Salam ceria di pagi Ahad. Selamat berhujung minggu suma, ari ni mesti ramai yang mengambil kesempatan membawa family kuar berjalan2 kan? dah makan ke suma? Hari ni kami bekfast ngan nasi dagang a.k.a nasi dage (org klate panggil ). Menu ni bukan setakat bf tapi akan membawa ke lunch hingga dinner. Dah penat2 masak makan je la nasi ni senang kije. Tak kose nak masak byk2 kali..Kali ni wat terajin sket ngukus nasi ni. Hari tu buat main taram guna rice cooker jer..Nasi dage ni saya guna methode nasi lemak kukus..sangat berpuas hati dgn hasilnya. Nasi jadi cantik berderai dan sedap. Saya tepek resepi kat sini, kalau ada yang berminat bolehlah mencuba:
Nasi dage ngan gulai udang + telur..sedap neh..acar n sambal kelapa xwat..malas hik3
Bahan-Bahan:
5 cawan beras (sy gn 3cwn brs lembut,1cwn brs pulut,1cwn brs siam)
Santan pekat (sy gn 300ml)
1 sk halba (direndam supaya kembang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
5 ulas bawang merah (dimayang)
1cm halia (dimayang)
Garam&gula
Cara-Cara:
- Cuci bersih beras dan rendam semamalan. Kemudian toskan beras
- Didihkan air dalam pengukus. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak (beras kelihatan sedikit kering )
- Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk (Tukar air selalu supaya beras cepat sejuk).
- Beras akan mengembang dan memanjang
- Kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan gula Masukkan halba, halia, bawang merah, bawang putih yg telah dimayang. Gaul sebati
- Biar seketika ( dlm 10 minit gitu ) supaya santan menyerap masuk ke dalam beras.
- Kukus lagi hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik (sy kukus 15min)
- SeLaMaT MeNcUbA








