Quantcast
Channel: TERATAK MUTIARA KASIH
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1542

Ayam Goreng Berempah Mudah

$
0
0
Kat umah ni, kalau menu ayam...masak apa sekali pun kompom mendapat sambutan even goreng bodoh pun anak2 tetap suka.Ni versi ayam berempah bodoh2 la ni hahaha.Saya wat camni sebenarnya sayangkan minyak masak, kalau boh bawang segala bagai tu kompom hitam legam minyak gorengan tuh.Boh rempah sket2 ni, jimat2 pun jimat pastu rasa pun sedap..
bodoh2 pun sedap gak kat tekak kami sekeluarga

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH MUDAH
By : linapg.blogspot.com

Bahan - Bahan:
  • 6 ketul ayam
  • 1 ketul kiub ayam ( gn garam+kunyit pun ok gak )
  • 1 sb rempah kari
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • Beberapa tangkai daun kari
  • Minyak masak
Cara-Cara:
  1. Lumurkan ayam dengan kiub ayam
  2. Kemudian lumurkan pulak dengan jintan manis, jintan putih dan ketumbar.Diikuti rempah kari
  3. Gaulkan sekali dengan daun kari.Perap selam setengah jam (lagi lama lagi sedap)
  4. Goreng hingga masak.Gunakan api sederhana.
Note : sekiranya mengguna rempah bunga rose, tak perlu letak segala jintan dan ketumbar tuh.Guna 1 sudu makan rempah gulai dan setengah sudu makan rempah masak bunga rose sudah memadai untuk 6 ketul ayam
thanks untuk alla&azmi atas pemberian rempah ni.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1542

Latest Images

Trending Articles