Quantcast
Channel: TERATAK MUTIARA KASIH
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1542

Terung Goreng Telur Dadar Mudah Dan Sedap

$
0
0
Assalamualaikum..
Hari ni saya nak kongsikan satu resepi yang sangat ringkas iaitu Terung Goreng Telur Dadar.Walaupun nampak simple tapi sedap tau dari telur dadar yang biasa2 kita buat tu.Nama lain yang vogue siket ialah Smoked Eggplant Omelet.Terung dibakar terlebih dahulu lps tu dicelup ke dalam telur...Bila makan tu terbau macam asap2 siket..sebab terung tu dibakar kira cam salai la kan?Hurmmm xyah cakap banyak korang try la sndri sebab senanggggg sangat2 hehee..kompom x nyesal cuba ni.Kalau bulan posa sesuai sangat buat sahur.Jom la kita semak resepi

RESEPI TERUNG GORENG TELUR DADAR
Sumber ALeen Aireish(fb)
Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 2 biji terung (LiNa Pg gn terung bulat)
  • lada sulah
  • sedikit garam
  • minyak 
Cara-cara :
  1. Bersih terung, belah 2 (jangan putus)
  2. Bakar/panggang hingga layu
  3. Buang kulit tinggalkan isi terung aje,lenyek-lenyekkan isi terung supaya leper.
  4. Taburkan sedikit garam ke atas terung tadi.
  5. Kocok telur dan masukkan sedikit lada sulah.
  6. Panaskan sedikit minyak, sementara itu celup terung dlm telur, kemudian goreng.Tuangkan baki telur ke atas terung yang digoreng.
  7. Goreng seperti kita menggoreng telur dadar tu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1542

Latest Images

Trending Articles