Okey apabila dah selesai check in, staff akan bawa kita ke hotel/villa yang kita sewa.Ingatkan kena cari jalan sendiri..mau sesat rasanya.Staff akan drive kereta dan kita foloow dari belakang.
Untuk villa kami, ada katil queen, 2 single dan satu sofa bed.Cukuplah untuk kami berlima.
Untuk hari pertama tak banyak aktiviti yang sempat kami buat kerana masa dah suntuk.Kami tiba di Refarm hampir pukul 3pm, selepas siap urusan check in, terus ke villa.
Petang itu cuma sempat naik pedal boat dan bersiar di sekitar kawasan.Bila ambil gambar muka nampak 'nurrrrrr' bersinar-sinar sebab cuaca panas haha.Jadi esoknya kami repeat lagi untuk bergambar di tempat yang sama..helok siket la rupa paras
Kalau nak naik pedal boat kena bayar RM20 untuk satu boat.Kayuhlah selama 40min.Kalau sesiapa nak kecilkan kaki dan paha memang elok buat aktiviti ni...saya pun terasa 'kuruih' sebab lama mengayuh.Masa ni en.suami tak naik sebab satu boat cuma muat 4 orang.Jadi mama kena jadi captain.Memang seronok sangat.
Kalau nak buat aktiviti berbasikal juga boleh, tapi kena sewa jugaklah.
Selesai aktiviti naik pedal boat,kami ronda sekitar kawasan ini.Refarm juga menyediakan tapak untuk berkhemah.Macam menarik jugaklah sebab tandas dan bilik mandi pun ada berdekatan je
Oleh kerana en.suami dah kelaparan., kami berjalan kaki sahaja ke restoran untuk makan malam.
Restoran ini terletak berhampiran kaunter tiket masuk tadi. Waktu operasi jam 12pm hingga 10malamuntuk malam tu kami makan di restoran in house sahaja, malas nak drive keluar untuk cari makan.Makanan pun boleh tahan jugak la sedap dan harga pun berpatutan.Selalunya kalau kedai/restoran nan sebiji untuk kawasan sebesar Refarm ni, harga mau tau la kan...Kalau tak silap harganya cuma RM70++ termasuk nasi dan minuman 5 orang.
Selesai makan malam, badan dah penat kami balik ke villa untuk berehat.Selesai solat Isyak, budak seketoi ajak mandi kolam.Memang tak sabar la dia kalau nampak kolam.
kolam ini khas untuk tetamu villa/hotel sahaja.Pengunjung luar tak dibenarkan masuk.Seronok sakan la budak sarah ni malam-malam pun berendam, esok pagi sambung mandi di kolam bahagian luar pulak.Dari ramai kekanak ribena yang mandi manda, akhirnya tinggal budak seketoi maisarah sahaja dalam kolam haha..Dengan umpan, esok kita mandi lagi..Barulah beliau melangkah keluar dari kolam
Refarn tidak menyediakan sarapan pagi dan restoran pun hanya dibuka jam 12pm.Jadi kami keluar ke pekan berhampiran untuk membeli sarapan.Kebetulan pula masa kami ke sini, cuti public holiday dan banyak gerai-gerai tepi jalan juga tutup.Kenalah pusing jauh siket.Lebih kurang 5km jumpalah kedai makan.Kalau nak membeli sarapan boleh waze nama kedai yang tertera tu.
Selesai sarapan, sambung aktiviti mandi kolam lagi haha..mandi lah beliau hingga tiba waktu check out.Orang lain mohon bersabar dengan si adik nan sorang ni
Siap mandi manda kami berkemas untuk check out.Si kakak pula ada kelas online (MUET) lepas kakak habis kelas baru check out dari villa.Dah serah semua kunci dan pass, kami masih dibenarkan masuk ke kawasan Refarm ni untuk ronda-ronda.Tak perlu sebarang bayaran untuk tiket, cuma perlu cop pada resit check in (pass kebenaran melawat) cuma kereta kena parking di kawasan pelawat sahaja.
Sempat jugaklah melawat mini zoo yang ada kat sini.Ada macam-macam binatang juga, tapi rasa malas nak edit gambar banyak-banyak
Banyak yang menarik kat sini, saya letak beberapa keping gambar sahaja untuk kenangan
Time tunnel ni sangat informatif Gambar yang ni konsepnya 'buat hal masing-masing' hahaha
Sebelum kami tinggalkan Refarm, isi perut dulu dengan nasi goreng ikan masin.Nampak macam tak menarik tapi sedap rasanya...Mama dan nisa Lamb Chop, abang long chicken chop dan adik nasi putih + ayam kunyit.
Refarm Retreat sangat best, insyaaAllah ada masa akan ke sini lagi.Saya bagi 4 1/2 bintang.
Tempat menarik (kawasan pun bersih) makanan sedap, staff pun sangat frenly dan helpful.
Okey selepas ini, kami ke Hoga Tea Valley.Ladang Teh Gaharu di Gopeng.Kalau tengok next posting pakai baju yang sama, jangan kecam tau haha..Jumpa lagi.