Quantcast
Channel: TERATAK MUTIARA KASIH
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1519

Nasi Ayam Hainan Mudah Dan Sedap

$
0
0
Assalamualaikum..
Sebenarnya dah beberapa hari buat Nasi Ayam Hainan ni.Ahad lepas masa tengok Peter Rabbit kat GSC dah pekena Nasi Ayam Hainan kat CRS..lps buat yg versi homemade pulak.Dah lama berangan nak buat tapi asyik tertangguh jer.Bila chef Hassanhen share video cara masak Nasi Ayam Hainan ni..alahai senang sangat rupanya..jauh lebih senang dari Nasi Ayam biasa tu.Lagi bagus ayam ni tak digoreng..so sangat healthy..Sebagai pelengkap hidangan saya buat jugak Garlic Ginger dipping sauce macam kat CRS tu...acah2 Chicken Rice Shop la kan..Biasalah kalau dah buat sendiri kalau boleh nak complete set la kan?
Kalau ada yang nak tgk video masakan ni boleh refer ke wall fb atau ke page Teratak Mutiara Kasih.Kat blog saya sertakan resepi bertulisan jer
Nasi Ayam Hainan ni saya buat untuk dinner..snap gambar cincai2 jer guna hp.Dah la waktu petang pencahayaan kurang..ikut dan jer la.Asalkan ada gambar

Nasi Ayam Hainan
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Rujukan Chef Hassanhen dan Kak Wan
Bahan-bahan
2 keping paha ayam
1 ikat daun bawang, simpul
1 inci halia ketuk (LiNa Pg hiris)
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 liter air
Air ais untuk merendam

Cara-cara :
Satukan air, daun bawang, garam dan halia. Masak hingga mendidih.
Celup ayam sebentar (LiNa Pg celup beberapa saat) kemudian angkat untuk mengelakkkan ayam mengecut jika terus di masukkan dalam air mendidih.
Masukkan kembali ayam ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana selama 10 minit dan tutup periuk.
Perlahankan api dan biarkan ayam mereneh selama 15 minit (hingga ayam masak)
Angkat ayam dan masukkan ke dalam bekas berisi air ais. Rendam selama 1/2 jam.
Ketepikan stok rebusan ayam untuk nasi dan sup.

Bahan Nasi
2 pot beras, cuci dan toskan
3 1/2 cawan air rebusan ayam 
1 inci halia, ketuk
2 ulas bawang putih, ketuk
1 batang serai, ketuk
2 helai daun pandan
2 sudu besar marjerin / mentega
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil serbuk pati ayam (LiNa Pg guna 1/2 kiub ayam)

Cara-cara :
Panaskan marjerin dan minyak, tumis bawang, halia, serai dan daun pandan hingga naik bau.
Masukkan beras dan kacau hingga bergaul rata.
Alihkan nasi ke dalam periuk dan tambahkan air rebusan dan serbuk pati ayam.
Masak nasi menggunakan periuk nasi letrik atau boleh di kukus selama 20 minit (LiNa Pg masak menggunakan dapur gas sahaja.Kaedah memasak sama sahaja seperti nasi biasa)

Sos Cili
8 tangkai cili merah, potong
6 ulas bawang putih, hiris
1 1/2 inci halia, hiris
1 batang serai, hiris halus
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
5 sudu besar cuka makan
1/3 cawan air rebusan ayam

Cara-cara :
Kisar cili, bawang, halia, serai dan air rebusan hingga halus.
Masukkan cuka, gula dan garam secukupnya.

Sos Kicap
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 sudu besar minyak untuk menumis
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair (LiNa Pg gn kicap manis sbb tu gelap siket)
1 sudu besar gula
1/3 cawan air rebusan ayam
1 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air

Cara-cara :
Tumis bawang putih hingga perang.
Masukkan air rebusan, sos tiram, kicap cair dan gula.
Masak hingga mendidih dan tuang bancuhan tepung jagung.
Sesuaikan kepekatannya.

Sup
Didihkan baki air rebusan, tambah kiub ayam (LiNa Pg guna 1/2 kiub ayam baki dari nasi ayam tadi)
Boleh tambah carrot, fish ball jika suka.
Hidang dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.

Garlic Ginger Dipping Sauce
Yang ni LiNa Pg refer kat youtube
Bahan Bahan
2 inci hali (parut halus
1 ulas bawang putih (parut halus)
2 sudu besar minyak masak
Sedikit garam dan perasa (jika suka)
Sedikit daun bawang hiris halus

Cara-cara
Satukan halia, bawang putih dan daun bawang.Taburkan sedikit garam.Gaul rata
Panaskan minyak kemudian tuang ke dalam campuran garlic ginger tadi.Gaul rata.
Sedia untuk di hidang


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1519