Assalamualaikum...
Akhirnya berjaya jugak membuat kek buah ni.Alhamdulillah...seronok bila tengok buah2 yang bertaerabur tuh.Pestaim saya membaking kek buah ni.Gigih mengukus 4jam.Segala resepi dibuat dengan patuh.Tadak satu pun yang ngelat hihi...Ekceli dah lama pasang niat nk buat kek buah ni, tambah bersemangat bila kastemer RVC saya tanya ada buat kek buah tak?Ishh..ada gak rupanya peminat kek buah..tak leh jadi ni..tak bermakna bila kita tak suka makan, org lain pun tak suka..Tambah pulak tengok Hana tayang kek buah..lagilah bersemangat nak buat..Dan hasilnya...sangat mengujakan...
Seperti yang diduga anak2 saya tidak melayan kek ini..jadi mama dan abah ajerlah yang makan huhu...seb baik kek ni tidak muak...lepas sektoi, seketoi lagi masuk ke mulut...

lepas sejuk jer (dalam sejam) terus potong kek ni.Memang tak sabar nak rasa.Kalau diikutkan kek ni kena tunggu semalaman baru lebih moist dan kek tidak berderai.Tapi kek ni tetap cantik bila dipotong dan rasanya sedap...kalau dibiarkan 2-3hari lagi sedap agaknya..Tapi tak taulah sempat ke 2-3hari tu..dah tinggal setengah jer ni hehe
yang pas kuar loyang...nampak macam kering sket
UPDATE (17May2013) : Pic ni selepas sehari..kek bertambah moist dan lembut.Maybe jus dari buah2 kering tu melembabkan kek ni.Rasanya lagi bestt..sayangnya cuma sepinggan ni ajerr..Rupanya lagi lama disimpan lagi sedap..

RESEPI KEK BUAH KUKUS
Rujukan : Hana , Chaya Sheila
Sumber : linapg
Bahan-bahan
- 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
- 350g gula pasir
- 60ml air panas
- 500g buah-buahan campuran (lina pg letak 250g)
- 3 biji telur gred A
- 350g tepung gandum*
- 1 sudu kecil cream of tartar*
- 2 sudu kecil soda bicarbonat*
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara
- Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran .Kacau kemudian sejukkan.
- Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
- Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
- Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
- Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
- Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).