikum...
Pagi ni bumi Pulau Pinang disiram hujan rahmat...Sejukkkkk jer..terasa cam nak tarik kain selimut menemani Maisarah yg masih terlena...hurm..kalau dah tido satu keje pun tak siap huhu..Okeylah sementara si kecil masih tido, cepat2 buat n3 kang nk setel keje2 lain pulak.
Kerepek Jejari Ketam ni sy buat minggu lepas lagi...kompom sudah abes...walaupun hasilnya agak banyak..
Nak buat amek masa berjam2 jugak, tp nk ngabeskan tu sat sangat..krup krap krup krap..tengok2 tinggal tisu pelapik n tupperware jerrr..
Sedap ni..cuma kali saya siat kecil2 sedikit..motif supaya dapat banyak muahaha

RESEPI KEREPEK JEJARI KETAM
By: Che Iza (MyR)
Sumber : LiNa Pg (Bleh refer sini untuk step by step)
Bahan-Bahan:
  • 1 kg crab stick 
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Siat-siat crabstick dan potong memanjang setebal  (agak2 je la)
  2. Goreng deep fry (api sederhana)
  3. Angkat dan toskan
  4. Biar betul2 sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara
Note: 
Kali ni LiNa Pg, tambahkan sedikit daun kari semasa menggoreng.Aroma daun kari membuatkan kerepek semakin sedap

Resepi Sambal Belacan Sedap

$
0
0
Assalamualaikum...
Pagi ni suasana masih sejuk..hujan rahmat masih lagi belum menampakkan tanda2 untuk berenti...syukur..pokok2 tanaman suma segar...suasana pun nyaman jer jer.Kalau tidak panas yang amat bumi Pulau Pinang ni maklumlah di kelilingi lautan hehehe..
Ok sebelum melalut lebih panjang, meh kite kembali ke pangkal jalan haha..terus ajerlah ke tajuk n3 hari ni iaitu jeng..jeng....SAMBAL BELACAN.Saya sangat sukakan resepi sambal belacan agak lama jugak tak membuatnya.Tapi bila dah buat, anak2 soh buat lagi.Minggu ni dah 2x buat sambal belacan ni.Berselera anak2 makan ngan ayam goreng hehe.
owh baru kusedari rupanya kat blog saya tiada n3 sambal belacan ni secara solo, saya combine ngan n3 NASI KUKUS rupanya.Mesti agak sukar untuk kawan gugel mencari resepi kat side bar tu.
Kali ni sy buat n3 secara solo pulak...(bajet macam ramai benar yg gugel cr rcp kat blog TMK neh kih2)
Hanya pelakon utama yg muncul..tiada xtra ya...sambal belacan semata kih2...ulam2 tak masuk frame..Bagi saya sambal belacan sangat istimewa sebab ada menggunakan ikan bilis.The best part..suma bahan digoreng terlebih dahulu.Jadi tidak ada bau kurang enak bawang mentah..agaknya sebab tu la anak2 saya suka...Tp laling saya lebih memilih budu (maklumlah tekak klantan sejati katekan huhu)

RESEPI SAMBAL BELACAN SEDAP
Sumber : LiNa Pg

Bahan-bahan
  • satu mangkuk kecil chili padi (LiNa Pg guna 10biji jer)
  • 3 biji cili merah (LiNa Pg tambah rcp asal tiada)
  • 3-4 biji bwg merah 
  • 3 ulas bawang putih (sy tambah)
  • setengah genggam ikan bilis - yg dh kupas yer
  • 1-2 inci belacan
  • garam secubit
  • pak aji - klu suka. klu tk suka bleh gantikan ngan gula secubit
  • 2 sudu minyak masak
  • perahan jus limau kasturi/limau nipis
Cara-cara
  1. Bawang dikupas kulit kemudian potong.Cili padi belah dua (tips supaya tk meletup masa goreng)
  2. Panaskan minyak. Masukkan bwg,cili padi, ikan bilis n belacan.. goreng lebih kurang 5 minit atau hingga layu.bau belacan goreng mmg sodappp....
  3. Angkat. n masukkan dlm lesung. tambahkan garam n pak aji/gula n limau kasturi yg dah dipotong2. Tumbuk limau ngan kulit2 skali. klu tk suka tk yah la.. amik jus nyer jer..(LiNa Pg amek jus ajer)
Note:
LiNa Pg blend guna blender kering jer,rasa dulu baru tambah garam dan gula/perasa sebab belacan dan ikan bilis dah masin.Barulah diperah jus limau nipis/kasturi.

