Assalamualaikum...
Kembali bersiaran di hari Jumaat, hari ini masuk hari ke-2 umat Islam berpuasa.Semoga ibadat puasa diterima oleh Allah s.w.t.Rasa macam tak berapa ada idea untuk menulis, jadi kita teruskan sahaja ke resepi hari ini iaitu ayam masak Thai.Ayam masak thai ni memang sangat sedap,rasanya pedas-pedas dan sedikit manis dan masam.Kalau ada anak-anak kecil boleh kurangkan jumlah cili padi.Soalan lazim yang dapat di tiktok, youtube dan IG.Boleh tak nak skip daun ketumbar?Okey untuk masakan Thai daun ketumbar ni macam salah satu bahan wajib, kalau tak masukkan ke dalam masakan akan jadi kurang authentic (kurang Thai gitu hehe).Lagipun untuk resepi ayam masak thai ni daun ketumbar adalah second lead selepas ayam.Kalau nak skip daun limau purut masih okey sebab daun limau purut sekadar watak tambahan sahaja.Pencetus aroma ialah daun ketumbar sebab kita kisar sekali dengan bahan tumis dan masukkan lagi daun ketumbar di akhir 'siaran'😉
- Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak.Angkat dan ketepikan.Keluarkan lebihan minyak, tinggal sedikit sekadar untuk menumis.
- Tumis bahan cincang/chopped iaitu bawang putih, cili padi, cili merah dan daun ketumbar.Tumis hingga garing, kemudian masukkan daun limau purut.
- Masukkan gula merah thai, tumis sebentar (gula merah akan karamelize bawang dan cili), kemudian masukkan sos ikan, sos tiram, tumis sekejap.
- Kemudian masukkan bancuhan air asam jawa, biarkan mendidih.Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi.Gaul sebati dan seimbangkan rasa.Untuk resepi ayam masak thai lina pg tidak masukkan garam ke dalam kuah kerana sos tiram dan sos ikan sudah seimbang rasanya.Terpulang citarasa masing-masing.
- Akhir sekali tabur hirisan daun ketumbar untuk hiasan.Ayam masak thai sedia untuk dihidang.Selamat Mencuba.Untuk video tutorial sila ke YouTube Malina Lina Pg.