Quantcast
Channel: TERATAK MUTIARA KASIH
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1519

Kek Guna Hangus Cantik Bersarang Tak Perlu Perap Dan Tidak Menggunakan Blender

$
0
0
Assalamualaikum...
Kek Gula Hangus atau Kek Sarang Semut jugak dikenali sebagai Kek Sarang Lebah.Resepinya nampak mudah, tapi kalau silap gaya sarangnya memang tak menjadi.Kali ini saya nak kongsikan resepi yang cepat dan mudah..dan kejadiannya sarangnya yang awesome.Kalau sebelum saya menggunakan resepi versi satu lagi tetapi menggunakan blender.Boleh klik SINI hasilnya jugak bersarang dan agak mudah jugak.Kali ni Resepi Kek Gula Hangus Paling mudah dan menjadi.Paling penting tak perlu nak perap bagai.Lepas siap adun terus bakar jer.Lepas tu memang jenis old skool sebab tidak menggunakan sebarang mesin.Blender pun tak guna.hanya guna spatula/hand whisk sahaja.Kalau xde oven bleh bakar atas dapur gas macam dulu2 tu.Tapi kena guna acuan yang berlubang di bahagian tengah dan alas untuk control api dapur.
Sarangnya kecil2 dan comel
KEK GULA HANGUS
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-bahan
4 biji telur gred A
1  cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonate
1 sudu kecil baking powder
1  cawan gula pasir 
1 cawan air
2 sb butter
1/2 cawan susu pekat manis

Cara-cara:

  1. Masak gula dalam periuk hingga mencair kemudian masukan 1 cawan air pelahan-lahan.Kacau hingga gula cair.Masukkan butter.Sejukkan sebentar
  2. Satukan tepung gandum, soda bikarbonate dan baking powder.Ayak
  3. Pukul telur menggunakan hand whisk (LiNa Pg pukul macam buat telur dadar jer).Masukkan susu ke dalam telur. Pukul lagi hingga sebati dan adunan nmpk pekat
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.Kemudian tuang gula hangus ke dalam adunan tepung.Kacau rata
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang (LiNa Pg guna loyang 8x8in) yg digris terlebih dahulu.Adunan ni memang cair
  6. Rehatkan adunan selama 10-15minit supaya soda bikarbonat bertindak balas.Sementara itu boleh panaskan oven ikut suhu oven masing2 (LiNa Pg guna suhu 150'C)
  7. Bakar api bawah selama 30min dan selebihnya api atas bawah hingga kek betul2 masak2.LiNa Pg bakar selama 40min

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1519