*************************************
TEMPAHAN RED VELVET CAKE
selit gak order kemarin punya hehe...Harga promosi RVC dengan rasminya telah berakhir.Skrg telah kembali kepada harga asal.Begitu juga ngan kek buah harga promosi juga telah berakhir...(Sepatutnya promosi berakhir lepas raya tp sy tetap bagi harga sama tp skrg ni tak mampu dah tampung kos)Untuk kek2 lain Kek Karamel, Kek Coklat Moist, Kek Coklat Lapis Cream Cheese dan Kek Lapis HawFlakes harga masih dikekalkan

Resepi Ayam Maharani

$
0
0
Assalamualaikum..
Bersiaran di hari Jumaat...ish..cepatnya dah Jumaat pun huhu..Hari ni saya nk kongsikan satu resepi ayam yg sedap pada tekak saya.Ekceli dah lama teringin nk buat tp selalu resepi lain yg potong Q.Rasanya nama pun dah kena tuko kepada AYAM MAHARANI MURKA agaknya sebab banyak sangat menderhaka (tanpa nita huhu) Saya taram ajer ikut stok yg ada dalam esbok...Rupa Ayam Maharani ni pun dah 'ke laut' sebabnya main letak jer santan tu sekotak..sepatutnya 1/4cawan jer.Sy ni pesen malas nk simpan belen santan kalau dah buka.Walaupun fizikal dan lain sket tp rasanya memang sedap (By right sangat sedap) my lalink siap cicah ngan roti lak belen kuah tu sebab nasi dah abes..Kena sangat la tu ngan selera dia...
Ok kalau ada yg berminta jom kite semak resepi
Gambar kucar kacir sebab nk cepat..snap ngan enpon..kelam kabut nk amek anak balik skool..

RESEPI AYAM MAHARANI
Resepi asal : Chef Asmah Laily
CnP : Arbiwati
Sumber : LiNa Pg

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil, cuci dan toskan hingga kering 
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
garam secukupnya

Bahan2 kisar A:
5 labu bawang besar (LiNa Pg gn 2 labu)
10 biji lada hijau (LiNa Pg guna 3 biji)
5 biji lada merah (LiNa Pg gn 3 biji)
1 biji tomato ( LiNa Pg dadukan saja)
1 sudu makan tomato puree (LiNa Pg gantikan ngan sos tomato)
1 sudu makan pes halia & pes bawang putih (LiNa Pg gn 3 ulas bawang putih-blend)
1 sudu makan rempah kari daging/ayam
1 sudu makan rempah beriani

Bahan2 kisar B:
1/4 cawan yogurt (LiNa Pg xletak xdak stok)
1/4 cawan santan (LiNa Pg guna sekotak 200ml)
1 cawan air
10 biji gajus (LiNa Pg gantikan ngan serbuk badam)

Bahan2 C:
2 helai daun bay (LiNa Pg gantikan ngan daun pandan)
5cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga (LiNa Pg gn 1biji jer)
1/2 cawan daun pudina - dihiris
1/2 cawan daun ketumbar - dihiris
1 genggam bawang goreng (LiNa Pg xletak)

garam & gula secukup rasa
minyak

cara:
ayam digaul bersama serbuk kunyit, serbuk lada hitam dan garam
selepas itu digoreng setengah masak. angkat dan ketepikan
panaskan minyak dan tumiskan daun bay, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga wangi
masukkan bahan2 kisar A dan tumis hingga hampir garing
tuangkan campuran bahan2 kisar B dan bubuh garam & gula secukup rasa
kacau rata dan biarkan mendidih
tambah air jika terlalu kering
masukkan ayam, gaul rata dan masak dengan api perlahan hingga ayam empok dan naik minyak
padamkan api dan taburkan daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng (ramas sebelum ditabur)
jangan digaul. kacau rata sebelum dihidangkan

note: lebih sedap jika dimasak malam sebelumnya kerana rempahnya akan jadi lebih sebati..

