Β Assalamualaikum...
Wah hampir setiap hari update blog, sekalung tahniah untuk diri sendiri la hahaa...Kalau di youtube lina pg dikenali sebagai youtuber kuih (pepandai jer depa bagi gelaran)agaknya sebab resepi kuih mendominasi youtube channel lina pg.Sebenarnya ada juga resepi lain seperti lauk, nasi dan juga lain lain.Agaknya kuih muih tradisional lebih banyak.Sebenarnya saya ingin memartabatkan kuih-kuih lama yang semakin dilupakan takut pula hilang terus ditelan zaman, kalau tak ada yang kongsikan resepi.Tapi itulah kuih tradisional ni tinggi betul daulatnya, silap siket memang tak menjadi.Pesanan saya kalau pertama kali nak mencuba jangan sesekali mendurhakan resepi.Ikut betul-betul, kalau tidak hasilnya cuma 'PENAT' sahaja.
Resepi kuih talam ada 2 jenis iaitu talam pandan dan kuih talam gula merah.Untuk tepung, ada setengah resepi menggunakan tepung beras ,ada juga yang menggunakan tepung gandum dan ada yang menggunakan campuran 2 jenis tepung iaitu tepung beras dan tepung gandum.Penggunaan tepung yang berbeza menghasilkan tektur kuih yang berbeza.Terpulang selera masing-masing.
Kalau kuih talam, saya suka makan bahagian koko tu sebab tu bahagian santan sengaja buat nipis siket hehe- Satukan semua bahan dan masak hingga gula larut.Tapiskan dan biarkan sejuk seketika.
- Satukan semua bahan ke dalam pengisar, kemudian kisar halus.
- Tapiskan ke dalam loyang 8x8in yang dialas dengan kertas baking.
- Kukus selama 30min (hingga masak)
- Satukan semua bahan ke dalam periuk kecil.Kacau sebati terlebih dahulu supaya tiada ketulan.
- Kemudian masak hingga naik wap sahaja.Ketepikan sebentar sementara menunggu lapisan bawah masak.
- Setelah lapisan bawah masak, cakar-cakar/kelar sedikit supaya lapisan santan dapat melekat dengan kemas.
- Kemudian tuang lapisan atas.Tutup dengan aluminium foil supaya air tidak menitik ke atas kuih.
- Kukus selama 30min (hingga masak)
- Setelah kuih masak, biarkan kuih betul betul sejuk sebelum dipotong.Selamat mencuba.









