Assalamualaikum...
Selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat Islam.Hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa.Alhamdulillah cuaca pun tidak terlalu panas sehari dua ni..tp tuan rumah sakit2 tekak pulak..agak mencabar jugak la time2 posa ni kalau perit tekak kan?
Okey la hari ni saya nak kongsikan satu resepi ayam iaitu Ayam Kicap Berempah.Anak2 saya suka makan ayam..kalau ada kicap2 ni lagi depa suka.Harap dapat bg sedikit idea untuk kawan2 memasak juadah buka puasa ptg nnt..Jom kite semak

Hitam pun xpe la janji dapat penuhi selera anak2
RESEPI AYAM KICAP BEREMPAH
By : Malina LiNa Pg
Bahan Perap
- 1/2 ekor ayam (potong kecil2)
- Garam dan kunyit
- 2 sudu kecil serbuk kari
Bahan Lain
- 4 ulas bawang merah (tumbuk)
- 1 ulas bawang putih (tumbuk)
- 1/2 cm halia (tumbuk)
- 1 sudu besar serbuk kari (bancuh dgn sedikit air-jadikan pes)
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar kicap pekat
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos tomato
- 1/2 labu bawang besar (potong bulat)
- Cili merah (hiris)
- 2 tangkai daun kari
- Minyak
Cara-Cara
- Ayam dicuci bersih, perasakan dengan garam kunyit dan gaulkan dengan serbuk kari.Goreng ayam hingga masak.Ketepikan
- Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan tumbuk/kisar hingga garing.Masukkan daun kari dan juga serbuk kari tumis sekejap hingga pecah minyak.
- Masukkan kicap dan sos.Kacau sekejap (kalau nk berkuah boleh letak sedikit air)
- Masukkan ayam gaul mesra dengan rempah tumisan.Masukkan hirisan bawang dan cili merah.
- Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa (jika perlu)
- Dah siap.Tutup api.Sedia untuk dihidang.