Kulat Sisir Masak Lemak

$
0
0
Assalamualaikum...
Agak lama tak bersiaran..tak tau lah nk kata bz pun taklah bz sangat.Apa yg dibuat pun tak tau.Bila lama blog terbiar, mulalah lemau nk hadpet.Hari ni kugagahkan jugak hadpet.
Kulat Sisir ni bonda saya bawa dari kampung tp bukanlah yg dikutip kat belakang umah ya.Kulat sisir dibeli diulangi dibeli.Sekarang ni kat kampung suma beli gak.Bukan yang dulu (dulu...dulu..dah macam lagu tegar lak)mahal pulak tu..rm4 dapat satu pot nasi tuh..
Makan kulat sisir (cendawan kukur) ni sedap sangat aunthentic tp nk bersihkan segala tunggul yg melekat kat ujung (umbinya tu) adoyai jenuh jugaklah..
 kulat sisir masak lemak, sedap ni makan ngan ulam petai (kg mariiii) cicah ngan budu dan tempoyak...suma made in kampung hahaTak yah resepi la ya..sama jer ngan masak lemak biasa tu
ginilah rupa paras kulat sisir a.k.a cendawan kukur yg telah bonda saya keringkan supaya tahan lama.Bila nk masak, rendam dalam air dan tukar2 sampai air tersebut jernih.Pastu kena cuci segala sampah sarap yg masih ada tu.Sorilah gambar tak jelas sebab kulat sisir ni kecik (kecut)lagipun saya snap ngan enpon jer

Indulgence Chocolate Cheese Moist Cake (ICCMC)

$
0
0
Assalamualaikum...
Hari ni saya nak kongsikan satu resepi eksklusif hasil gabungan 2 kek yang sangat sedap dan maletop iaitu Kek Indulgence dan juga Chocolate Cheese Moist Cake (CCMC).Hasilnya sangat menawan kalbu...memang terbaek.Rasanya kek paling istimewa yg berjaya dihasilkan walaupun hanya resepi eksperimen.Kek ini dibuat spesel untuk besday my laling pada 27hb yang lepas.Sangat puas hati bila en.asben kata sangat sedap dan anak2 suma makan, paling besh si kecil yg cerewat tu pun makan gak.
Nama INDULGENCE CHOCOLATE CHEESE MOIST CAKE ni diberi surat beranak oleh saya hehe..
Ada beberapa ubah suai dari resepi asal kek ini.Keistimewaan kek ini ialah menggunakan Kek Coklat Moist sebagai kek basic, manakala layer putih menggunakan cream chesse..Rasanya mestilah lagi mabeles.Untuk Layer coklat sama sahaja iaitu menggunakan mousse dark coklat.
Kepada yang ingin mencuba silakan, tapi kena fahami resepi betul2...kalau rasa susah, baik guna rcp kek Indulgence yang asal..
Tidakkan kek nampak sangat sedap pada pandangan mata korang hehe?layer by layer tu macam aiskrim..sangat heaven..sambil pejam2 mata menikmati kek ni hihi...saja ayat kasi menggoda sket.
Kalau ada yg tingin nak merasa silalah angkat tangan ya...InsyaAllah saya boleh usahakan.Tapi jangan expect harganya 30hengget ya..kek ni berat ~1.8kg

Dah wat description layer by layer tapi tak jelas lak..xpolah malas dah wey nk edit...
Kaler koko gelag tuh kek coklat miost (bukan kek span yo)..koko lite tu coklat mousse...kaler putih tu cream cis..atas sekali yg comot sket coklat ganache..
   
 Yang belah kanan tu kami beli kat kedai tersohor..belah kiri home made punya...saja nk compare rasa...kek beli memang xleh berdiri..kena baringkan hihi...Korang mesti tanya yg mana lagi sedap...cer teka cer teka..korang wat la penilaian sendiri...

RESEPI INDULGENCE CHOCOLATE CHEESE MOIST CAKE
By : LiNa Pg
(Untuk step by step sila rujuk ke blog Evelyn Gemina, untuk rcp CCMC refer blog kakzu)

LAPISAN KEK
KEK COKLAT MOIST/KEK SPAN - potong kepada 3 lapisan
Kek Coklat Moist resepi simpanan LiNa Pg boleh refer SINI
Kalau nk buat Kek Span boleh refer SINI
Boleh guna mana resepi kek span kesukaan masing2.Kat Blog rujukan di atas juga ada rcp kek span/chiffon

LAPISAN CHEESE
Bahan-Bahan

  • 250 gm creamcheese
  • 120 gm gula castor
  • 150 gm uht whipping cream (LiNa Pg guna non diary-itu jer yg ada)
  • 1  tbsp gelatin
  • air panas secukupnye (~60ml ) 

