Quantcast
Channel: TERATAK MUTIARA KASIH
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1519

Persediaan, Panduan Dan Tips Melancong/Bercuti Ke Beijing/China

$
0
0
Assalamualaikum... 
Sedikit update mengenai pakej pelancongan ke Beijing untuk dikongsikan bersama.Di harap dapat membantu kepada yg mneghantar e-mail kepada saya.Minta maaf sbb lambat dapat memenuhi permintaan kalian.Saya bukan agen pelancongan.Sekadar berkongsi pengalaman...peace..
Cuti sekolah telah bermula, ada yang ingin membawa keluarga bercuti ke luar negara. Kat sini saya nak kongsikan sedikit tips dan panduan sebagai persediaan untuk sesiapa yang ingin melancong ke Beijing/China.Ini berdasarkan pengalaman dan juga persediaan yang telah saya lakukan semasa bercuti di Beijing hujung musim luruh.Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

PERSEDIAAN, PANDUAN DAN TIPS UNTUK BERCUTI/MELANCONG KE BEIJING/CHINA
  • TIKET FLIGHT - Satu kemestian, mesti ada tiket flight, kalau tadak tiket camana nak naik kapal terbang kan?Saya menggunakan khidmat  AirAsia X.Selalunya kalau booking awal dapatlah harga murah sket.So kenalah rajin skodeng web site AA ok.
  • VISA - Untuk ke negara Tembok Besar ni, memerlukan Visa.Kalau travel sndri kenalah apply Visa sekurang2nya 2minggu lebih awal dari tarikh penerbangan.Saya gunakan agent, so suma tu agent yang uruskan.
  •  LONGJOHN - Cuaca di negara China sangat tidak menentu, dalam sehari suhu boleh berubah2 dgn sgt drastik.Sebagai persediaan kami membeli longjohn sepasang seorang.Mungkin ada yang mengatakan ianya membazir sbb bukan musim sejuk.Tapi apa salahnya menyediakan payung sebelum hujan.Takut pulak kami anak beranak kesejukkan kat negara orang.Percaturan kami adalah tepat, mmg sangat sejuk kat sna. LongJohn yang kami beli ni 3layer, wool material sangat selesa. Sesuai untuk suhu -25 hingga 5 degree celcius.Ada macam jenis, pilih saja ikut citarasa memasing.
 

  • PAKAIAN -  Kami tidak membeli/membawa Winter Coat. So kena pakai baju berlapis2 baru rasa selesa. LongJohn, Baju dan sweater. Untuk Maisarah kena xtra care sbb dia tadak longjohn..so kami belikan sweater, topi, sarung tangan dan juga mapla. Stokin pun yang tebal.Sian takut tak tahan sejukk.
 sweater pink dan topi ni beli kat UT Queensbay Mall, sarung tangan lak beli kat WT Qb Mall gak
 
 tutup kepala aka topi, mafla(kain lilit kat leher) sarung tgn dan stokin ni suma beli kat SoXWorld Qbay mall.
  • STOKIN -  Sentiasa memakai stokin, yang terbaik ialah stokin bulu kambing.
 
  • KASUT -  Cuca Beijing sangat sejuk, mesti pakai kasut bertutup atau sport shoes untuk mengelakkan kaki daripada cramp. Tambahan pula di Beijing kena selalu jalan kaki, so kasut mestilah selesa utk berjalan kaki dengan jaraj yang jauh.
  • MAKANAN - Bawa sedikit bekalan makanan seperti serunding , biskut , meggie cup dll.Ini boleh dijadikan kudapan semasa kat sana.Cuaca yang sejuk menyebabkan perut cepat lapar.Mana nak cari kedai2 tepi jalan yang menjual makanan halal kat sana. 
serunding ni kami pack kecik supaya senang untuk di bawa.Dah abes makan terus buang palstik tuh.Kalau boh dalam tupperware bagai, malas lak nk angkut balik bekas tuh..Biasalah org malas suma nak senang jerr ahaks.. Serunding jugaklah jd lauk bila tak selera nak mkn msakn China huhuhu.
kami juga bw bubur nasi segera utk Maisarah, biskut pack kecik2.
  • UBAT-UBATAN -  Bawa juga sedikit ubatan seperti panadol active fast(sakit kepala), PCM(dmm), ubat sakit perut (pil chi kit Teck Aun), Vicks dan juga balm.Semua ini penting. Mungkin perut tak boleh menerima rempah ratus masakan kat China, kang terbantut holiday mood bila perut meragam huhuhu. Kalau ada anak kecil bawa juga ubat demam utk baby ya.
  • LOSYEN/LIPS GLOSS -  Kulit dan bibir hendaklah sentiasa disapu losyen dan lips gloss, tak kira lelaki atau perempuan.Cuaca kat Beijing sangat sejuk dan berangin akan menyebabkan kulit dan bibir menjadi kering.Bila kulit kering akan menimbulkan ruam dan gatal2.Bibir lak akan kering dan pecah.Losyen paling bagus veselin sbb ada moisture lock 24jam.
  • MATAWANG - Tukar duit ke matawang China Renminbi (RMB/yuan) siap2 sebelum berangkat.Nilai matawang China adalah lebih rendah dari Ringgit Malaysia iaitu RM100 = RMB200.Sekiranya tukaran wang dilakukan di negara China, kite akan kerugian 2yuan untuk setiap RM10 (Cth: tuko RM100 kita cuma dapat 190yuan)
  • KAD KREDIT - Kalau korang nak gunakan kad kredit masa kat Beijing/oversea. Jangan lupa ACTIVATE OVERSEA's TRANSACTION.Kena call Bank untuk urusan tersebut.Pihak bank akan tanya beberapa soalan, pastu diorang akan activekan urusniaga luar negara.Penting gak ni, mana tau kot2 ada kes emergency.Manalah tau kan??

