Quantcast
Channel: TERATAK MUTIARA KASIH
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1519

Paru Berlado Mudah Dan Sangat Sedap | Tips Paru Tidak Hanyir

$
0
0

 Assalamualaikum...

Mengambil kesempatan di hujung minggu untuk update blog dengan resepi yang tertangguh sekian lama.InsyaaAllah saya cuba update serajin yang mungkin.Sejak kebelakangan ini kat rumah saya sentiasa ulang masak paru, kalau sebelum ini bila teringin makan paru saya makan kat kedai sahaja kerana yang makan cuma saya dan suami sahaja.Apabila ternampak paru segar di 'market' saya cakap kat husband beli la siket kita balik masak.Kalau anak-anak tak makan, kita frozen je la nanti.

Makan bermulalah episod paru kat rumah ni.Bila dah masak paru berlado rupanya anak-anak suka dan makan bertambah-tambah siap request untuk buat lagi.Mamanya apa lagi apabila anak-anak suka, maka repeatlah menu itu, rasa lega sebab selain ayam adalah haiwan lain yang anak-anak makan haha.Apabila dah banyak kali masak, maka tahulah tricknya supaya paru tak jadi tektur selipar jepun.Bila dah confident dengan paru ni barulah saya buat video untuk youtube.Paru berlado saya suka tektur yang lembut.Ada setengah orang suka tektur yang crispy.Resepi paru berlado yang akan saya kongsikan ini merupakan kegemaran kami sekeluarga.Kalau suka yang rangup kena hiris senipis yang boleh dan goreng lama siket hingga betul-betul garing.


Resepi Paru Berlado
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A 
500g paru
2 sb cuka makan
2 sb tepung gandum

bahan b (merebus paru)
1 inci halia
Garam
Air secukupnya

bahan c (kisar)
1 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
15 tangkai cili kering (yang telah direbus)
5 biji cili merah (buang biji)
sedikit air (untuk mengisar)

bahan d
2 batang serai (ketuk)
2 asam keping
1 sb sos tiram
gula merah
Garam dan serbuk kunyit
minyak

Cara-Cara
  1. Satukan bahan A dan gaul rata, perap selama 5-10 min.Kemudian cuci/bilas hingga bersih.
  2. Masukkan paru ke dalam periuk besar kerana paru akan kembang semasa proses merebus.Masukkan halia, sedikit garam dan air secukupnya.Rebus paru hingga betul-betul empuk.Biasanya mengambil masa lebih kurang 2jam.Bergantung kepada jenis paru juga.Kalau lembu tua mungkin masa merebus lebih lama.
  3. Untuk pastikan paru sudah masak/empuk.Ambil seketul paru dan potong sedikit,jika tidak ada merah di bahagian dalam, maknanya paru sudah masak.
  4. Biarkan paru sejuk kemudian potong paru mengikut citarasa masing-masing.Saya potong tidak begitu nipis.
  5. Perasakan paru dengan garam dan serbuk kunyit.Gaul rata.
  6. Panaskan minyak, goreng paru hingga masak.Saya goreng sebentar sahaja kerana suka tektur paru yang lembut.Angkat dan toskan.
  7. Keluarkan lebihan minyak, tinggal sekadar untuk menumis, masukkan serai, dan bahan kisar.Tumis hingga garing dan pecah minyak.
  8. Kemudian masukkan gula merah, sos tiram, garam dan asam keping.Tumis sekejap.Pastikan bahan tumisan sesedap rasa sebelum masukkan paru.Boleh juga masukkan daun limau purut (jika suka)
  9. Masukkan paru yang telah digoreng dan gaul rata.Dah siap paru berlado.Selamat Mencuba.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1519