Cara-Cara:

  1. Biarkan cheese pade suhu bilik. Bile dah lembut putar cheese dan gula castor hingge kembang.
  2. Pukul whipping cream hingga kental.Ketepikan
  3. Taburkan gelatin ke dalam air panas.Biarkan kembang.Kacau hingga larut.Kalau tak larut, panaskan secara double boil.Sejukkan
  4. Masukkan gelatine ke dalam adunan cheese dan kacau sebati.Kaup balik dengan whipping cream hingga sebati.Ketepikan
CHOCOLATE MOUSSE
  • 300  gm whipping cream 
  • 1 tbsp gelatine ( cairkan dengan 60  ml air panas )
  • 50 gm serbuk koko + 100 gm gula icing ( satukan dengan air suam 1/2 cawan, jadikan pes )LiNa pg guna 1/2 cawan serbuk koko+1/2 cawan susu-double boil 
  • 1 tbsp nescaffe + 1 1/2 tbsp air panas ( pilihan ) (LiNa Pg xletak)
Cara-Cara:
  1. Putar whipping hingge softpeak.
  2. Satukan kesemua bahan dengan kaedah kaup balik.Ketepikan
CHOCOLATE GANACHE/TOPPING
  • 150ml whipping cream
  • 350g dark chocolate
  • 1 tbsp butter - cairkan
Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan whipping cream secara double boiler hingga berbuih di tepi periuk.
2. Masukkan coklat & mentega, kacau hingga cair & tuang atas kek.


CARA MELAPIS KEK
  • Paling bawah => Lapisan pertama - KEK
                           Lapisan kedua    - Coklat Mousse
                           Lapisan ketiga    - KEK
                           Lapisan keempat - Cheese 
                           Lapisan kelima    - KEK
                           Lapisan keenam  - Coklat Mousse
  • Akhir sekali salut keseluruhan kek dengan lebihan coklat mousse
  • Sejukkan kek di dalam petisejuk beberapa jam (semalaman pun ok)
  • Tuang ganache ke seluruh kek.
  • Hias ikut creativity masing2
Inilah rupa kek sebijik sebelum di post mortem...deko tu memang cengginilah kalau org tak kreatif..rupa paras cam kek coklat biase2 jer muahaha...
Bila post mortem...waaaaa...tadaaaa

Tempahan Kek Coklat Moist Tanpa Telur - SMECC

$
0
0
Assalamualaikum...
Salam siaran...dah lama teringin nak buat SMECC (Super Moist Eggless Chocolate Cake) ni tapi tak terbuat jugak.Bukan kek coklat tak bape nk laku kat umah ni berbanding ngan cis kek.Malas la nak menerai.Rasanya resepi kek ni memang ada di setiap dapur maya kawan2 yg lain, saya ajer yg ketinggalan..selalu camtulah out dated sket heheh..
Kali ni hajat tercapai jugak hajat nk menerai disebabkan spesel request dari kastemer yg nk kek coklat tapi takmo telur...vegetarian ke allergic telur tak tau lah...tak siasat lak..Lagipun ni kastemer baru.Memula sudah kureject proposal ni sebab tak pernah amek order Eggless cake takut gak tak menjadi.Pernah buat kek eggless dolu2...time anak kena chicken pox kan kena pantang telur..sekali tu jer buat kek coklat tanpa telur.
Kali ni saya menggunakan resepi DJ, Alhamdulillah menjadi..
kek ni naik membukit dan merekah sket..bila baca kat blog DJ katanya memang camtu pesen kalau yg eggless..saya paras rata n tuang ganache.Rasa sket yg kena pancung tu..mak aih sedapnya...tak rasa pun ketiadaan telur dalam kek ni..Memang moist sangat....rugi tak cuba awai2 hehe...Hokey kek ni berat ~1.3kg.Kalau yg dlam pantang tu boleh order kek ni...mari-mari

RESEPI KEK COKLAT MOIST TANPA TELUR - SMECC
Rujukan : KakNor
Sumber : LiNa Pg

bahan-bahan : (LiNa Pg buat double)loyang 9in- guna 8in tinggi sket kot

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3/4 cawan serbuk koko 
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 21/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 2 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco (LiNa Pg xletak)
  • secubit garam
  • 1 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 2 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.(LiNa Pg bako selama 50min)
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Note:
Kek ni memang sedap walaupun tanpa ganache.Sebab nk jual kena buat ganache gak

