Quantcast
Channel: TERATAK MUTIARA KASIH
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1542

Resepi Puding Sagu Gula Melaka

$
0
0
Assalamualaikum...
Dah tiga hari kite semua berpuasa, arini baru berkesempatan untuk update blog...Walaupun sepi tanpa n3 terbaru tapi TMK tetap menerima kunjungan di luar jangkaan.Terima kasih buat semua tetamu kehormat TMK.Juga terima kasih buatkongsi resepi yang menaikkan trafic blog suam2 kuku ni.
Okey berbalik kepada tajuk n3 arini Puding Sagu Gula Melaka ni sebenarnya saya buat pada hari pertama berbuka puasa.Agak terlewat sket untuk n3.Tapi tak mengapa saya paparkan juga supaya dapat memberi sedikit idea kepada ibu2 untuk menyediakan juadah berbuka petang nanti.Agak mudah dan yg pasti sangat sedap (pada tekak kami sekeluarga).Sebelum ni saya pernah buat tp mengguna resepi yang berbeza.Bleh tengok SINI dan jugaSINI.
Wat kaler maler bagi nampak meriah sedikit hehe.Berminat??Jom kite semak
Sedap ni, makan pas didinginkan..nyaman n lembut jer..Terasa lemak manis nyum2..

RESEPI PUDING SAGU GULA MELAKA
By : LiNa Pg

Bahan (Puding Sagu)
  • 1 cawan sagu kecil
  • 3 cawan air 
  • 3 sb gula
  • 2 helai daun pandan simpul
Cara-Cara:
  1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan
  2. Didihkan air bersama daun pandan.Kemudian masukkan biji sagu ke dalam air yg mendidih tadi
  3. Kacau2 selalu supaya tidak berkerak.Jika air hampir kering tp sagu masih belum jernih, boleh ditambah sedikit air (sket jer taw..kang byk sangat jadi lembik lak)
  4. Bila sagu hampir jenih keseluruhannya barulah dimasukkan gula.Tutup api.
  5. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kaler peberet masing2.Kacau menggunakan garfu.Masukkan ke dalam acuan/loyang.Sejukkan
Untuk Manisan (Gula Melaka)
  • 1 ketul gula nipah
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan simpul
Cara-Cara:
Satukan suma bahan, masak hingga gula larut dan agak pekat.Tutup api, tapis dan sejukkan.

Note:
Untuk menghidang, keluarkan puding sagu dari acuan.Kalau menggunakan loyang potong kecil2 supaya senang nk makan.Curahkan santan/susu cair dan sirap gula melaka.
LiNa Pg hanya menggunakan susu cair sebagai bahan pelemak dalam puding ini.Kalau ingin resepi santan, kena gugel pada sumber lain.

sangat membanggakan saya.Trafic TMK naik mendadak pada bulan puasa ni.Biasa2 tuh dalam 1k-2k sahaja. Tp 2-3 ari ni naik hingga 4k lebih untuk unique visitor.Kalau page view tu hingga 12000 untuk kemarin sahaja.Alhamdulillah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1542

Latest Images

Trending Articles