  •  AKTIFKAN ROAMING - Kalau tingin nak guna enpon time dok obersea kena aktivekan roaming.Kalau korang main redah guna +601**** tu mmg parahlah credit/bil tipon korang.Mahal giler caj telco kat Beijing.Kalau xmo aktifkan roaming, lebih korang beli jerr sim kad baru kat Beijing nnt.Cajnya jauhhhhh lebih murah.
  • TOILET - Toilet di Beijing tidak mempunya paip air.(Hanya di masjid sahaja yang ada air dalam tandas).Air hanya ada di bahagian sinki untuk cuci tangan sahaja.So, kite hendaklah sentiasa membawa botol kosong utk mengisi air dari sinki utk di bawa masuk kedalam  toilet. Seb baik anak2 saya sudah ada experience ni semasa ke Singapore. Lagi satu kebanyakan toilet di sini, kuncinya telah rosak. Bila nak masuk kena tolak slow2, kalau nampak kelibat org dok mencangkung kat dalam tuh, pelan2 tutup balik. Buat2 tak nmpk je lah apa yang korang nampak tadi hehehe.
  •  TIPS MEMBELI BELAH
  1.  Inilah tempat saya membeli rasa cam xmo blah2 dari tempat ni.Seronok sangat shop'g kat sini.Market ni mcm dah nak ttp dan akan berpindah ke tempat lain.So harganya agak murah sbb stock clearance.Biasanya peniaga akan meletakkan harga yang cekik darah. So kenalah pandai tawar menawar.Kalau jenis hot bargain boleh dapat sampai 70-80% dari harga yang depa letak. Bila jejak kaki jer kat tempat shop'g ni..terus di sapa oleh peniaga2 kat sini yang ramah tamah.Amat memeranjatkan apabila mereka menegur dgn bahasa melayu..Apa khabar kakak? mari..mari tengok..murah..murah...wah terasa macam dok kat Mesia jerr.Hmm..kalau ada barang baik, saya mesti masuk kat kedai yang boleh berbahasa melayu.Tapi ada jugak yang yang jenis 'Bukit' sesimple 'how much' pun tercengah2. Kalau berkenan ngan barang tuh, kenalah tawar menawar guna kalkulator.Amoi cantik dalam gambo kat atas tuh nama dia Louisa.Pandai berbahasa melayu.Kalau pandai 'kecek' bleh dapat smpai 80% dari harga yg dia letak.Saya ada beli sebijik beg (luggage xtra large) jenis keras dan beroda empat tuh.Kalau kat mesia ni mau rega rm500-600.Harga yg dia letak 1500yuan,Tp beli dgn rega 250yuan sahaja (RM125)murah kan?yang bestnya Louisa ni siap bagi beg comey percuma kat bby Maisarah..
  2. Korang juga mesti berhati2 dgn peniaga jalanan, biasanya harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari kedai tapi kena sediakan duit yang ngam2 dgn harga barang yg korang beli tu.Kalau bagi 100yuan utk brg 10yuan, duit baki tu mungkin duit palsu.So kena berhati2. 
  3. Kalau jade pulak, tempat yang paling saya suka membeli belah ialah di kedai emas berdekatan ngan Bird Nest Olympic Stadium.Pemilik kedai tu ialah Peter (org M'sia asal dr Penang sekapai ngan cheq tuh).Dia bagi diskaun kaw2 punya.Walaupun tertera besaq2 kat kedai dia 'FIX PRICE'.Kalau korang berminat ngan jade, diamond bleh la beli kat sini.Sy rembat gak jade putih dan beberapa brg lain.
  • BAGASI  - Bila dah shopping tak hengat, maka bagasi pun beranak pinak la kan?Airport kat Tianjin ni lain pesen sket.Bila nak timbang bag kite kena letak kat dalam bakul besar.Berat bakul sendiri dalam anggaran 3kg,Pastu bagasi korang lak berat ngam2 15kg.Huh tak pasal2 kena pasal lebihan bagasi.So pandai2 adjust beg korang ya.Angkut masuk kabin la yang mana patut.Kami pun tak pasal2 kena bayar 200yuan (RM100) kes naya tul 
Ramai yang menghantar e-mail bertanyakan info pakej percutian ke Beijing.Di sini saya sertakan qoatation pakej percutian kami di Beijing selama 6D5N yang diuruskan oleh agen AlQuds Travel.
PAKEJ TERMASUK:
  • Tiket penerbangan   
  •  Penginapan selama 5 malam termasuk sarapan pagi di hotel  
  • Makan & minum seperti yang terdapat dalam jadual perjalanan  
  • Pengangkutan sepanjang lawatan  
  • Pemandu Pelancong  
  • Bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan
PAKEJ TIDAK TERMASUK:
  •  Perbelanjaan peribadi   
  •  Lebihan bagasi
**** Selamat bercuti kepada semua..semoga info ini dapat membantu ***


      Viewing all articles
      Browse latest Browse all 1519