Resepi Kek Coklat Moist Tanpa Telur-Super Moist Eggless Chocolate Cake (SMECC)

$
0
0
Assalamualaikum...
Aik kek coklat tanpa telur lagik??Ekceli n3 kemarin tu kek minggu lepas (tempahan lak tu) mana bleh makan org punya kan?disebabkan dapat merasa sket jer (takat2 yg paras tang membukit tu wat lekat celah gigi jer la)Hurmm petang kemarin nekad nk jugak wat kek ni untuk minum petang..sendiri tengok n3 kat blog pun bleh terliur kih3...Memandangkan kek ni teramat senang, godek2 jer guna senduk dah siap..bekas pun tak banyak kotor..dapur pun tak bersepah..terus buat...zup zap...siap..Kek ni memang sedap walaupun tak buat topping.Kalau setakat nk minum petang tu, malas benor nk topping2 bagai...kami makan camtu jer...
Percubaan kali kedua membuahkan hasil, kek naik cantik (tak membukit) the best part is kek langsung tak volcano (merekah) suka2...kira kejayaan la ni kalau kek tanpa telur tak merekah..Pestaim wat maybe suhu oben tinggi sket kot..tu yg merekah sket...kali ni aku tggu depan oben..nampak jer ada tanda2 nak meletus terus kurangkan suhu..pastu tercongok depan oben sampai kek masak (gigih tak kih2)
Peringatan mesra dari saya, walaupun kek ni nampak cukup mudah, tapi JANGAN ambil mudah...kena baca resepi betul2 dan fahami resepi terlebih dahulu sebelum buat...Biasanya percubaan pertama belum tentu menjanjikan hasil yang sempurna dari segi fizikal tapi insyaAllah kek menten sedap.Kek saya juga naik tak sekata (membukit n sedikit merekah untuk percubaan pertama) bak kata omputih practise make perfect..Kalau ada keraguan..klik ajer kat sumber asal resepi atau gugel jer akan kuar berderet2 SMECC ni..resepinya sama jer..Mudah kan?Kadang2 saya termissed komen2 kat blog..jadi lambat sket respon tu..
Tersangat moist kan kek ni....tak rugi mencuba..nyesal sangat tak cuba2 awal2 lagi..
Meh close up sket..kasi korang terliur haha...rasanya kek ni bukan takat moist..tapi dah consider basah neh..org Penang kata basah lencun hihi

RESEPI SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE (SMECC)
Sumber : LiNa Pg

Bahan-bahan : loyang 6-7 inci (versi asal)

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang-LiNa Pg imported cocoa powder)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco (LiNa Pg xletak)
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga (LiNa Pg bako suhu 170-175'C)
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata (LiNa Pg ayak sekali susu tepung dan garam)
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak (50min)
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

 Kek yg dah masak..posisi....montot
 Disebabkan suka ngan kejadian kek ni..maka sangatlah rajin snap pic...gigih usung kamera..selalu hentam ngan enpon jer haha
 Nah sekeping lagi kih2

Tempahan Red Velvet Dan Kek Karamel Coklat Moist

$
0
0
Assalamualaikum...
Tempahan kek yang lepas2 punya.Red Velvet dan juga kek karamel coklat moist...
Tempahan hari ni punya...sangat cantik pada mataku hehe..Selamat Hari Lahir buat sahabatku Aniza.Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...Telah di pick up oleh tuan badan sebentar tadi
 Ini kek kemarin punya order..Jarang2 dapat tempahan.Berat anggaran 1.9kg..adeh makin berat lak..takleh nk adjust bagi dapat 1.5kg..karamel berat sangat kot...Terima kasih sudi order.Dah dapat feed back...Alhamdulillah..mereka sekeluarga sukakan kek ni
 Spesesl req..takmo serdak kek..nk putih suci jer...seb baik ada tulisan n love kecik2 tu menaikkan seri..
 Yg ni ditempah oleh orang jauh daei Taiping, terima kasih bagi sudi mai jauh2 untuk ambil kek ni.Harap berpuas hati... 

