Quantcast
Channel: TERATAK MUTIARA KASIH
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1542

Pengat Durian Bondaku

$
0
0
Assalamualaikum...
Bersiaran dari kampung halaman ku yang terchenta.Hamboi2 rajin beno balik kampung ya.Blom abes raya gamaknya hehehe.Balik kampung kali ni idak le untuk beraya ada urusan yang nak diselesaikan.Balik 2-3 ari jer sempena cuti 1Malaysia ni.Sampai kat umah bonda dah petang.Masuk dapur tengok bonda dah siapkan sup tulang, ikan kering, kerutuk hati lembu, ulaman dan budu.Perut terus rasa lapor.Nak makan masih awal, tunggu pas marghrib la barulah santap.
Sementara nak tunggu time makan tuh tengok bonda dok perah santan, dalam hati ish dah banyak menu ni.Nak masak gulai apa plak.Pastu bonda tanya nak makan pulut durian ke nak makan pengat durian.Dengan pantas pengat durian la.Memang peberet.Kalau pulut durian tu kureng sket la hahaha.So, bonda pun godek2 la wat pengat.Kite pun tulun gak, tulun tengok hehehe.Pas dinner, terus makan pencuci mulut ni..teramatlah sedap..air tangan bondalah katakan
sedap pengat durian ni 2-3kali gaklah menambah walaupun perut dah sendat huhuhu
RESEPI PENGAT DURIAN BONDAKU
Bahan-Bahan ( tiada sukatan)
  • Isi durian
  • santan
  • nisan keping/keret
  • daun pandan simpul
  • secubit garam
  • Gula (jika perlu)
Cara-Cara:
  1. Satukan santan, nisan keret, daun pandan, garam.Kacau hingga nisan keret hancur
  2. Masukkan isi durian.Kacau hingga isi agak lembut dan kuah sedikit pekat.
  3. Tutup api.
Note:
Untuk pulut lak, bonda just guna rice cooker, masak dgn sdkit air

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1542

Latest Images

Trending Articles