Resepi Ayam Masak Tempoyak

$
0
0
Assalamualaikum...
Ayam bahan mentah yg wajib ada dalam esbok.Smpai naik pening dah memikirkan menu apa lagi yg nk dimasak untuk anak2...bila masak ayam, berselera depa makan...even ayam goreng pun okey...hari2 goreng pun depa tak kesahhhh...Hurmmm apa lagi nk wat ngan ayam ni???Gulai ayam dah...masak kicap pun dah...ayam beriani pun dah..kurma??alah adik  beradik ngan gulai gak la tu..boring dah...sambil tercongok depa esbok dok pikir nk masak pe..tetiba ternampak tempoyak yg bonda bawa dari kampung..Hurm kalau buat ayam masak tempoyak...menarik gak ni..terus selongkar bahagian sayur ada la serai sebatang ala-ala nk monopouse dh..hokey la..ada gak aroma sket kan...cili padi n cili merah pun ada.Eh! buah nenas pun ada gak..hurmmm campur jer la sekali dalam masak tempoyak ni...Untuk bagi sket impact kaler ijo..haku amek la daun kunyit dan kunyit hidup segar dari ladang pasu hehehe..ok complete dah...Jom ekperimen
Anak2 kata sedap...pestaim depa makan menu ayam camni hehe..

AYAM MASAK TEMPOYAK
By : LiNa Pg
Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam (cuci bersih)
  • 4 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • sedikit kunyit hidup (tumbuk)
  • 2 biji cili merah (tumbuk)
  • 3 biji cili padi (tumbuk)
  • 2 sb tempoyak
  • 2 helai daun kunyit (siat2)
  • Cili merah (potong)
  • 1 buah tomato (belah 4)
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 1/2 biji nenas (potong kecil2)
  • Garam, perasa/gula
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Gaulkan tempoyak bersama bahan tumbuk.Panaskan sedikit minyak, masukkan serai dan bahan tumbuk.Tumis hingga naik bau, masukkan sedikit air dan biarkan sekejap supaya hilang pijar bawang.
  2. Masukkan ayam dan gaul bersama bahan tumis.Masukkan garam dan gula/perasa.Gaul sebati.Biarkan sebentar untuk kecutkan ayam.
  3. Tambah air hingga paras kuah yg diinginkan.Masukkan nenas, tomato, cili merah dan daun kunyit.Sesuaikan rasa.

Tempahan Kek Marble, Kek Gula Hangus Dan Lain2

$
0
0
Assalamualaikum...
Saja nak tayang tempahan raya lepas, yg mana sempat snap...Cam biasa kek karamel menjuarai keseluruhan...yg spesel sket kali ni dapat tempahan kek gula hangus a.k.a kek sarang semut.Ni pestaim terima order kek ni...dan juga kek marble (kek marble kira 2nd time la dah pernah terima order 2-3 bulan sudah)
Komen dari kastemer kek gula hangus, katanya semua ahli keluarga sukakan rasa kek tu.Bila ditanya pasal ada lubang ke tak..katana ada lubanh tp saiz kecil2...kiranya sarang semut la..bukan jadi sarang lebah.Apa pun terima kasih sudi menempah dai saya.Ekceli dia merupakan regular kastemer saya gak..sudah terlalu biasa order kek karamel dan juga RVC..tu yg berani saya terima order kek gula hangus darinya.Terima kasih kerana percayakan hasil tangan saya ya.
 Kek Gula Hangus...agak lama tak buat kek ni.Alhamdulillah menjadi..Berat ~1.5kg
 Kek Marble.Request dari kastemer nk koko lebih dan takmo rasa bersusu sangat...Komen dari tuan punya kek ni sedap.paling best ialah bila juri mem besar iaitu mak dia suka ngan kek ni..feeling happy.
Lain2 kek.Kek karamel, kek coklat moist.Harap semua berpuas hati

Resepi Ayam ButterMilk

$
0
0
Assalamualaikum...
Alahai lama benor hibernate kan...sesekali timbul..resepi ayam lagi daaaaa...Apa nak buat dah ini yg anak2 suka.Kali ni saya bereksperimen ngan resepi baru (baru cuba) resepi ni memang dah femes seantero maya, tp saya buat ikut versi saya sendiri..Saya tak suka yg kaler putih ajer..cam tak berseri..wat camni baru nampak berselera.Kalau berminat bolehlah cuba..
Resepi nampakcreamy tapi tak muak sebab hanya menggunakan susu cair.
RESEPI AYAM BUTTERMILK
By : LiNa Pg

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (potong kecil2)
  • 3 ulas bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1cm halia - mayang halus
  • 1 biji cili merah - hiris
  • 1 biji tomato - dadu kecil
  • 2 tangkai daun kari
  • 5 biji cili padi
  • 2 sudu besar serbuk kari (satukan dengan cili giling-jadikan pes)
  • 1 sb cili giling
  • 1/2 tin susu cair
  • 100g mentega
  • Air
  • Jus lemon (dari sebelah biji lemon)
  • Minyak
  • Garam dan Kunyit
  • 2 sb tepung jagung
  • 1/2 kiub ayam
Cara-Cara:
  1. Ayam dicuci bersih, perap dengan garam kunyit dan golek/taburkan dengan tepung jagung.Goreng hingga masak, kemudian ketepikan.
  2. Cairkan butter dan tumis halia hingga naik bau, masukkan hirisan bawang.Tumis sekejap.Bila agak garing masukkan daun kari.Tumis hingga garing
  3. Masukkan pes kari dan cili giling.Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukka susu cair dan jus lemon/limau kasturi.Masukkan ayam.Gaul sebati.Masukkan hirisan cili merah, cili padi dan tomato dadu.Rasa dulu sebelum masukkan kiub ayam.
  5. Renehkan sebentar, kalau terlalu pekat, tambah sedikit air.Tutup api.Dah siap

Resepi Daging Bamia

$
0
0
Assalamualaikum...
Seisi mengorbankan daging yang masih berbaki dalam esbok tu...hurm kawan2 masih ada lagi ke belen daging korban?Kalau masih ada stok, boleh dicuba resepi pulak.Kalau asyik buat sup, goreng kunyit ajer boring jugak kan.Walaupu luaran macam kari daging tapi rasanya agak berbeza.Berbeza yg sedap mabeles gitew.Ekceli dah pernah buat dulu..dah lamaaaaa dulu.Cuma kali ni ada sket durhaka (sket jer) sebab kehabisan bahan...Tp kalau buat versi durhaka yg sedap takpa la kan?Jangan durhaka hancusss lak...sendiri mau ingat la...Okey cam biasa takmo bebel panjang, jom semak resepi
Enak dimakan bersama nasi putih, atau nasi berperisa..cicah roti pon sodap
RESEPI DAGING BAMIA
Sumber: LiNa Pg

Bahan-bahan :

  • 400 g daging (dihiris nipis2 dan dibersihkan)
  • 100 ml susu cair(LiNa Pg guna 1/4 cawan)
  • air secukupnya
  • 1 sudu makan rata serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan rata serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu makan rata serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk kari daging (LiNa Pg guna 2sudu makan jer)
  • 1 sudu makan rempah beriani (LiNa Pg tambah, rcp asal xde)
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 labu bawang besar (dipotong 4)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • bendi secukupnya  (LiNa Pg gn terung bulat)
  • Cili merah 
  • 4 sudu besar sos tomato
  • garam dan sedikit gula

Bahan-bahan kisar:

  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia

Cara-cara :

  1. Gaulkan daging dgn bahan2 kisar dan perapkan selama 30 minit. 
  2. Kesemua serbuk rempah dan cili kisar disatukan di dlm satu bekas dan dibancuh dgn sedikit air utk dijadikan pes.
  3. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali/periuk. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi. 
  4. Kemudian tumiskan bawang besar hingga sedikit layu. Barulah dimasukkan pes rempah tadi dan juga sos tomato. Kacau dan biarkan ia pecah minyak.
  5. Masukkan daging dan air secukupnya. Masukan kentang tunggu hingga daging  dan kentang empuk
  6. Kemudian masukkan, susu cair, garam dan sedikit gula. Masak lagi hingga kuah kelihatan pekat. Akhir sekali, barulah dimasukkan bendi dan tomato. Setelah bendi masak, tutupkan api dan renihkan sebentar sebelum dihidangkan.

Popia Nestum

$
0
0
Assalamualaikum...
Kudapan yang femes time raya.Tapi kat umah kami jadi kudapan pas raya hihiii.Bukan apa time raya haji aritu si Nisa ni suka sangat makan Popia Gunting yang dibuat oleh mok ngoh dia kak rosaliza tu.Jadi bisingla dia nk buat jugak.Si mama ni malas bebenor nak menggulung, menggunting bagai tu.Katanya biar dia yang buat.Mama tunjuk ajer..okeylah maybe boleh harap la dia buat sendri.Apa lagi terus beli sepaket kulit popia dan seisi menggulung dan menggunting pun bermula.Rasa tak sampai ati lak biar dia menggulung terhegeh2 sorang2.Pi la tulun sket..cepat la sket.Pas gunting, mama tukang goreng.Nisa blend Nestum dan horlick.Cepat sket siap.Dah setel suma keje, kena paksa ngan mama kemas kan dapur muahaha...Ooow nk ngelat tengok Running Man ya..takde maknanya...
 Yang ni dah siap lumur ngan nestum, horlick dan gula kastor..Udah jadi rupa batang buruk pulak
Yang ni pas goreng..ada semangkuk gak lesap..rupanya dak sarah suka yg plain gini.Pas salut ngan nestum, sebijik pun dia xmakan...
RESEPI POPIA NESTUM
Sumber : MyR EmbunRosaliza
Sumber : LiNa Pg
Bahan-Bahan
  • Sepaket Kulit Popia (LiNa Pg guna yg saiz besar)
  • 1/4 cawan gula kastor (letak lebih kalau nk manis)
  • 3 paket nestum 3in1
  • 1/2 paket horlick kecil
  • 1/2 sk garam
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Ambil sekeping kulit popia.Gulung hingga ke hujung.Tinggalkan dalam anggaran 1inci untuk dilekatkan.LiNa Pg hanya gunakan air sebagai gam.
  2. Gulungan janganlah terlalu ketat, nanti tidak nampak kelopak bila digoreng.Buat hingga habis.Sementara menggulung, tutup kulit popia dengan towel lembab untuk mengelakkan kulit popia menjadi kering.Begitu juga kulit popia yg sudah digulung, menstilah dimasukkan ke dalam bekas tertutup supaya tidak kering.Nanti susah nak gunting.
  3. Setelah siap, gunting secara serung.Kemudian bolehlah digoreng hingga kuning keemasan.Goreng secara deep fry menggunakan api sederhana.Sejukkan sebentar.
  4. Satukan gula kastor, garam, nestum dan horlick ke dalam blender.Blend hingga halus.
  5. Salutkan dengan popia yg sudah disejukkan tadi.Sedia untuk dimakan

Sayur Peria Goreng

$
0
0
Assalamualaikum..
Ada yang makan peria tak?Bagi sesetengah orang tak suka makan peria sebab rasanya yang agak pahit tu.Tapi agak jugak yg suka.Bagi penggemar Peria bolehlah mencuba resepi kali ni,Sangat mudah, ringkas sedap dan paling penting berkhasiat.Kepada yang suka rasa pahit peria tu, boleh direndam sekejap dengan air garam ya.InsyaAllah rasa pahit akan hilang/kurang.Tapi bagi saya kalau makan peria, pahit pun takpa..Pahit tu kan ubat.Bagi yang mengalami masalah gout, sangat disarankan pengambilan makanan pahit seperti peria ni.Lagi bagus kalau guna peria katak.Saya suka peria yang panjang tu, tp bila pi ke Mydin peria panjang macam tak fresh..amek ajerlah peria katak dalam 5-6biji camtu.Cik abe kite suka makan peria ni.
Kali ni sayan tambah celeri, harum jer bau..time makan dok krup krap krup krap..memang sedap.
SAYUR PERIA GORENG
By : LiNa Pg

Bahan-Bahan:
5-6 biji peria katak
1 biji cili merah (dipotong serong)
1 biji telur
3 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
1 biji cili merah (ditumbuk/dikisar)
1 batang celeri (Hiris)
2 sudu makan udang kering (ditumbuk/dikisar)
1/2 kiub ikan bilis
Garam
Air
Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Peria dibelah dua, buang biji dan dihiris nipis. Rendam peria dengan air garam. (Saya masukkan 3-4 sudu kecil garam ke dalam air dan rendam selama 20minit.Tujuannya untuk mengurangkan pahit buah peria).Bilas dengan air biasa, kemudian toskan.
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
  3. Kemudian masukkan peria dan celeri ke dalam kuali.Kacau sebentar
  4. Masukkan telur (yang telah dipukul sedikit dengan garfu).Kacau lagi.
  5. Masukkan kiub ikan bilis.Kacau sebentar sehingga peria sedikit layu.
  6. Akhir sekali masukkan cili merah, kacau sebentar.Tutup api.Dah siap.SELAMAT MENCUBA
Viewing all 1519 articles
Browse latest View live